Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada admin jika sudi menyiarkan perkongsian saya. Kehadiran saya di sinilah hanyalah mahu mengembalikan jiwa yang hampir mati atau telah mati kerana tewas dalam pelbagai pertempuran perjuangan.
Hijrah itu besar maknanya jika kalian mendongak ke langit dan melihat alam yang terbentang luas lalu kembali melihat ke hadapan. Saya yakin anda pasti akan kembali mendagu ke hadapan tanpa di pinta oleh penulisanku juga. Saat itu, kalian sudah bersedia untuk pelarian hijrah tanpa menoleh ke belakang lagi.
Aku melihat pelbagai kisah hidup kalian di sini, aku menyelami setiap satu kisah kalian. Menyerang psikologi seseorang bukanlah tugasku walaupun aku memahami psikologi. Izinkan aku menghulurkan sebuah jalinan yang mampu membentuk kembali kekuatan jiwamu. Mungkin diperlukan dalam meneruskan kehidupan tatkala masih ada nyawa yang di beri pinjaman sementara dari-Nya.
Berlarilah, tinggalkan semua perkara yang telah merobek isi hatimu. Berlarilah, andai kau merasa jiwa mu bakal mati kerana gagalnya menahan penderitaan. Berlarilah, agar kau tidak akan jatuh tersungkur lemah longlai dibedil oleh musuhmu. Bawalah dirimu, sejauh perjalanan hijrah merentasi kepayahan walaupun kau masih belum mampu meneruskan larian.
Memang benar, saat kau sedang berlari, musuhmu melihat kau seolah-olah sudah tewas dalam kehausan. Tapi, sedarlah kau sebenarnya sedang memperjuangkan kehidupan setelah pelarian hijrahmu kembali ke hadapan. Aku faham, jika kalian enggan berlari kerana merasakan berdiri teguh berhadapan masalah jauh lebih gagah perkasa, kalian salah.
Pilihan itu hanya akan mematikan separuh daripada jiwamu kelak. Berterusan berada di medan perang, malah tanpa perisai di tangan, hanya berbaju besi? Persoalannya, mampukah kalian berdiri teguh dan bertahan? Itu hanya akan membuatkan dirimu kerugian tewas tanpa bicara.
“SOMETIMES, IT’S WISER TO STEP BACK , TO ENABLE US TO JUMP FURTHER ”.
Ya, berpatah ke belakang tidak akan membawa kita kepada kegagalan malah mampu menukarkan larian yang perlahan kepada lompatan yang lebih jauh.
“BERHIJRAHLAH…DAN JANGAN TAKUT APA YANG KAU TINGGALKAN KERANA KAU AKAN DAPAT PENGGANTINYA BAHKAN LEBIH BAIK ” -Imam Al- Ghazali
Ungkapan ini datangnya daripada Imam Al- Ghazali yang kalian sendiri tahu bagaimana ujian nya dalam mendepani kehidupan menegakkan syiar Islam. Bukan dicipta olehku atau sesiapa pun di masa ini. Tiada apa yang perlu dikira tambah, tolak ruginya membawa diri mu berhijrah. Tiada yang merugikan dalam pelarian hijrah kerana itulah adalah cara terbaik mengembalikan jiwa. Jiwa yang tersentuh apabila dibisikkan kata-kata nasihat adalah jiwa yang masih hidup.
Jangan pernah membawa langkahmu ke jalan yang mematikan sebuah jiwa. Yang mengerakkan hatimu adalah Allah, yang bertindak adalah daya usaha dirimu sendiri. Sesungguhnya, hanya kamu yang layak menentukan pengakhiran kehidupanmu sama ada di syurga atau neraka minta pedih azab neraka di jauhkan buat kita semua allahuakbar.
Renungkanlah kata-kata Imam Al- Ghazali ini..
“YANG PALING BESAR DI MUKA BUMI INI BUKAN GUNUNG GANANG DAN LAUTAN, MELAINKAN HAWA NAFSU YANG JIKA GAGAL DIKENDALIKAN MAKA KITA AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA”. – Imam Al- Ghazali
Hijrah itu sememangnya pahit tetapi manisnya nikmat menjejakkan kaki ke syurganya. Tiada apa yang mampu memberikan kerehatan abadi milikmu melainkan berada di dalam syurga ciptaan Allah. Kalian akan bebas daripada kepenatan pelarian hijrah di dunia ini saat matamu kembali memandang ke hadapan.
Hanya satu, di syurga kerana harta dagangan Allah itu mahal dan ketahuilah harta dagangan Allah hanya satu iaitu SYURGA. Kau hanya akan berehat di syurga tidak di dunia ini. Berhenti dan berdiri kerana ego hanya mahu menolak pelarian hijrah bukanlah satu kerehatan hakiki. Tidak sama sekali. Akhir kata dari aku,
Berhijrahlah kembali kepada Penciptamu,
Berhijrahlah kembali kepada agamamu,
Allah never leave us alone,
Penghijrahan mu bakal di temani oleh sebaik-baik peneman.
“ALLAH TIDAK PERNAH MENINGGALKAN KITA KESEORANGAN DI SAAT DIA MENGETAHUI KEAIBAN KITA. MALAH DIA TIDAK PERNAH BERHENTI MEMBERIKAN NIKMAT KEPADA KITA”.
-Dato Syeikh Fuad Kamaluddin
Dari Dia, kepada aku, kepada kamu,
– NH
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit