Peluang Kedua

Hobi aku sekarang sejak dua menjak ini adalah membaca confession korang semua. Ada yang buat aku sedih, geleng kepala, dan tak jugak mengundang aku untuk kecam dalam hati.

Kerap orang dalam confession claimed dia ada mental disorder, macam depressed dan anxiety disorder kan? Soalan aku, adakah anda merujuk kepada hospital atau pakar?

Dulu aku ingat aku cuma ada masalah attitude. Aku baran, ego, aku cepat sangat rasa down, tapi aku ok.

Aku dalam dunia aku, aku nak orang ikut cara aku. Aku terlalu ikutkan emosi, kalau emosi aku down, aku akan down sangat sangat, aku akan tidur lama gila.

Aku rasa aku cuma bangun untuk kerja,dan selebihnya aku tidur. Banyak la lagi benda merepek aku buat, dan masa tu aku cuma rasa aku ada masalah attitude.

Paling utama, aku sangat suka marah tak tentu pasal. Dan benda ni sangat tak sihat, especially bila aku dah ada pasangan, dan berkahwin.

Masalah gaduh tak habis-habis, pasal benda kecil aku besarkan, pasal hal mak mertua aku apatah lagi.

Aku bagi alasan pada suami, mak mertua suka sangat nak ambil tahu urusan kami (walaupun pasal benda kecil).

Konflik aku capai kemuncak bila aku dah mula sebut pasal penceraian, atas sebab yang sangat kecil, sangat sangat kecil.

Untuk pengetahuan, aku start berjumpa psikiatri masa aku bertunang, hanya semata nak buktikan tunang aku (sudah menjadi suami aku sekarang), bahawa aku bukan ada masalah attitude, tapi aku tidak berjaya mengawal emosi aku.

Tapi aku sia-siakan setahun segala ubat, kaunseling, dan appoinment aku. Sebab apa?

Sebab aku pun sendiri tak yakin. Tapi tidak lagi, bila aku dah mula fasa memikirkan penceraian. Aku betul betul ambil ubat, aku tak miss appoinment, aku nekad nak ada peluang kedua dalam hidup aku.

Aku nak bahagiakan orang tua aku, sebab aku kesian tengok deorang sedih aku tak bahagia.

Aku nak bahagiakan suami aku, yang ya Allah sangat penyabar tahan segala maki maki aku, tahan segala fitnah aku pada mak dia, tahan perasaan sebab nak fikirkan aku sahaja.

Aku grab peluang kedua tu dengan sebetulnya. Aku doa pada Tuhan, sembuhkan lah aku. Orang luar nampak aku cheeky, easy going, tapi hanya suami, keluarga dan kawan rapat aku tahu aku berperang dengan dunia aku.

Ye, aku memang bergantung kepada ubat sekarang, ubat tu berjaya bagi tenangkan aku, buat aku rasional.

Masalah kecil semua aku berjaya tepis dengan bersabar. Kalau bergaduh dengan suami pun, tidak berpanjangan sampai 2 3 pagi, dan tidak melarat sampai 2 3 minggu.

Masalah tempat kerja pun, aku ignore, yang mana aku mampu aku selesaikan. Aku makin hargai perasaan tenangkan diri.

Aku makin sayang kan diri aku, aku suka diri aku tidak dibebani emosi yang tidak sepatutnya. Sedikit demi sedikit, aku berusaha membina dunia aku yang baru, yang lebih harmoni.

Suami,

Terima kasih banyak kerana sabar, tabah dan tidak putus asa dengan hubungan ni.

Terima kasih kerana sering bagi saya kekuatan, dan selalu appreciate small changes saya lepas saya komited dengan rawatan saya.

Saya bertuah memiliki anda, sebagai imam syurga saya. Betapa banyak saya sakitkan hati, dan tubuh badan anda, awak maafkan dan bagi saya peluang kedua.

Awak tepis segala hasutan untuk membenci saya, awak rela dengar orang kata macam macam pasal saya, awak sanggup menangkan saya sebab awak memahami saya.

Awak bersama-sama saya mengharungi side effect ubat saya pada awal rawatan, awak ada pada masa saya relapse, awak cekal! Semoga Allah membalas segala kesabaran awak suami.

Keluarga,

Terima kasih kerana sering menjadi kilang air mata saya, menjadi tulang belakang, dan selalu memberi saya nasihat.

Saya bertuah kerana dikurniakan keluarga, ramai diluar sana yang mungkin sakit macam saya, tapi tidak bertuah mempunyai keluarga yang apa jadi pun, tetap di belakang saya. Terima kasih keluarga, terima kasih.

Kawan-kawan rapat,

Sungguh, anda kawan-kawan syurga, berada tepat pada masa, dan tidak pernah sekali mengeruhkan keadaan.

Doakan aku semua, doakan aku supaya aku sembuh, tidak lagi perlu bergantung pada ubat! Ia adalah perjalanan yang panjang, tapi lebih cerah!

– Aira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *