Assalamualaikum w.b.t kepada admin dan pembaca setia IIUMC. Aku seorang isteri berumur 26 tahun yang masih cuba rawat hati sendiri. Diari tempat aku luahkan segala kesedihan aku selain bercerita dengan Allah swt tiap kali selepas solat. Aku tak tahu nak ceritakan macam mana tapi segala yang aku pendam aku dah tulis dalam diari aku. Kenapa aku share dalam IIUMC? Sebab aku perlukan nasihat, kata2 semangat untuk aku terus kuat. Aku pilih peluang kedua bukan penceraian.
Januari 2019, 2.22 am
Lepas apa yang jadi, aku sangka hati aku kuat tapi tak langsung. 3 bulan lepas kejadian pahit tu aku rasa jiwa aku tak tenang. Aku rasa terganggu sebab aku masih tak dapat jawapan yang aku cari. Aku whatsapp perempuan tu. Aku lukakan hati aku sendiri demi nak tahu cerita sebenar. Orang akan kata aku cari nahas tapi satu demi satu jawapan aku dapat. Kebenaran tu menyakitkan. Aku rasa sakit hati dengan perempuan tu & suami aku tapi apa je yang aku boleh buat.
Hakikatnya memang dorang dah hancurkan hati aku. Aku terpaksa terima hakikat yang suami aku dah berhubungan dengan dia dari sebelum kami bertunang & aku tak dapat hidu semua perbuatan suami aku waktu tu sebab aku kerja di selatan dia kerja di pantai timur. Sampai saat nie bila memori pahit tu datang aku rasa macam diperbodohkan. Aku sangkakan aku paling bahagia waktu tu dapat bertunang dengan lelaki yang aku cinta & dah 7 tahun berkenalan tapi dibelakang aku tunang aku keluar makan dengan perempuan tu, call sembang2 dengan perempuan tu & lagi sakit hati dia kenal sekali family perempuan.
Kalau lar dapat putarkan waktu, aku rela undur diri demi dorang. Tak jadi bertunang pun tak apa asalkan hati aku tak terluka. Walaupun mungkin akan ambil masa yang lama untuk rawat hati aku tapi mungkin aku akan jauh lebih bahagia. Sakit sebenarnya nak lalui benda macam nie bila semua yang suami buat kantoi waktu aku dah sah jadi isteri dia. Sampai saat nie setiap apa yang perempuan tu cerita, suami aku cerita selalu terngiang2 dalam kepala aku. Walaupun aku dah maafkan dorang tapi nak lupakan tu seksa sangat sebab dorang berhubungan dari sebelum suami tunang sampai lar suami dah kahwin dengan aku.
Aku dapat rasa bahagia tu macam sekejap sangat. Kadang walaupun aku tak menangis depan2 dalam hati teruk gila dah aku menangis. Kadang bila duduk termenung aku rasa sedih sebab aku rasa suami aku tu layan kasar macam tu cuma dekat aku je. Seronok jadi perempuan tu sebab dapat perhatian dari suami aku. Perempuan tu lembut orangnya tak macam aku sebab suami aku kata perempuan tu suara dia macam mira filzah. Nak bandingkan aku dengan ala2 mira filzah tu memang macam langit & bumi. Waktu hati tengah berbunga semua manis je. Tak apa lar aku reti sedar diri.
Tahun 2018 memang tahun yang cukup mencabar untuk aku bila apa yang suami buat belakang aku kantoi, aku terus teringat macam mana sedihnya waktu hari jadi aku suami aku langsung tak wish. Aku ingat lagi ayat dia kata “penting sangat ke nak kena wish, asalkan ingat dah lar”. Aku tak mintak hadiah, aku cuma nak orang yang aku sayang wish je lagi2 tu tahun pertama aku sambut hari jadi sebagai isteri dia tapi tu pun susah nak penuhi sebab waktu tu aku buta aku bodoh tak tau ada orang lain dalam hidup dia selain aku. Aku rasa dikhianati diperbodohkan dipermainkan. Aku sayang dia, aku cinta dia, aku percayakan dia, aku setia dengan dia tapi tu balasan yang aku dapat. Hati aku remuk sangat…
Aku tak tahu macam mana cara untuk aku lupakan sebab setiap apa yang jadi nie sentiasa ada dalam fikiran aku. Aku tak buat dia macam tu aku tak pernah curang tapi kenapa aku yang kena hadap sakit nie. Hati aku dah terluka dah hancur waktu kali pertama keluar dari mulut suami aku bila dia bagitahu nak kahwin lain. Start dari situ lagi tapi aku tunjuk aku kuat tak terasa apa2 aku anggap dia cuma gurau2. Aku nafikan petunjuk & gerak hati aku yang merasakan suami aku tengah curang. Doa sorang isteri yang tak putus2 minta petunjuk dari Allah swt termakbul walau suami cuba sorok kecurangan dia selama nie. Bagitahu aku hati isteri mana yang tak terluka bila suami bagitahu nk kahwin lain lagi2 bila tak sampai setahun pun kahwin.
Kalau lar setiap apa yang aku rasa suami aku dapat baca mungkin dia sendiri tak kan sanggup jadi aku. Aku sentiasa berdoa minta hati dia kekal hanya untuk aku sorang dalam solat tak pernah aku lupa doakan rumahtangga kami. Aku sayang suami aku kerana Allah taala tapi aku tak tahu aku mampu bertahan sampai bila. Paling aku suka buat, tenung muka suami aku waktu dia tengah tidur lena walaupun aku tahu time tu memang airmata senang mengalir tapi tu jela saat paling indah pada aku. Aku dapat tatap muka suami aku puas2. Kalau lar aku dapat padamkan kesakitan nie hilangkn memori pahit nie mesti aku seronok sangat.
– Isteri
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit