Assalamualaikum kepada semua pembaca dan terma kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan confession aku. Kisah ni agak kelakar sebenarnya tapi banyak benda yang aku belajar dari pengalaman yang tak disangka ini. Cerita aku mungkin agak panjang dan berterabur ,yalah 12 jam kan.
Aku berasal dari selatan tanah air dan melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Terengganu. Baru-baru ni cuti tahun baru cina dan ingin pulang ke kampung halaman dengan menaiki bas. Jadi, malam tu sepatutnya bas “C Ekspres” sampai pukul 11.30 malam tapi tunggu punya tunggu pukul 1 pagi baru sampai. Dah lah masa tu aku mengantuk yang amat. Naik bas 2 tingkat tu je terus aku tidur.
So sampai lah kat Pahang dan bas tu berhenti dekat Masjid Muadzam Shah untuk solat Subuh. Ada lah beberapa buah bas C Ekspres ada kat situ juga, jangan cakaplah memang ramai kat masjid tu. Nak masuk bilik air penuh, nak ambil wuduk pun penuh. Lepas solat Subuh, aku pergi balik kat bas aku, tengok-tengok je bas takda. Banyak-banyak bas kat situ masa sampai tadi, semua da pergi. Aku dah panik gila kot masa tu, dengan tak bawak apa-apa. Dalam poket aku ada earphone aje. Handphone, purse, beg laptop, beg baju semua dekat dalam bas. Aduhh! Nasib baik ada sebuah bas pesiaran kat depan masjid tu, aku terus pergi kat situ dan ada beberapa orang pakcik tengah berbual. Aku pun tanyalah mana bas tu pergi, lama dah ke bas tu pergi dan pakcik tu cakap baru je pergi bas tu. Pakcik tu terkejut lah takkanlah orang bas tu tak check penumpang dia orang sebelum gerak. Aku tak tahu lah nak fikir apa masa tu. Aku minta izin kat pakcik tu pinjam handphone dia untuk call parents aku. Mak ayah aku lagilah terkejut, yalah risau kan. Jauh lagi perjalanan nak sampai Johor, aku pula masa tu nak nangis sebab dengar suara parents aku risau kat aku.
Lepas tu, pakcik tadi pergi jumpa dengan Pak Imam masjid tu dan aku pun cerita lah kat dia semua. Pak Imam tu pun cakap nak tolong aku hantar kat stesen bas yang tak jauh dari masjid, naik bas terus turun kat Johor. Sebelum naik kereta dengan Pak Imam, ada sorang akak ni, mungkin isteri pakcik tadi kot dia bagi RM50 kat aku, buat beli tiket bas. Masa tu tiba-tiba rasa sebak, nak nangis pun ada. Mana lagi nak jumpa orang-orang yang baik macam mereka ni kan? Lepas salam dengan makcik tu dan ucapkan terima kasih semua aku pun ikut Pak Imam tu naik kereta iswaranya.Dalam perjalanan pergi stesen bas, banyak jugalah aku berbual dengan Pak Imam, dia cerita pasal anak-anak dia semua dah kahwin, cucu pun kecil lagi, dia kerja guard dan macam-macam lagi yang dia cerita. Time aku nak cerita pula terpaksa tinggi kan suara sikit sebab Pak Imam tu kurang dengar hahaha. Dah sampai kat stesen bas, aku pinjam telefon Pak Imam untuk call ayah aku dan bagitahu aku nak naik bas turun Johor dan cerita lah yang ada Pak Imam ni tolong hantarkan aku semua. Ayah aku pun nak gerak pergi Larkin nak complain kat bas C Ekspres pasal aku ni ha. Lain macam bapak aku ni, ayah aku kalau marah seram wei. aku pun takut.
Sebab kaunter bas tak bukak lagi, Pak Imam ajak aku sarapan dekat warung sebelah stesen bas tu. Aku rasa janggal sebenarnya yalah tak pernah sampai lagi tempat tu dengan orang-orang kat situ pun pandang semacam kat aku. Tiba-tiba datang warung dengan Pak Imam hahaha. Orang-orang kat situ semuanya kenal Pak Imam, siap tegur, sembang ( bagusnya Pak Imam ni ). Lepas sarapan, kami pergi balik kat kaunter bas tu tapi tak bukak lagi dan masa tu ramai student ada kat situ, mungkin macam aku juga nak balik kampung sempena cuti raya cina. Aku pinjam telefon Pak Imam untuk call hotline bas C Ekspres dan tanya tiket bas awal pukul berapa.
“Bas paling awal pun pukul 10 dik”. Aduhh! Tengok jam baru pukul 8.30 pagi. lambat lagi wei nak tunggu. Pak Imam pun cakap dengan aku, suruh naik bas loncat pergi segamat dan pergi kat kaunter C Ekspres bagitau semua. Lagipun naik bas loncat cuma RM9 je, aku pun naiklah bas tu. Sebelum aku pergi, Pak Imam bagi kertas yang ada nama, no telefon dan alamat rumah dia , dia bagitau juga kalau da sampai call. Lepas dah ucap terima kasih semua aku pun naik bas loncat dan gerak pergi Segamat. Bye Pahang. Dalam bas tu tak ramai sangat orang tapi tu lah dia punya sejuk masa tu pula musim hujan kat Johor. Aku masa tu pakai baju t-shirt biasa je dengan jeans hitam, shawl aku pun dah serabai. Tak kisahlah tu. Yang penting aku nak sampai cepat dan jumpa parents aku. Dalam perjalanan, bas loncat tu berhenti kat satu tempat untuk ambil orang, sekali yang masuk tu mat bangla. bukan seorang, ramai wei. Aku dah lah duduk sorang dan selawat banyak-banyak dalam hati. Aku rasa budak kecik depan aku tu pun perasan aku ni duk gelisah sebab takutlah tiba-tiba mat bangla duduk sebelah aku. Tak lama kemudian, bas tu berhenti lagi dan ada sorang akak ni masuk, terus aku suruh akak tu duduk sebelah aku. Dia pun macam terkejut juga sebab ramai mat bangla kat dalam bas tu hahaha. Aku yang nak sambung tidur pun terus tak jadi.
Setengah jam kemudian, sampai kat segamat. aku terus pergi kat kaunter C Ekspres dan cerita kat akak penjaga kaunter situ dari awal sampai akhir. Dan ada pakcik driver bas kat situ juga dia pun dengar cerita aku. Lepastu dia call C Ekspres kat Larkin dan bagitau suruh jagakan barang-barang aku semua kalau bas dari Terengganu dah sampai , thendia pinjampak telefon bimbit untuk call ayah aku. Aku bagitau kat ayah aku yang aku selamat, dah sampai kat Segamat. Ayah aku ada kat Larkin tengah membebel kat kaunter C Ekspres then aku cakap yang aku tumpang bas C Ekspres untuk turn kat Yong Peng sebab ada family day kat Melaka, jadi dari yong peng tu terus gerak pegi Melaka. Lepastu, pakcik driver bawak aku pergi ke bas C Ekspres yang nak gi Yong Peng, kawan dia yang bawak bas macam nak marah jugak sebab aku tiba-tiba naik bas tanpa bayar, aku nak bayar tapi pakcik driver tu cakap tak payah. Dia kesian kat aku .
Bye Segamat. Aku naiklah bas tu dan dalam sejam gitu sampai kat Yong Peng. Driver tu turunkan aku kat depan KFC, aku pinjam telefon dia untuk inform kat ayah aku lepas ucap terima kasih aku pun turun bas dan masuk kfc. Nasib baik dia turun kat kfc, ada bilik air, ada makanan memandangkan perut aku tengah lapar gila. Masa tu dah pukul 11.30 pagi. Aku masuk , beli makanan dan makan macam takde apa-apa yang berlaku. Lepas dah makan aku nak call ayah aku nak tanya ada kat mana, dah sampai mana dan ternampak kat luar kfc ada public phone, aku pun pergi sana untuk call ayah aku . Dengan 20 sen yang ada kat poket aku masa tu aku pun call lah dan bagitau semua tup tup terus termati. huhuhu aku nak nangis kut masa tu tapi sabar. jangan nangis kang orang tengok pelik.Aku masuk dalam balik dan panggil akak kfc untuk pinjam telefon dia, aku ceritalah semua kat akak tu dan dia pun bagi pinjam. Lepas call semua, ayah aku cakap dia dah otw Yong Peng tapi mungkin lambat sikit sebab jalan jammed, yalah tahun baru cina kan. Aku pun tunggulah kat dalam kfc tu lagi sampai nak habis air milo, nasib aku duduk belah hujung sekali jadilah orang tak nampak lah sangat. badan aku pun berlengas , shawl jangan cakaplah serabai habis. walaupun duduk dalam aircond tapi badan still rasa melekit.
Dalam pukul 1 tengah hari gitu, barulah parents aku sampai.Alhamdulillah. perghh dia punya sebak macam 5 tahun tak jumpa. Mak aku ceritalah masa kat Larkin tadi, ayah aku pi serang kaunter C Ekspres dan sound penjaga kaunter tu.
“Macam mana awak buat kerja ni? Tak check orang dulu ke sebelum nak gerak? anak saya tu perempuan tau , bahaya sorang-sorang kat tempat orang tu”. lebih kurang gitulah ayat ayah aku. Orang kat situ tengok je ayah aku duk membebel kat kaunter bas, yalah dah memang betul salah dia, servis teruk. Check barang aku Alhamdulillah semua ada lagi. Then, lepas dah makan semua, kami pun gerak gi Melaka. yang kelakarnya, sepanjang family day , 2 hari aku demam, nak buat apa pun tak boleh. Aku pun cakap kat ayah aku untuk call Pak Imam tu balik, masa tu aku tak larat nak cakap sebab demam so ayah aku jelah yang cakap.
Jadi, sepanjang aku jadi “pelarian” selama 12 jam ni, macam macam orang yang aku jumpa dan banyak benda yang aku belajar dari pengalaman yang tak disangka ni. Jauh mana pun kita pergi, kat hutan,laut atau negara orang, Allah akan sentiasa ada dengan kita. Yang penting ialah DOA. Terima kasih semua yang membantu aku sepanjang hari itu, semoga Allah murahkan rezeki kalian. Alhamdulillah terima kasih.
– Dee
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit