Pelangi TTC

Assalamualaikum semua pembaca IIUM Confession. Ini adalah pertama kali saya ingin menulis pengalaman saya mendapatkan cahaya mata di sini. Mungkin boleh membantu pasangan yang sudah lama TTC.

Maaf kalau cerita saya agak boring. Harap sudilah baca cerita saya.

Terima kasih kalau admin approve saya punya cerita ni hehe.

Saya seorang isteri dalam lingkungan 20-an. Saya telah berkahwin dengan suami saya pada tahun 2019.

Sepanjang tempoh perkahwinan saya sangat bahagia. Suami merupakan seorang lelaki yang sangat baik. Alhamdulillah. Tapi setiap pasangan pasti ada dugaannya.

Saya dah suami masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun hampir 2 tahun berkahwin.

Sebagai seorang wanita memang rasa stress bila tengok kawan2 yang kawin selepas kita dah dapat anak & ada yang sudah masuk anak ke 2. Tambah lagi bila ahli keluarga perempuan semua yang lain mostly bunting pelamin.

Selepas setahun kami berkahwin masih tiada tanda2 nak pregnant tu. Sedangkan setiap kali ovulation day kami akan bersama. Tapi Allah masih belum berkenan memberi rezeki kepada kami. Mungkin Allah nak kami enjoy dulu.

Selepas setahun setengah mencuba sayang ajak suami saya untuk mendapatkan kaunseling dekat klinik swasta. Saya google je. Masa tu tahun 2021.

Saya google keluarlah klinik siti. Dekat klinik siti tu doktor tanya dulu apa2 history & doktor amik darah terus. Masa ni doktor locum.

Next weeknya kami pergi semula ke klinik tu & doktor yang tetap di situ buat scan dekat rahim saya. Alhamdulillah semuanya normal. Takde cyst, ovary pun cantik takde pcos & kedudukan rahim pun normal.

Untuk pengetahuan ade wanita yang dilahirkan dengan inverted uterus. Tapi ini bukan bermaksud wanita tu tak boleh mengandung. Saya ade beberapa kawan yang inverted uterus tapi mengandung lagi awal dr saya.

Keputusan darah saya jugak normal. Darah ni doktor cek hormon utk mengandung. Alhamdulillah semua normal cuma doktor cakap mungkin saya stress kerja.

Untuk suami pulak, kat situ takde lab untuk buat sperm test. Jadi doktor bagi surat & suruh pergi buat di mana2 tempat yang ada.

Suami buat dekat pantai hospital. Dah siap tu kami bawak result jumpa doktor & doktor tengok sperm count suami sayang macam low sikit. Tapi tak terlalu low. Its like borderline.

Doktor pun cadangkan untuk kami beli & makan beberapa vitamin (tak ingat sangat tapi ade vitamin B,E,C & tak ingat apa lagi satu). Doktor pun cadangkan untuk minum susu kambing, madu & kurma.

Kami pun teruskan lah cadangan doktor tu. Dalam masa yang sama sayang masih buat OPK setiap hari & kami bersama setiap kali ovulation day.

Satu hari suami pergi ke klinik kesihatan sebab tak berapa sihat & dia pun jumpa dengan family doktor di situ. Seorang doktor india. Doktor kata low sperm count is not the problem. Sebab bukan 0 terus. Kalau 0 tu nama dia azoospermia.

Sebab tu penting untuk lelaki buat sperm test ni ye. Kalau azoospermia pun boleh dapat anak. Ada rawatan. Jadi lelaki janganlah nak salahkan perempaun je ye kalau lambat dapat anak tu.

Masa bulan 6 tahun 2021, saya decide untuk stop buat OPK. Sebab rasa nak rehat nak chill2 je. Lagipun masa tu suami macam ade sakit sikit. Saya pun happy2 je jogging, makan apa yang nak & tak stress kan diri fikir pasal TTC.

Satu hari saya teman suami saya buat bekam dengan seorang ustaz ni dekat keramat. Masa tu borak2 lah dengan ustaz tu. Dia ade buat rawatan untuk pasangan yang ade masalah untuk dapatkan zuriat.

Honestly, saya memang kurang percaya benda2 macam ni. Saya rasa sayang normal je takde ganguan. Tapi ustaz tu baik sangat. Dia bantu kami.

Lepas suami siap buat bekam, ustaz suruh sayang dengan suami duduk dekat atas kerusi membelakangkan dia. Ustaz berdiri & pegang kepala kami.

Ustaz pun mulakan rawatan. Memang jelas bacaan ustaz. Semua surah2 al quran. Paling banyak ustaz sebut adalah ayat yang ade nabi sulaiman tu.

Masa ustaz baca2 tu takde apa yang extra berlaku dekat kami. Maksudnya takde kami sampai meracau atau jadi orang lain. Sayang pun lega dah. Dalam masa yang sama masih denial.

Ustaz dah siap semua, dia suruh sayang baring dekat tempat suami buat bekam tadi. Dia cakap ade bende dekat rahim saya sebelah kiri.

Ustaz pun baca alfatihah, 3 kul, ayat qursi sambil pegang tangan suami sayang. Maksudnya tangan suami saya dekat atas rahim saya.

Tangan ustaz atas tangan suami saya. Dia mintak suami saya tarik dengan kuat & lepaskan genggaman dekat pintu. Masa buat tu sayang memang tak rasa apa2. Mungkin sebab denial.

Ustaz buat proses tu 3 kali lepas tu ustaz tanya ade tak rasa macam bende gerak keluar atau rasa geli. Saya cakap geli sikit je dekat rahim sebelah kiri.

Rawatan pun selesai & kami pun pulang ke rumah. Ingat lagi bulan tu cuma 2 kali je sayang bersama dengan suami. Saya pulak kene denggi lepas rawatan ustaz tu. Lagilah buat sayang rasa macam emm tak berkesan kot rawatan ustaz tu.

Pertengahan bulan 7, saya saja je cek UPT sebab nak habiskan UPT yang ada. Orang yang TTC mesti tahu berapa banyak kali test UPT setiap bulan haha. Rasanya dah beratus ratus UPT habis.

Masa cek tu memang tak harap pregnant sebab setiap bulan dah kecewa. Tiba2 tengok ehhh kenapa macam double line samar2 ni. Alhamdulillah adakah aku pregnant.

Masa tu rileks dulu. Solat subuh mandi macam biasa & buat lagi sekali test. memang tinggal 1 tu je test kitnya. Tup2 tengok double line lagi pekat daripada yang sebelum ni.

Alhamdulillah sangat2. Bersyukur sangat masa tu. Terus inform suami. Kebetulan masa tu dia macam tak sihat, bila bagitahu tu muka dia nampak sedih terharu sangat. Sebab tak sangka kami berjaya akhirnya.

And the rest is history. Saya pun dah selamat melahirkan anak saya tahun ni (2022).

Kesimpulan dekat sini, kalau ada pasangan yang masih TTC mungkin boleh cuba cara saya ni. Tolonglah jangan makan produk2 local yang claim boleh mengandung cepatlah itulah ini lah.

Lepas tu cubalah jugak rawatan islam daripada ustaz yang bertauliah & trusted. Jangan jumpa bomoh. Syirik tu. Janganlah jadi macam saya yang denial je mengenai rawatan islam. Ingatlah dekat dunia ade juga makhluk ghaib yang hidup bersama kita jugak.

Saya tahu sayang cuma TTC dua tahun je sebelum disahkan pregnant. Tapi tak salah kan untuk berkongsi. Chill..

Semoga bermanfaat semua

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *