Assalamualaikum semua. Aku Lynn (Bukan nama sebenar). Dah berumah tangga, dan sudah dikurniakan anak.
Aku terlintas nak berkongsi ape yang aku hadapi ketika aku berusia 17 tahun. Maruah aku diragut oleh bekas teman lelaki.
Mase tu aku bersekolah di sekolah berasrama penuh. Dah lebih sebulan aku memutuskan hubungan percintaan dengan Adnan (Bukan nama sebenar).
Rutin aku hari tu seperti biasa. Pagi pergi ke sekolah, petang akan ade kelas tambahan di kelas.
Tapi ape yang aku tak sangka terjadi hari tu. Petang selepas habis kelas tambahan, aku dikejutkan dengan seorang lelaki datang ke sekolah.
Orang yang aku kenal sangat2. Orang yang aku tak nak jumpe dah. Ye. Adnan lah orang itu.
Dia kate dia sudah berjumpe cikgu untuk aku dibawa balik. Dengan alasan atuk meninggal di kampung dan dia adalah abang aku.
Menangis2 aku tidak mahu mengikuti. Tapi dia memaksa2 aku dan mengugut akan memberitahu ibu dan ayah aku tentang cerita yang bukan2 supaya aku dibuang keluarga.
Adnan kate dia hanya mahu mengajak aku berbincang. Ketika tu kawan baik aku Adda namanya ade bersama aku. Dan dia adalah saksi aku dipaksa Adnan untuk mengikutinya.
Akhirnya aku akur, aku tak fikir yang bukan2. Sambil menangis aku mengikuti Adnan. Aku takut kalau dia ape2 kan aku. Sebab dia memang sorang yang temper.
Dalam kereta aku tak tahu ke mana dia membawa aku. Sejam perjalanan jauhnya. Dan dia memarkingkan kereta di tempat yang sunyi.
Aku dah sejuk kaki tangan. Masih tak berhenti menangis. Dia memarahi aku, kenapa aku tinggalkan dia. Aku hanya membisu. Aku tak tahu nak berkata ape. Dalam dia bising memarahi aku.
Tiba2 aku dengar pintu dikunci. Aku dah tak sedap hati. Terus Adnan memeluk aku dengan kasar.
Sambil berkata “kalau aku tak dapat kau, aku akan pastikan tak ade siapa pon dapat kau”.
Adnan mencekik aku. Sampai aku susah nak bernafas. Dikoyak baju kurung yang aku pakai. Dengan rakus dia memerkosa aku. Aku menjerit, aku merintih. Minta dilepaskan. Tapi tetap aku diabaikan.
Aku cube untuk melawan sekuat hati aku. Tapi apelah kudrat aku seorang perempuan. Aku berdoa kepada Tuhan. Ya Allah, bantulah aku. Aku kesakitan. Lepaskan lah aku dari Adnan.
Selepas Adnan sudah berhenti. Dan sudah duduk di seat dia. Aku membuka lock kereta dan lari sehabis laju. Tanpa kasut di kaki. Tar di jalan tak terasa sakit di kaki aku.
Aku cuba lari tanpa menoleh ke belakang. Aku nampak rumah orang, rumah pertama aku ketuk pintu untuk meminta pertolongan. Tapi tak ade yang buka.
Aku beralih ke rumah ke dua. Aku ketuk pintu sambil menjerit “Tolong saya. Tolong saya”.
Ade sorang makcik membuka pintu. Terus bertanya “Kenapa ni adik. Pucatnye muka awak. Masuk dulu masuk”. Berlari aku masuk ke rumah makcik tu dan menyorok di tepi sofa dia.
Lalu suami dia keluar dan bertanya kenapa. Aku menceritakan A-Z ke pakcik tu.
Rupenye pakcik tu seorang polis yang akan keluar untuk membuat rondaan malam. Dia menyuruh orang mencari Adnan. Detail kereta Adnan semua aku berikan.
Aku terketar2 masih duduk di lantai2. Masih menangis.
Makcik tu hidangkan aku segelas teh panas dan kurma. Sambil mengangkat aku duduk ke sofa, dia menepuk2 belakang aku, “Makan dan minum dulu. Jangan risau, pakcik akan carikan pelakunya”.
Selepas lebih kurang sejam aku di sana. Adnan masih tidak ditemui. Mereka masih mencari. Dengan baju yang koyak. Makcik memberikan aku sehelai t-shirt untuk ditukar dan tudung untuk dipakai.
Pakcik datang bersama kawan sekerja nya. Salah sorang kawan sekerja pakcik tu bernama Am. Dia meminta aku beritahu detail semua dan dia tulis di kertas. Nama, alamat, ic dan nombor tel aku semua diberikan.
Dan mereka menghantar aku pulang ke rumah aku yang perjalanan nya sejam dari tempat kejadian.
Ibu ayah aku terkejut melihat aku balik sedemikian rupa. Aku tak bercakap dengan ibu ayah aku. Aku terus masuk ke bilik. Pakcik dan rakan lah yang menerangkan kronologi kejadian ke ibu ayah aku.
Setengah tahun berlalu. Aku dah habis spm, aku bekerje di sebuah kedai makan. Kedai makan kepunyaan mak long aku.
Dalam melayan pelanggan2 yang datang, aku terpandang sesusuk tubuh yang tak asing. Ye. Orang tu Am yang pernah membantu aku dulu bersama pakcik.
Dia menegur aku “sihat?”
Alhamdulillah, aku membalas. Rupanya Am dapat transfer ke cawangan sini. Kampungnya di sini.
Sejak itu kami banyak berhubung. Tapi tidak lah sebagai sepasang kekasih. Sebab aku tahu diri aku dah dinoda. Aku tak layak untuk mana2 lelaki.
Tibe bulan 6, aku menyepikan diri. Dah tiada di kedai makan. Am mesej aku tak balas.
Maklong aku ada call dia bercerita, Am tanya aku kemana sebab lama tak kelihatan. Maklong beritahu aku menyambung pelajaran. Aku diam2 menyambung pelajaran aku di negeri pantai timur.
Seminggu lepas orientasi, ibu aku call aku. Dia berkata “kak. Ibu tahu awak tak kan suka. Tapi ibu cuma nak persetujuan. Am datang merisik awak.
Dibawa cincin dan ahli keluarganya. Mak nye boleh terima kisah silam awak. Ibu ceritakan kepada dia supaya tak terjadi salah faham. Mak Am dah tahu. Am sendiri yang menceritakan. Kakak nak ibu ayah terima tak?”
Terkedu aku. Menangis aku semahunya. Tak percaya dibuatnya. Ade yang sudi menerima kekurangan aku. Dan aku terima risikan dari Am.
Semasa cuti semester pertama aku bertunang dengan Am. Tak ade majlis dibuat. Hanya kedatangan kedua keluarga. Kami hanya berhubung secara wasap. Tak call. Untuk menyiapkan persiapan perkahwinan.
Aku sibuk belajar. Am sibuk bekerja. Setelah 3 tahun. Kami melangsungkan perkahwinan. Hanya bersederhana. Tiada pelamin. Tiada dj. Tiada karaoke. Betul2 datang makan sahaja.
Alhamdulillah sekarang usia perkahwinan kami sudah mencecah 7 tahun. Mertua aku menyayangi aku sama seperti anak sendiri. Am melayan aku sangat baik.
Kerja rumah pon banyak dia uruskan seusai pulang dari bekerja. Pernah aku bertanya kepada Am, kenapa memilih aku. Aku ni kotor, ramai lagi perempuan bersih di luar sana.
Dia balas “Abang tak boleh nak lupakan sayang sejak pertama kali kite berjumpa. Walaupon mase tu sayang nampak tak terurus dan terkejut. Abang nampak sayang lawa dimata abang. Abang terima sayang sepenuh hati abang”
Alhamdulillah Ya Allah. Aku tak sangka. Masih wujud lelaki baik seperti ini.
Terima kasih sudi membaca luahan aku.
Ikhlas..
– Lynn (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit