Pelik Tapi Benar

Assalamualaikum tuan admin..terlebih dahulu aku memohon maaf andai apa yang bakal aku tulis ini tidak sesuai dan bakal mengundang kecaman..ini kali pertama aku menulis di ruangan ini..andai sesuai,admin siarkan..andai tak sesuai untuk dibaca,sila admin abaikan sahaja confession ku ini..

Pertama sekali,aku kenalkan diriku..aku seorang perempuan..berusia lewat 30an..bekas pelajar iium lbh kurang berbelas tahun yang lalu..

Terus kepada perkara yang hendak aku kongsikan ye..kalian pernah dengar tentang orang minyak?aku pernah dengar,tapi tidak pernah pula aku merujuk kepada mana-mana sumber untuk mengetahui makna sebenar perkataan ini..

Cerita aku bermula begini..sewaktu aku ditahun akhir di iium..kami ditakutkan dengan kisah orang minyak berkeliaran di mahallah(kolej kediaman) wanita..hendak ku katakan tidak percaya pun tidak juga..kami diselubungi ketakutan yang teramat pada waktu itu..lebih lebih lagi kami yang tinggal di mahallah yang paling hujung dan dibelakangnya ada construction mahallah baru(kini dah siap dan tidak lagi baru)..orang minyak ini dikatakan mencari dan merogol mangsa..maaf andai bahasa aku tidak sopan atau tidak sesuai

Cerita ini makin tersebar disaat kami semakin sibuk dengan midterm dan assingment yang bertimbun..ia berlarutan sehingga hampir tiba cuti midsem..

Jika tidak silap aku..dua hari sebelum bermulanya cuti,pihak mahallah office aku membuat annauncement menasihati agar kami tidak berada di mahallah sepanjang tempoh cuti midsem tersebut..sebenarnya ramai dikalangan kami berhajat untuk stay dan tidak pulang ke kampung kerana ingin menyiapkan assingment dan sebagainya..

Selepas mendengar announcement tersebut..(announcement boleh didengar dari setiap bilik melalui corong pembesar suara)..maka ramailah kawan kawanku membuat keputusan untuk pulang ke kampung..dan mereka beramai ramai memujuk aku supaya turut pulang..

Aku pada waktu itu mempunyai nekad yang sangat tinggi untuk menaikkan pointer ku,memandangkan aku sudah di tahun akhir (4th year 1st sem)..tambahan pula..aku mempunyai satu assignment yang memerlukan aku mengedarkan questionair..hari hari biasa memang aku tidak akan sempat untuk mengedarkan questionair dan memungut semula selepas respondent menjawab soalan..jadi aku pilih untuk menyiapkannya sepanjang cuti tersebut..

Mendengar rayuan kawan kawan ku membuat aku jadi berang..aku katakan pada mereka aku tak akan pulang..kalau aku pulang..sanggup ke mereka tolong siapkan kerja aku tu..mereka terdiam dan terpaksa akur dengan keputusanku..aku tahu,mereka sayangkan aku..maklumlah..aku kawan yang paling lawa..comel..sweet..dan pelbagai lagi gelaran yang mereka beri..tapi sungguh aku sendiri pun xsangka aku jadi senekad itu semata mata mengejar pointer..

Keesokan harinya,sekali lagi pihak college office membuat announcement..tp kali ini berbeza pula..mereka menasihati kami agar tidak percaya dengan ‘rumos’ yang didengar..maaf kalau silap ejaan..maklum dah berbelas tahun meninggalkan iium..

Namun..mahallah tetap lengang bila tiba cuti..means,ramai yang pulang ke kampung atau ke rumah masing masing..

Maka tinggallah aku keseorangan..sebelum bertolak,kawan kawan ku tidak putus putus menasihati aku agar pergi menumpang bilik kawan di mahallah lain..nasihat mereka aku akur..sebab aku sendiri dah rasa seriau dan ketakutan..tp sempat lg aku cuci dan sidai pakaian mana yang patot..

Kemudian..menapak lah aku ke kolej kawan sekelasku..dah tentunya kami mempunyai assignment yang sama..

Sepanjang tempoh tersebut..kami memang tidak akan duduk atau tinggal di mana mana seorang diri..kalau sorang nak buang air,dua dua ke toilet dan aku masuk satu room dan kawan kelas ku tadi masuk room yang lain..begitu lah juga time mandi..dan kami saling berpesan satu sama lain agar tidak lalai dan ayat qursi sentiasa dibaca..

Pernah juga di sianghari aku beranikan diri pulang ke mahallah ku seorang diri,untuk mengangkat dan malipat pakaian yang kubasuh dan jemur tempohari..tapi belum sempat melipat aku dah rasa seriau..sebab langsung tiada sesiapa..lantas,cepat cepat aku kemas apa yang patot dan terus bergegas ke mahallah classmate ku tadi..

Selepas seminggu berlalu lah cuti midsem..aku kembali lega..mahallah kembali seperti sediakala..tidak lagi sunyi umpama dilanggar garuda..

Dan..aku..akhirnya aku mendapat apa yang kuimpikan..keputusan ku pada semester tersebut banyak membantu membaiki pointer ku..

Pembaca sekalian..terpulanglah pada kalian untuk menafsirkan ceritaku dengan cara masing masing..tp bagiku..pengalaman ini tidak mungkin ku lupa..meski orang minyak yang disebut sebut tidak muncul didepan mata ku..malah dihadapan mana mana kawan ku..tapi ‘seriau’ nya tu tetap ada..

Sekian..

– pena biru

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *