Pelik Dengan Tempat Kerja

Hi, takde apa yang deep pun just nak luahkan apa yang dah terpendam.

Hari ni aku buat masalah besar aku hantar dokumen dekat mahakamah tapi court kata tak terima, masalah serius aku tak jumpa proof aku dah hantar dokumen dekat mahkamah,

Aku kena marah teruk dengan boss aku since hari ni yelah hari perbicaraan kes, Tuan hakim pun marah dekat boss aku.

Boss aku maki aku sebab aku tak buat kerja, aku tak tau nak jawab apa, sebab memang salah aku, lagi bukan sekali 2 kali terjadi tapi aku memang ada dokumen cuma surat proof tu aku selalu salah letak. jadi memang salah aku

Aku kerja sebagai admin lawyer, kerja aku tak teratur sebenarnya since aku masuk dari awal lagi kerja sini, background aku, aku tak study law ke anything related dengan bidang ni. Tapi aku bersyukur rezeki masuk dapat kerja ni tahun lepas.

Aku tak tau macam mana nak cakap, boss aku baik orangnya, dia jenis straight forward cakap, dia tak cakap belakang, dia sendiri nilai orang tu sendiri. Boss aku memang baik. Sebab company dia, dia sorang saja lawyer dalam ni kira dia baru establish 2 tahun camtu,

So aku sorang saja pekerja kerani, aku pengalaman kerja yela sales admin, aku tak sure sangat kalau kerja admin biasa macam mana, banyak la juga aku baru belajar kerja dengan boss aku.

Aku tak benci boss aku, cuma aku sakit sepanjang kerja dengan dia, bukan sakit pennyakit badan tapi aku makin lama makin penat mentaliti. Sebabkan dia sorang saja lawyer dalam ni, dia memang biasa kerja sorang, jadi cara kerja dia pun memang macam sorang,

Aku macam aku cakap tadi aku takde law background, paling tinggi aku ada stpm, aku masuk kerja dari awal sampai sekarang aku masih tak faham kerja aku macam mana. Aku tak kisah kalau dia marah aku maki ke apa tu perkara biasa bagi aku, biasala kerjakan.

Tapi bila dia ada expactation yang dimana aku masuk office ni aku boleh settlekan apa yang patut. Aku tak tau scope kerja aku camne dia tak pernah explain.

Yang dia cuma cakap kat aku just hantar dokumen copy semua dekat opposing dan court. Aku ingat simply print, binding macam tu saja pastu tulis surat dan hantar.

Rupanya lepas nak masuk setahun baru aku tau, aku takle simply print, binding hantar camtu saja, aku kena highligh dokumen apa yang patut, aku kena asingkan page dengan betul, alamat penghantar aku kena letak clear.

Pastu bukan tu saja ada datedlined dia, aku takle hantar lambat, kena sebelum etc etc.. Surat aku kena make sure aku address, pastu ada certain ayat aku takle pakai macam aku buat surat formal biasa.

Tak dia ada cara tulis surat, nak address dekat opposing semua, dia bukan macam aku berlajar masa kerja sebagai sales admin.

Aku jadi macam kosong, rasa b0doh. Tapi boss aku tak pernah cakap apa, atau tegur pun. Selama ni aku buat salah dia tak cakap apa apa pun, aku baru tau lepas dia hired PA lawyer kerja dengan dia. Mereka dah kenal lama setahun dia pernah study under boss aku sebelum dia grad.

Selepas setahun baru aku tau banyak bende aku buat salah yang mana boss aku tak pernah tegur aku. Aku jadi rasa malu gila sebab aku tak tau apa pasal bende ni, dan boss aku jarang sangat masuk office.

Aku tak tau kita ada jenis kes, itu pun dah lama baru boss aku tegur sendiri kenape aku tak tau pasal bende camni.

Banyak bende dalam office aku tak tau nak buat bila aku tanya boss aku explain 2 saat pastu blah.. Aku jadi sampai tak tau nak buat apa.

Hari-hari aku datang office aku mentaliti sakit sebab aku tak tau nak buat apa, aku tak tau apa yang betul apa yang salah. Bila aku tanya nak dapat jawapan tu sangat susah.

Ya dia memang bayar gaji aku, tapi susah sangat ke jumpa staff sendiri explain betul betul apa aku kena buat? Apa scope kerja aku? Bende melarat setahun lalu camtu saja sebab covid semua bagai.

Aku stress, sekarang aku memang tau buat surat dah print dokumen dengan betul, hari hari boss aku bagi kerja tapi kerja aku banyak aku terpaksa ketepikan aku terpaksa utamakan yang urgent datelined.

PA tu pun dia stress banyak sangat kerja semua boss aku campak sampai satu tahap dia call kawan dia menangis sebab terlalu stress kerjar datelined.

Aku pun stress tapi nak bandingkan dia paling banyak kerja, aku kesian, tapi percaya la sampai sekarang aku tak tau apa aku buat, aku kerja setahun aku masih rasa aku ni b0doh.

Aku stress juga banyak kerja tak siap, untuk pengetahuan korang, company kitaorang takde dispatch, cleaner, dispatch untuk wakil firma bagi PTG. Takde.. kitaorang sendiri yang buat, pergi JPN aku yang buat, pergi PTG pun sendiri. Dispatch pun kita guna app dispatch hantar.

Duit bayar pun kitorang sendiri guna so akhir bulan claim balik. Aku tak berani nak upah cleaner or panggil dispatch partimer sebab boss aku jenis bayar lambat..

Aku serius stress bila nak kerja bab duit ni dengan boss aku, sabtu ahad aku ingatkan dia bayarkan apa yang dia tak bayarkan lagi.

Aku tak kisah kalau aku gaji masuk lambat.. Tapi yang company kita pakai service luar tu macam mana kalau bayar lambat?? Aku pernah kena marah dengan dispatch kenape duit tak masuk lagi, bayar online jekan RM13 saja, aku kena marah, last last aku pakai duit cover boss aku.

3 hari tu baru boss aku bayarkan RM13 tu. Boss aku tak miskin, dia kaya. Cuma system dia sangat berterabur. Serius aku cakap aku sangat b0doh sepanjang aku kerja dekat sini.

Lepas dah setahun, baru aku start kena tegur, kena marah semua tu by boss aku, percaya tak kalau aku cakap aku baru tau apa aku buat semua tu salah.

Boss aku marah aku tegur aku sampai satu tahap tu dia cakap kat aku “dah masuk office lama kan takkan tak tau lagi” aku rasa b0doh sangat, aku tak sangka aku dah berusia 23 kerja macam budak masuk tadika.

Serius aku cakap aku rasa aku ni b0doh sangat. Aku tak faham aku masih susah nak pickup apa aku kerja, apa aku belajar salah silap aku sepanjang kerja kat sini, aku jadi sangat stress sebab aku lembab gila berkerja.

Semua aku buat tak kena, ada yang salah walaupun PA tu pun kekadang explain aku apa patut buat apa yang tak patut aku still boleh salah buat.

Aku tak tau dugaan apa, aku jadi b0doh bila kerja ni. Aku rasa tak layak bila aku dapat gaji sebab aku rasa aku ni tak berguna. Takde point dia bayar aku, kalau end up dapat staff tak berguna macam aku ni.

Memang aku sakit setiap akhir bulan sebab aku takde duit, aku malu minta dekat family aku. Minta duit isi minyak. Tapi bila aku dapat gaji aku, aku tak rasa nikmat aku terima macam aku kerja dulu.

Aku dulu kerja, walaupun duduk 8 jam kat office, bila gaji aku masuk aku rasa berkat, nikmat aku terima gaji, walaupun gaji aku rendah bebandingkan kerja aku sekarang ni.

Dan bila aku kerja dulu boss aku tegur ke aku terus boleh pickup apa salah silap aku, aku faham system kerja aku, tau mana kena buat mana kena settlekan dulu.

Sekarang ni aku jadi macam orang b0doh. Aku tak bangga apa yang aku buat. Aku susah nak faham semua bende, aku blur bila boss aku bagi arahan aku tak tau apa aku buat. Nak tanya minta penjelasan pun aku susah nak dapat dari boss aku.

Sekarang setahun lebih aku kerja sini, aku serius dah tak larat nak teruskan, bukan aku tak bersyukur dapat kerja ni, tapi aku susah nak cakap macam mana dah.

Boss aku memang baik orangnya, dia tak cakap belakang orang, dia straight forward aku suka, claim pun dia bayar lebih, sampai satu tahap aku minta cuti panjang tetiba sebab mak aku meninggal dunia, dia faham. Dia tak contact aku pun sepanjang seminggu tu. Boss aku memang ok…

Tapi aku jujur katakan aku tak larat, aku cuba kerja betulkan apa yang patut tapi semua bende tak kena, aku betul betul cakap aku benci kenape aku b0doh, padahal kerja aku senang saja tapi kenape aku susah sangat nak sampai ke expectasi boss aku.

Aku selalu make sure office supplier barang office lengkap, aku sentiasa make sure setiap ada dispatch cukup duit nak bayar service mereka, pantry sentiasa kemas, aku cuba banyak kali susun semua file kes tapi selalu end up berterabur sampai aku kena tengking,

Aku jaga office ikut semua letak SOP sebab covid, aku cuba send semua dokumen dalam satu masa sebelum datelined, aku follow up semua kes aku kena update pergi keluar sana sini ulang alik pergi pejabat sana sini.

Semua bende tak kena, aku selalu tak sempat kemas file kes sampai ada surat kat dalam tu takde,

Pantry sampai satu tahap aku tak perasaan kosong, nak hantar dokumen dalam satu masa aku larat sebab aku sorang manual binding 300 pages nak hantar keluar aku selalu tak cukup duit.

Masuk keluar office aku selalu tak cukup duit minyak semua bagai dokumen tak lengkap la apa lah. Aku tak faham kenape.. Jujur aku cakap aku tak pernah rasa diri aku boleh jadi seorang b0doh.

Hari ni aku kena maki teruk sebab aku tak tau dokumen aku hantar tak sampai kat mahkamh, lagi teruk kecuaian aku, aku tak jumpa surat proof aku hantar keluar, dan hari ni boss aku bagitau aku kat ws group kat aku “i think you better leave the office for good”.

Aku pelik, aku sepatut menangis, malu, sakit hati semua tu, tapi tak aku sikit pun tak tersinggung, aku tak terasa, lagi pelik aku siapkan surat resign sekejap saja.

Aku tunggu nak bagi dekat boss aku… mungkin sebab aku give up dah kot.. Aku pun tak tau aku layak lagi ke tak dapat kerja kat luar sebab yelah aku incompetent.

Aku anggap ni karma dekat aku sebab sombong masa terima kerja ni, konon aku percaya aku boleh berlajar bende camni, adapt kerja baru dengan cepat. Konon aku cabar diri terimah kerja ni. Sekarang ni aku dapat balasan aku. Tu saja aku mampu cerita sekarang ni.

Terimah kasih siapa yang sudi membaca, minta maaf kalau ada yang tersinggung dengan ayat aku, ingat ini cerita aku tak semesti semua tempat sama. Kita doa yang baik, bersangka baik. Dan sentiasa stay safe dari covid.

Dan aku minta doakan aku dapat kerja yang baik baik, terimah kasih ya semua.

– Sally (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *