Assalamualaikum para pembaca IIUMC. Terima kasih admin, andai confession ni disiarkan. Kalau tak disiarkan pun terima kasih kepada admin yang baca confession ni.
Aku, seorang perempuan berumur 27 tahun dah berkahwin dan dah ada anak. Aku ada confession tentang betapa bersyukurnya aku terlepas dari sisi gelap dunia. Ok, aku mulakan dengan lafaz bismillah, semoga cerita aku dijadikan pengajaran untuk mengajar kita tentang peluang kedua.
Aku mulai terjebak dalam seks bebas, dadah, mengedar, menyamun, mencuri seawal usia aku 13 tahun. Bermula dari pilihan kawan yang salah. Mungkin masa tu jiwa remaja tengah memberontak, sampai aku yang sekarang cannot brain dengan apa yang aku pernah buat dulu. Aku dulu sekolah tak habis. Jadi korang faham² la apa gelaran budak² tak habis sekolah ni. Tak pernah yang baik.
Lepas aku keluar dari kelompok kawan² sebaya, aku berkawan dengan lelaki lagi tua dari aku. Yang mengajar aku menyamun, mencuri mendadah dan sebagainya. Sampai part ni, aku nak cerita dekat korang kenapa tajuk aku Peluang.
Ada sekali tu aku dan rider tengah menyamun, aku jadi pembonceng. Tempat tu sempit, ada dalam 4 5 orang kat situ. Rider aku ni, dia rampas handphone dekat tangan seorang budak sampai budak tu menjerit sebab terkejut. Guees what? Kiteorang hampir² nak jatuh motor betul² depan manusia² tu.
Bila aku ingat balik kisah ni, aku fikir punya la sayang Allah dekat aku. Aku tak dapat bayang andai betul kiteorang terjatuh masa tu, apa akan jadi. Macamana kecewa ibubapa aku. Macamana pulak dengan hidup aku lepas tu.
Korang pun tahu, rakyat kita cukup anti dengan kaki samun. Confirm patah riuk aku dikerjakan. Belum lagi masuk bab polis. Ke dalam ke aku masa tu andai aku jatuh? Ni memang kenangan paling ngeri, tak dapat dibayangkan ANDAI betul aku dan rider tu jatuh selepas menyamun. Ok, habis 1 cerita.
Dadah. Semua pun tahu, dadah ni perosak, sekali dah cuba, orang yang betul² hati kental je dapat tinggalkan najis dadah ni. Kalau aku pusing belakang, imbau balik kenangan yang betul² memalukan tu, aku tertanya sendiri. Kenapa sampai macamni hidup kau dulu. Budak mentah, tapi sedikit sebanyak sisi gelap dunia dah kau selak.
Andai memori otak manusia ni macam memory card SD, aku cabut aku pasang yang baru. Masa lalu yang terlalu memalukan, terlalu teruk bagi aku. Tapi, alhamdulillah. Peluang kedua aku. Aku terjebak dengan dadah ni, hanya selama 2 3 tahun.
Jodoh dan rezeki aku, berjumpa dengan seorang hamba Allah yang sekarang menjadi suami kepada aku. Betullah, cinta tu buta. Terngiang² lagi ditelinga, soalan seorang penagih, yang aku anggap sebagai abang masa aku terlalu jauh menyimpang tu, “kau nak berhenti hisap dadah sebelum atau selepas kau ada anak?”.
Aku dengan yakin, cakap “sebelum aku ada anak”. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Bila duduk sendiri, fikiran terbang ke masa lalu, aku berterima kasih ke hadratMu.
Aku bersyukur Ya Allah. Terlalu banyak peluang yang Kau berikan. Terlalu banyak aku terlepas dari hukuman dunia diatas segala kesalahan aku. Terlalu banyak, tidak terhitung kesyukuran buatMu sehingga Kau ‘butakan’ mata ibubapa aku dari segala perbuatan keji seorang anak.
Bertuahnya aku, beruntungnya aku. Diberi peluang sebegjni besar oleh Allah S. W. T. Peluang yang tak mungkin aku sia²kan. Peluang kedua yang mengubah hidup seorang hambaNya. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Aku mohon doa dari korang, doakan aku untuk terus istiqamah sehingga nafas terakhir. Semoga kita semua berada dibawah lindunganNya sentiasa. Insya-Allah.
Salam sayang,
– Orked Adriana (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit