Pelesit & Dengki Manusia

Hai Assalamualaikum.. Nama aku Munirah sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Confession aku adalah tentang gangguan yang aku hadapi masa aku mengandung tahun lepas.

Okey kisah dia macam ni.. aku kahwin tahun 2019 lepas saja kahwin aku duduk menyewa rumah sewa dengan suami aku.. Mula mula tu semuanya okey yelaa dalam proses kenal hati budi lagi..

Masuk bulan pertama perkahwinan tu aku jadi pemarah dengan suami aku. Kami kerap bergaduh sampai aku merayu suruh suami aku tinggalkan aku.. Aku tak tahu kenapa aku tak boleh tengok muka suami aku..

Bila aku pergi kerja aku rindu dia aku rasa berdosa gaduh dengan dia tapi bila balik saja rumah rasa panas rasa benci sangat dengan suami aku ni. Suami aku pun macamtu.

Tapi dia sabar kalau kami bergaduh aku akan menangis teruk tapi suami aku tak pernah pujuk. Dia akan keluar daripada rumah pergi tenangkan fikiran..

Seminggu selepas tu. Aku dapat tahu aku mengandung.. Gembira tak terkata.. Tapi kami suami isteri tetap sama kerap bergaduh walaupun hal kecik contohnya suami aku tukar channel tv.

Satu hari tu. Masa aku tengah tidur tiba tiba mata aku rasa silau sebab cahaya biru yang memancar dekat mata aku.

Aku buka mata sebab tak selesa.. Rupanya telefon aku yang on. Tahu tak on apa? On waze. Padahal telefon tu jauh tau daripada tempat aku tidur.

Aku ambik telefon tu nak tutup waze tu tiba tiba waze tu bersuara dia cakap “you are at the wrong ways” terkejut aku terus aku off telefon lari tidur balik sebelah suami aku..

Aku cerita dekat suami aku esok tu. Dia sekadar mendengar jelaa.. menyampah sangat aku rasa masa tu..

Esok malam macam biasa aku tidur. Aku kan mengandung orang mengandung ni kerap rasa nak terkencing.. aku pun fesyen tu juga hahahaha.. aku masuk tandas aku tak tutup pintu sebab aku takut.

Tiba tiba aku dengar macam ada benda besar sangat jalan atas bumbung rumah jiran aku.

Aku cepat cepat cuci lepastu pintu tandas tu terhempas tertutup sendiri aku nak bukak pun tak boleh aku jerit panggil suami aku haram dia tidur mati pulak.. Baca laa apa apa yang ingat masa tu boleh pun bukak pintu.

Kejadian seram ni terus menerus menganggu hidup aku. Sampai aku stress aku tengah basuh pinggan tiba tiba ada angin sekilas kuat tiup telinga aku aku ingat suami aku, aku toleh kepala elok saja dia tengah main ps4 kt depan.. aku campak saja pinggan terus berlari ke depan.

Ada satu hari tu malam suami aku keluar jumpa kawan ada hal kerja nak settle. Aku duduk rumah sebab aku mengantuk malas nak ikut.. aku tidur depan tv masatu nak elak rasa sunyi.

Dalam pukul 11 macamtu hujan turun lebat sangat.. Suami aku naik motor jadi dia cakap dia tak boleh gerak lagi sebab hujan lebat sangat tak nampak jalan. Aku pun okey jelaa aku faham kang apa apa jadi lagi susah.

Aku pun sambung tidur tiba tiba aku terkejut sebab aku dengar bunyi guli jatuh dekat belakang kepala aku.. bunyi tu betul betul macam jatuh dekat belakang aku.

Masa tu juga tv tiba tiba keluar iklan yang dia cakap “detik 12 malam”.. suara iklan tu dah laa seram.. menangis aku tunggu suami aku.

Padahal cerita detik 12 malam tu dah lama tak ada tau.. nasib baik 10 minit lepas tu suami aku sampai.. kuyup jugak dia tapi dia redah saja sebab tak sedap hati.. sejak tu mana saja suami aku pergi aku wajib ikut kalau malam laa..

Sepanjang benda benda seram ni berlaku kan aku kerap tau sebenarnya sakit dekat bahagian ari ari.. banyak kali aku pergi hospital tapi doc cakap aku okey saja.. Entah laa aku pun tak faham kenapa..

Kan aku cakap yang suami aku ni macam percaya tak percaya saja dengan cerita aku sebab dia ingat aku ni nak mintak perhatian.

Yelaa kami kan selalu bergaduh. Bila benda ni jadi sendiri dekat dia baru dia nak percaya..

Satu malam tu dia main ps4 dia main sampai pagi dalam pukul 2 macamtu. Aku dah tidur waktu ni. Rumah aku ada dua bilik. Satu bilik depan satu bilik belakang. Kalau nak pergi tandas kena lalu bilik belakang.

Suami aku nak pergi tandas masa tu kebetulan pintu bilik belakang tu tak tutup. Kalau kau jalan mesti mata kau nak terpandang jugak bilik tu kan.

So dia pandang laa masa dia pandang tu ha ambik kau dia nampak perempuan pakai baju putih rambut panjang sangat muka buruk dia cakap..

Berlari dia tak cukup tanah.. Tapi dia tak cerita dekat aku pasal tu sebab dia taknak aku takut. Dia diam saja tapi yang aku perasan dia dah tak main game sampai lewat malam.. Dia akan ikut aku masuk tidur..

Aku rasa dah tak tahan pasal gangguan ni semua aku cerita laa masalah ni dekat parents aku. Kebetulan kawan ayah aku dia orang perubatan islam.

Marah mak ayah aku sebab tak cerita daripada awal. Aku bukan apa yelaa suami aku pun tak percaya cerita aku malas laa aku cerita dekat orang.

Ayah aku cakap nanti dia mintak tolong kawan dia tu.. kawan dia ni aku tak sure laa ada ilmu kee apa..

Ayah aku cerita pasal masalah aku lepastu sebut nama aku saja dia dah dapat jawapan. Dia cakap rumah aku ada yang menumpang. Actually dah lama.. Kami ni masuk gitu saja dengan takda buat doa selamat ke apa. Macam ganggu tempat dia laa..

Lepastu dia ajar doa dia suruh baca dekat setiap penjuru rumah. Masa ayah aku bagitau pasal doa tu.

Aku dengan suami aku tengah tengok wayang. Wayang malam.. Kami ketakutan laa nak balik rumah.. Ayah aku whatsapp lagi cakap benda tu marah kawan dia sebab bagitau cara halau dia.

Lagi laa kami takut.. terus tak focus ke wayang balik saja rumah laju laju packing barang balik rumah mak mertua. Sebab rumah mak ayah aku diorang kerja jadi tak ada orang dekat rumah.. Kami suami isteri ambik emergency leave 4-5 hari juga masatu..

Balik saja sana cerita dekat parents mertua pulak.. masa tu baru suami aku cerita pasal benda yang dia nampak tu.. Esoknya kami pergi jumpa pakcik suami aku yang juga merupakan pengamal perubatan islam. Aku namakan dia pakcik Abu.

Sampai saja rumah dia daripada keluar kereta ada seekor pelesit ikut kami. Besar pelesit tu tau. Sampai saja dalam rumah masa suami aku salam pakcik dia pelesit tu jatuh. Pakcik Abu tu dah dapat rasa dah. Dia suruh duduk dia ada baca baca dia tangkap pelesit tu dia simpan..

On the spot dia cakap rumah kamu ada gangguan ye? Aku angguk jelaa.. Dia baca baca ayat Al-quran sikit.. Lepastu dia cakap dia dah buang dah hantu dalam rumah aku tu..

Dia cakap yang dalam rumah aku tu ada orang yang tinggalkan. Orang tu marah dengan tuan rumah.

Kebetulan rumah sewa aku tu lama kosong sebelum kami pindah masuk tu yang dia kacau lagi lagi bila dia tahu aku mengandung. Hantu ni suka janin katanya.. Aku ingat dah settle masalah.. Rupanya ada lagi yang mengejutkan. Jeng jeng jeng…

Pakcik Abu tanya aku, kamu selalu tak sakit dia bahagia ari ari? Padahal aku tak cerita benda ni dekat sesiapa pun.. aku cakap selalu.. Dia tanya lagi kamu sayang suami kamu? Aku cakap aku sayang.. Dia cakap lagi kamu berdua ni selalu bergaduh kan?

Aku diam saja.. suami aku yang jawab dia cakap ye.. pakcik Abu cakap kamu mesti rasa marah saja bila tengok isteri kamu kan? Isteri kamu sama rasa marah bila tengok kamu.. Terkejut parents mertua aku sebab kami tak pernah bergaduh depan diorang..

Pakcik Abu cakap sebenarya ada orang hantar benda pada kamu Munirah.. Dia dapat tahu daripada pelesit yang jatuh tadi tu. Pelesit tu salah satu benda yang orang hantar dekat aku..

Pakcik Abu cakap ada orang nak kamu berdua ni bercerai.. nak rumahtangga kamu runtuh.. sebab tu kamu berdua selalu bertengkar..

Bila dia tahu kamu mengandung dia nak kamu gugur.. Aku terkelu sebab aku tak sangka benda ni nak berlaku.. Dia cakap nasib baik kamu cepat datang..

Pakcik abu gunakan anak dia sebagai perantara nak keluarkan hantu dalam badan aku. Sebab aku mengandung tak nak ambik risiko..

Mula mula dia pegang ibu jari aku lepastu tiba tiba anak dia meracau nangis suruh lepaskan dia.. lepastu ketawa pulak. Pakcik Abu tanya macam macam soalan dia hanya ketawa mengilai saja..

Bila tanya kenapa kalau aku dia cakap sebab tuan dia tak suka dengan life aku.. Dia tak nak aku bahagia.. Pakcik Abu pujuk suruh dia keluar dia keluar tapi orang tu hantar lagi hantu yang lain benda ni berlarutan 5 kali dia bagaikan berlawan dengan pakcik Abu..

Sekejap anak pakcik Abu menangis kejap ketawa kejap menari.. muka dia memang seram.. Sampai akhirnya dia mengalah.. Alhamdulillah.. So benda yang dalam rumah tu sekadar dalam rumah saja.. yang ganggu masa dekat rumah tu..

Yang orang hantar tu yang menyebabkan aku selalu bertengkar dengan suami aku tu.. Tahap gaduh sampai mintak cerai banyak kali tau.. Ya Allah berdosanya aku masatu.

Pakcik Abu tanya aku nak tahu kee siapa yang hantar benda ni dekat aku.. Tapi aku tak nak tahu sebab bagi aku kalau aku tahu mesti aku rasa benci sangat lepastu timbul rasa dendam. Jadi lebih baik aku tak tahu saja.. Pakcik Abu cakap orang tu orang yang aku kenal lagi laa aku taknak tahu..

Aku tak terfikir pun kawan kawan aku sebab aku bukan orang yang suka expose life aku dekat media sosial aku bukan retis.

Circle friend aku dekat fb ig pun orang yang memang aku kenal. Kawan kawan sekolah kawan tempat belajar. Tu saja.. aku bertunang pun private masa kahwin baru aku jemput.. kawan aku pun tak tahu apa lagi masa aku mengandung.

Takde siapa pun kawan aku yang tahu.. Tapi tulaa bila aku fikir balik aku kerja dalam bidang construction.. Kawan kerja aku mostly lelaki. Client aku pun lelaki.. Manpower aku pun semua lelaki daripada pelbagai negara..

Diorang jelaa yang tahu aku mengandung aku kahwin.. Btw aku kahwin dengan kawan sekolah aku so bukan orang yang aku kenal masa kerja..

Aku waktu kerja tegas ye tapi aku tak pernah sampai tahap maki.. Aku mengaku manpower aku kebanyakkannya suka bekerja dengan aku.. Tapi tempat kerja kan tak ade heart feeling kee apa.

Selalu jugak manpower aku ngorat bagi bunga laa coklat laa.. Tapi aku tak layan.. Ada bangla sampai ugut aku sebab aku tak balas cinta dia.

Nyaris aku terjun bangunan sebab dia kejar aku.. dia whatsapp aku cakap suka aku, aku cakap aku dah kahwin terus dia mengamuk padahal dekat tempat kerja dia tak pernah bercakap pun dengan aku..

Lepastu dia whatsapp aku dia cakap “bangla punya orang kalau suka sampai mati takkan lupa” seram .. Aku bagitau manager aku esok tu dia kena pindah..

Ada jugak beberapa orang indon yang tergilakan aku.. Yang bagi macam macam dekat aku siap ajak kahwin. Bila aku tolak terus jadi macam tak siuman.

Aku tak cakap aku cantik ye.. Memang nature PATI kalau kerja dengan kita yang perempuan ni dia sejenis sweet talker laki melayu pun tak se sweet diorang tau.

Tapi jangan salah faham ada jugak yang baik yang memang datang bekerja untuk sara keluarga dekat negara diorang.. Kita ni yang kena pandai jaga diri..

Aku kerja construction ni lama tau.. jadi aku kenal laa jenis jenis manusia ni.. ada yang pengamal ilmu hitam jugak tau.. Ada yang buat benda syirik.. Tapi ramai jugak yang baik baik..

Pernah kawan aku kena ugut sebab kawan aku maki sorang pekerja ni yang pemalas dia ugut dia nak bomohkan kawan aku..

Aku tanya laa pekerja aku yang baik ni pasal hal bomoh ni dia cakap benda tu real. Diorang boleh buat sampai kau jatuh teruk sakit teruk kalau dia nak.. So lepas semua kejadian yang aku alami, aku berbincang dengan suami aku dan aku decide untuk resign.

Alhamdulillah lepas daripada tu aku tukar no telefon aku filter balik ig friend aku hidup aku semakin bahagia.. Hati dah tak marah macam selalu.. Aku dengan suami aku dah tak bergaduh.. Doakan keluarga aku tenang macam ni ye sampai bila bila..

Pakcik Abu pesan dekat aku hidup kita ni memang macam ni ada banyak golongan manusia. Bukan semua orang suka kita kadang tu orang dengki dengan hidup kita..

Ada yang tak boleh tengok kita bahagia.. Tapi kadang kita sendiri yang tunjuk dekat orang.. Share semua benda pasal rumahtangga pasal anak anak..

Ada orang tak merasa ada rumahtangga yang bahagia ada orang yang takda rezeki anak lagi.. Kita pulun share macam kita yang paling bahagia..

Ada benda yang kita boleh cerita ada benda yang kita perlu simpan.. Jadi berpada pada.. Pandangan orang pada kita tak sama.. Hati hati kadang kadang orang yang paling kita percaya laa orang yang khianati kita..

Baiki diri jadi yang lebih baik.. Wallahualam..

– Munirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *