Pelbagai Cara Keluar Dari Ketagihan Bahan Luc4h

Maybe more that 15 years ago. Zaman sekolah menengah tingkatan 1. Time tu budak2 semua dah pakai telefon berkamera. Zaman 3gp, ngage, sabun and bluetooth.

Kawan2 kat sekolah aku dulu ada lah yang jenis gila2 dok share p0rn macam ni tap aku tak trigger sangat mungkin sebab naluri kanak-kanak. Just watch benda tu macam tengok benda ngerii like video pengganas sembelih orang. So tiada istilah addicted or 0nan1.

Form 2 lah aku start ada nafsu dan ketagih, Kebetulan cd p0rn mudah didapati di pasar2 malam. Masa ni takda internet. So aku pon antara yang membeli lah benda2 ni. Now zaman berubah, semua orang boleh mendapatkan p0rn dgn mudah with internet. So its easy for me to do those thing.

Zaman university pernah jugak teman member pergi tempat pelacuran sebab member tu dah ketagih teruk bila tengok perempuan s3ksi. Jangn terkejut member aku tu subuh tak tinggal dan kejut aku solat bai. Tapi dia antara yang addict paling teruk sebab sanggup habis beribu untuk ke tempat tu.

Tapi sebenarnya sebelum aku decide nak follow member aku tu aku dah hampir bertumbuk dengan beliau dalam kereta sebab aku taknak ke tempat maksiat akhirnya aku tewas dan seolah ada force yang kuat cuba mengajak aku kesana. Nak taknak memandangkan itu kereta member aku balik jelah naik grab sorang2.

Masuk bilik kunci bilik semata2 layan p0rn tu biasa. Lecturer ajar tak faham assignment tak siap. Aku amat stress kerana tidak dapat keluar dari masalah ketagihan. Aku seolah terperangkap dalam loop yang tak berkesudahan.

Aku cuba benda baru untuk keluar dari ketagihan tapi tak jadi. Aku bersukan tiap minggu, pergi jogging, baca buku, download macam-macam aps, buat countdown target untuk stop p0rn dalam masa 3 bulan dan bagi rewards, join aktiviti masyarakat dan even dah sampai tahap solat Jemaah hari-hari pon tak boleh hilang.

Solat tu kena betul lah step, dari amik wuduk faham semua makna sembahyang barulah jadi ikhlas dan khusyuk.

Sebenarnya tak pelik pon kalau ada motivator or ustaz2 suruh orang tu solat or baca quran tapi orang tu still buat dosa yang sama. Sebab bukan ustaz atau motivator pemilik hati kau. Kau sendiri kena cari jalan cari hidayah cuba fikir kenapa allah uji kau dengan benda ini.

Aku tak berhenti research video2 agama, video motivasi luar Negara, baca2 kitab, hadis dll tapi still gagal. Paling lama tahan pon 2 minggu kerana takda pendorong dalaman yang bantu.

Ketagihan p0rn ni memang isu yang serius ada kes budak tahfiz pon addicte benda ni kan. Aku pun hairan kawan aku yang tak pernah pergi surau pun takda massalah addicted macam aku. Mungkin sebab dia ada girlfriend and selalu video call kot.

Aku syukur jugak aku takde girlfriend most of kawan laki aku yang dah couple actually dari 3 to 7 aku sahkan confirm mereka dah berzina dengan pasangan masing2. Memang teruk kan?

Kalau kau tak percaya kau kena ada banyak kawan baik they tell you everything. Last2 perempuan kahwin dengan orang lain. Haha.

Bila start alam kerja. I so lucky cepat dapat kerja senang can pay bill, new cars and room bagi mak duit belanja adik makan2, but kehidupan aku tak produktif aku makin khayal dengan dunia fantasi sendiri, sehinggakan takda masa ziarah keluarga terdekat.

Even aku yang ada ramai member masa alam kerja n selalu riadah lepak sukan pon takleh keluar dari masalah ketagihan ni.

Haha, aku dah try macam2 tips tapi tak lepas. But my real life teruk, prestasi kerja hubungan dengan bos dan rakan sekerja at the lowest level asyik cari salah aku je. Until one day I want to improve my live. Want to have a better life. Mungkin aku piker nak kahwin kot.

Masa tu aku terbaca banyak kes-kes sumbang mahram, ayah r0g0l anak, abg r0g0l adik ipar dan lain2. Aku xnak benda tu terjadi dekat aku sebab aku seorang. aku Suka imagine bukan2 and see girls or woman as in different ways.

After countless try with so many strategy, I terjumpa meaning of p0rn and 0nan1. So jelas aku sedang melakukan dosa besar which is zina.

Aku kaji kesan dosa2 hadam semua kitab. Start fikir sampai bila nak mcamni kata nak improve life and be more productive. Event dah cukup solat dah Jemaah pon tak lepas, Lupanya aku terlupa 1 benda paling penting yang semua terlupa iaitu penghayatan ayat quran.

Teringat filem the matrix yang pernah popular sekitar 2001. Jangan terkejut, sebenarnya AlQuran mengandungi terlampau banyak kunci-kunci rahsia The Matrix. Matrix cuba memberitahu bahawa kehidupan yang kita diami ini bukan real.

Rujuk surah Muhammad “Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertaqwa, (maka) Allah akan memberikan pahala kepadamu, dan Dia tidak meminta harta- hartamu”.

Allah menjelaskan kehidupan dunia adalah bukan real yang real ialah akhirat. Di dalam filem tersebut hero telah disedarkan dari dunia ilusi ini dan dibawa ke alam sebenar untuk memperbetulkan keadaan di alam matrix melalui kod-kod rahsia which are some coding.

Kod itu mempunyai kelebihan tersendiri apabila di apply kepada hero dlm matrix, hero tersebut boleh bertukar menjadi superman dan memperlahankan masa untuk menangkis setiap serangan musuh, begitulah ayat quran setiap surah ada kod-kod dan rahsia jika diamal ada function dan khasiat masing-masing.

Aku sebenarnya tahu quran ni penting tapi dalam rukun islam hanya diwajibkan solat dan tak wajibkan quran akhirnya aku pun terlepas pandang kod-kod atau surah rahsia dalam quran ini. Setan lah ni yang hasut aku supaya jadi malas and buat amalan2 wajib je. Kau takkan jumpa erti hidup sebanrnya jika kau tak kenal quran.

Selama beribu-ribu tahun manusia mencari erti hidup. Ada yang mencarinya di tengah-tengah kehausan dan penderitaan. Ada yang mencarinya di celah-celah emas dan permata. Dunia ini adalah dunia yang palsu dan menipu.

Tiada apa sebenarnya, semuanya menunjukkan dunia ini mempunyai kelemahan, boleh termusnah dan bersifat sementara.”Perhatikan, segala sesuatu selain Allah adalah palsu belaka”. (Hikam).

Sebenarnya semua rahsia kehidupan ada dalam quran. Ingat pesan tok guru nik aziz cakap kalau mesin basuh rosak atau kereta rosak mesti kita baca buku panduan atau manual book dari kilang pengeluar yang buat mesin or kereta tersebut kalau manusia rosak nak rujuk siapa?

Mestilah buku manual dari pencipta manusia sendiri which is Al-Quran.

Di dalam dunia dan cerita rule of matrix, watak jahat ialah agent smith aku nisbahkan sebagai jin dan syaitan. Jin dan syaitan akan melihat minda manusia seakan-akan paket-paket data di dalam trafik maklumat. Jin mampu menggodam minda/ semangat manusia.

Paket data yang dienkripsi sahaja tidak boleh dimanipulasi oleh jin dan syaitan. Paket data yang terdedah tanpa pengekodan adalah sarapan pagi yang enak dan berkhasiat bagi jin dan syaitan.

Allah dan Rasul-Nya telah pun mengajarkan kita cara bagaimana untuk melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan. Setiap orang diberi masa dan pilihan. “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan.” (Al– Balad 90:10)

MASALAHNYA IALAH PILIHAN.

Dan setiap orang bertanggungjawab terhadap pilihan masing-masing. “Choice. The problem is choice” (Neo -MatrixReloaded)

Tetapi ada satu rahsia lain. Di peringkat lebih tinggi, PILIHAN bukanlah permasalahan penting lagi “Because you didn’t come here to make the choice, you’ve already made it. You’re here to try t ounderstand why you made it…” (Oracle – MatrixReloaded).

Maknanya kau sudah tiada pilihan apabila kau lahir di dunia ini kau tak boleh pilih kau lahir sebagai kaum apa, anak siapa dan dekat mana. Wau dah masuk tasawuf dah artikel akiu.

Hakikat yang paling mendalam sebenarnya TIADA PILIHAN. Pilihan adalah ilusi, digunakan untuk menguji manusia.”No. Wrong. Choice is an illusion, created between those with power…” (Merovingian –MatrixReloaded)

Ok cukuplah matrix. So kau hanya perlu tahu cara untuk berada di dijalan yang lurus (kaji balik al fatihah. aku harap korang faham kenapa aku cuba huraikan tentang kehidupan itu ilusi dan merapu ke filem.

Jadi aku buat pilihan untuk keluar daripada keb****han dan kejumudan di dunia dengan kata lain aku telah hack system dunia ni hanya dengan kembali pada quran. Dengan kod2 dari surah2 berikut. Ya itulah amalannya dan itulah kodnya :

– Subuh amalkan baca yaasin, al mathurat.

– Zohor surah al rahman.

– Asar an naba.

– Maghrib al waqiah.

– Isyak almulk dan sajdah.

Cuba lah kaji apa kafiat-kafiat dia melalui hadis2 sahih dan amalan2 nabi. Dan paling penting baca maksud sekali. Jangan tinggal ayat 1000 dinar, al mathurat dan selawat dan istifar.

Sebenarnya setiap surah ni besar kaifiat dia kalau faham maksud insyallah kau akan lebih menjadi hambat yang ikuti jalan yang lurus.

So alhamdulilah aku dah boleh keluar p0rn mudah sahaja sebab software quran ni dah di update dan diformat di otak kau..

Inilah kod-kod rahsia Allah bagi untuk kita dan allah siap hantar pembantu untuk counter bisikan syaitan. Minda dan hati aku telah dipasang antivirus yang real. Hanya Hati dan minda yang dienkripsi sahaja tidak boleh dimanipulasi oleh jin dan syaitan.

Pernah jugak tiba2 rasa nak tengok p0rn tapi aku tak jadi dan terus stop kerana seolah ada bisikan menghalang yang tak nak aku terjebak dgn zina dan rosakkan masa depan aku. Ada hadis kan cerita pasal bisikan hati kita aku lupa maybe bisikan malaikat or Karin yang mencegah aku buat benda2 tu.

Untuk pengetahuan aku telah habiskan ribuan ringgit untuk berhenti p0rn dengan membeli buku-buku, baca kitab, beli apps, join event2, join sukan marathon attend talks seminar dan lain-lain tapi memang tak jadi sebab aku tinggal al-quran peneman ku didalam kubur.

Banyak lagi aku nak share berkenaan kaifiat sebenarnya tapi memandangkan masa tak cukup.

Selepas 3 bulan tak tengok p0rn aku ceritakan kesan:

1- Tengok perempuan s3ksi or pakai ketat (azab huhu) kalau dulu memang cepat terangsang dan khayal bukan2 sekarang aku tengok perempuan mcm tengok kayu kot even dia pakai ketat ke apa.

Haha, takdalah aku dah jadi gay its mean I see them with respect and care. Perempuan dijadikan sebagai insan yang patut disayangi dan dilindungi kerana mereka lemah not an object.

2- makin banyak masa untuk buat benda lain. Now aku dah cuba buat macam2 kerja jadi produktif. Kewangan makin stabil bos sayang member tak pernah kutuk.

3- Bangun subuh piece of cake. Trylah solat Jemaah. Currently aku amik kelas betulkan tajwib seronok gak dapat kenai ramai org and sharing our professional works together.

Surah al baqarah. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.

Ingat juga Surah AnNisaa’. Ayat 079. Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul.

Maknanya setiap bala kau dapat adalah kerana dosa2 kau. Terima kasih ya allah kerana mengutus nabi mu kedalam matrix dunia sekarang untuk betulkan manusia daripada virus-virus propaganda syaitan freemason yang sedang meruntuhkan institusi keluarga dengan p0rn0grafi, sumbang mahram, lgbt dan lain-lain.

Ingat juga ayat ini ”Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia. Maknya hidup kau takkan selalu best2 tetap ada ujian untuk test kau adakah kau layak nikm4ti syurga dan keluar dari matrix dunia fantasi.” (QS Ali Imran ayat 140)

Aku harap korang dapat doakan aku untuk istiqamah dan berjumpa jodoh yang baik. Ku percaya. Akan selalu ada lelaki yang baik-baik untuk wanita yang terus berusaha memperbaiki dirinya.Juga akan selalu ada.Wanita yang baik-baik untuk lelaki yang selalu berusaha untuk memperbaiki hidupnya.

– HambaMu

P/s : Sebenarnya ini ialah cerita yang disiarkan tahun lepas, cuma nak bagitau esok atau lusa akan keluar episode seterusnya kisah bagaimana Allah makburkan doa saya secara perlahan dengan ilmu sabar, & syukur.

Alhamdulilah dah jumpa seorang jodoh yang baik a muslimah doctor dan baru berkahwin semasa PKP baru2 ni. Insyallah harap perkongsian nanti aku nak semua rajin amalkan fokus untuk Allah sayang bukan untuk manusia sayang. Semoga jodoh ini bukan ujian tetapi rahmat dan reda.

– Tak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *