Peluang Kedua

Nama aku Syasya (bukan nama sebenar). Tujuan aku buat confession ni pun sekadar untuk berkongsi cerita. Maaf ye jika kisah ini terlalu panjang. Kisah ini bermula ketika aku masih kecil. Aku merupakan anak pertama dari tiga orang adik beradik.

Segala baik buruk ayah dan ibuku, aku la yang melihatnya. Ayah dan ibuku mempunyai umur yang sama. Mereka bertemu ketika keduanya sedang belajar di universiti. Setelah bercinta dalam 5 tahun, akhirnya mereka bersatu.

Persis novel cinta, ayah aku datang dari keluarga yang susah dan ibukku datang dari keluarga yang senang. Kata ibu, dulu kisah cinta dia terhadap ayah terlalu tinggi sehingga kan nak kahwin pun, mereka guna duit ibu aku dahulu.

Perkahwinan itu bahagia je. Aku di lahirkan 2 tahun selepas itu dan adik keduaku di lahirkan ketika aku berumur 6 tahun. Ketika ini bermula lah gelora dan dugaan alam perkahwinan ayah dan ibuku. Ayah aku bekerja di syarikat proton dan ibukku bekerja di suatu syarikat lain.

Ketika ibu aku mengandungkan adik kedua ku, dalam diam ayah ada scandal di tempat kerjanya. Aku la menjadi saksi pertemuan ayah dan scandalnya. Ayah menyuruhku memanggilnya mummy. Tika itu umur aku baru melonjak 6 tahun. Ye lah budak budak kan, aku ikut je la.

Ayah dan mummy umpama budak budak remaja bercinta. Bezannya aku menjadi peneman mereka dating. Ketika ini, hubungan ini masih di rahsiakan dari pengetahuan ibuku.

Ayah sentiasa akan pesan padaku “jangan bagitahu ibu tau. Nanti papa beli mainan” tiap kali selepas aku dan dia berjumpa mummy.

Aku bingung. Di rumah, ayah menjaga ibu sebaiknya. Ye lah, ibu mengandung kan. Tiap malam ayah urut ibu, beli makanan yang ibu mengidam. Tetapi sebaliknya ketika di luar, ayah sedang berfoya dengan perempuan lain.

Kini tiba la saat semuanya terbongkar. Ketika ibu sedang berpantang, ayah dan mummy lagi kerap berjumpa. Waktu itu aku kesian lihat ibu.

Dia jaga adik yang baru lahir seorang diri sedangkan dia masih ada suami. Tiap malam pasti ayah akan keluar rumah.

Alasannya, ada kerja lah, kawan nak jumpa lah, keluarga nak jumpalah. Tapi hakikatnya, bawak mummy pergi tengok bunga api sama sama. Ayah siap bawak lagi mummy jumpa keluarga besar ayah.

Ketika itu aku ikut. Yang peliknya ketika itu, aku lihat semua dapat terima perempuan itu. Tak ada sekelumit rasa bersalah ke terhadap isteri pertama ayah yang sedang berpantang seorang diri?

Rahsia ini di bocorkan oleh ku setelah berbulan-bulan aku pendam. Sebenarnya aku terlepas kata sahaja. Aku terbocorkan rahsia ini pada nenek belah ibu ku. Kata orang budak budak kan tak pernah menipu. Dan ye itu aku.

Mula lah saat di mana, adik ibu menjadi csi mencari maklumat tentang perempuan itu dah ibu acap kali menangis tidak berhenti-henti.

Pernah lah sekali aku menjadi saksi di mana ketika ibu sedang meyusukan adik keduaku, ibu menangis sambil call kakak ayah. Ingin bertanya lebih tentang perempuan itu.

Mereka bergaduh hampir setiap adik keduaku berumur setahun. Aku jangan cakap lah, mulai saat itu, ayah dah tak percaya aku lagi. Ayah marah sangat aku ketika itu. Sampaikan aku kena tidur di bilik nenek. Aku tak sanggup lihat muka ayah. Garang sangat.

Tiap kali balik rumah, mereka selalu bergaduh dalam kereta. Kadang aku sendiri lihat ayah akan naik tangan pada ibu. Berkali kali ibu di pukul seperti tempat melepaskan kemarahan.

Aku tak berani masuk campur, takut aku pulak di tumbuknya. Ketika mereka bergaduh, aku berlari tarik tangan adik kedua aku untuk menyorok. Aku tak nak adik aku lihat perkara tersebut. Bukan tumbuk je, macam macam ayah buat. Sampai la lebam lebam muka ibu.

Klimaksnya, ibu tak tahan. Ibu tak nak di madukan. Ibu ambik aku dari sekolah dan terus ke tempat kerja papa. Ibu panggil perempuan itu.

Kali ini dari raut wajahnnya ibu memang bertekad.

Tanpa segan silu, ibu marah betul betul perempuan yang ayah gelarkan mummy itu. Ramai juga berkumpul melihat drama yang sedang berlaku antara ibu dan mummy sehingga pak guard sendiri panggil ayah aku untuk leraikan pergaduhan tersebut.

Ayah marah ibu dan menyuruh kami berdua untuk balik dan dia masuk dalam office bersama perempuan tersebut. Dah besar ni baru la aku faham bahawa tindakan ayah ni sangat menunjukkan dia sayang perempuan itu lebih dari kami.

Setelah pulang, seperti biasa mereka akan bergaduh. Ayah kata ibu menjatuhkan air muka dia di situ. Lah waktu dating kehulu kehilir dengan perempuan tu tak malu pulak?

Lalu beberapa hari kemudian, perempuan itu berpindah tempat kerja dan menukar nombor telefonnya. Tengok- tengok 2 bulan lepas tu dia berkahwin dengan seorang lelaki lain. Nampak sangat desperate.

Lama juga lah baru hubungan mereka kembali pulih sehingga ibu mengandungkan seorang anak lelaki ketika usia aku melonjak 12 tahun.

Ayah masih tidak percaya kan aku. Kadang- kdang dia out of nowhere akan tuduh aku ambik duit dia lah, tengok message phone dia senyap-senyap la. Padahal hakikatnya tak ada masa lah aku nak buat semua tu.

Kini usia aku dah 14 tahun. Aku dah jadi anak dara lah ketika ini. Body aku mantap la even aku masih kecil. Mungkin hasil aku masuk olahraga kot yang buatkan badan aku cantik dan ramping. Ayah aku mula ingin rapat denganku. Kadang-kadang pelik juga, rapat dia agak pelik.

Dia suka masuk bilik tidur aku ketika aku seorang diri. Kadang-kadang dia suka tutup lampu bilik aku ketika kami berdua di dalamnya. Dia always cakap “ayah nak urut” lalu dia suruh aku meniarap dan baring di belakang aku. Dia suka masukkan tangan di dalam baju aku.

Meraba dada aku yang ketika itu sedang membesar. Ketika dia meraba, dia seperti orang high. Aku jadi keliru. Ye lah baru umur 14 tahun kan. Mana tahu lagi tentang perkara seperti ini.

Benda ni kerap kali berlaku selama 2 bulan berturut- turut. Aku jadi tak selesa dan aku ada lah bercerita tentang ini pada kawan-kawan segengku.

Mereka terkejut lantas seorang kawan aku kata “syasya, ayah kau ni dah buat sexual harassment dekat kau” waktu ni baru aku sedar perkara ni tak normal dan salah.

Aku bagitau counsellor sekolah aku tentang ni. Ye lah nak nasihat dan cara untuk selesaikan. Tapi sebenarnya dia lagi merumitkan keadaan.

Dia ingat aku berjenaka, bergurau dan mereka cerita. Dia kata “bagi lah tahu ibu awak. Ke nak saya sendiri call ibu awak”.

Bagi saya ia tak semudah tu. Saya tak suka tengok ibu ayah saya gaduh. Jadi sebab itu saya nak solusi yang tidak libatkan ibu saya. Namun atas desakan itu, saya bagitahu lah ibu.

Saya kata “ibu, ayah suka pegang saya punya sini (sambil tunjuk dada)” tapi lain yang jadinya, ibu marah saya. Ibu kata, saya yang suka berkemban, tak jaga batas. Haih. Ibu pun cerita dekat adik dia iaitu makcik saya. Pun sama saya di persalahkan. Sedangkan im the victim.

Perkara ni still jadi. Ketika ayah saya nak masuk bilik, saya terus lari. Saya mengelat dari berseorangan. Ni initiative dari kawan kawan saya.

Mereka yang suruh. Kalau ikutkan keluarga sendiri, takut takut tak berdara saya lagi. Lama lama ayah mula faham yang saya tak selesa. Dia marah saya bila rambut panjang saya di potong jadi macam chibi maruko chan haha.

Saya rasa mungkin dengan burukkan diri, dia tak akan buat lagi benda tu. Dia memang suka tengok saya rambut panjang. Tu yang dia marah bila rambut saya pendek. Seram tapi tu la hakikatnya.

Dia pun dah berhenti dari buat perkata terkutuk tu. Alhamdulilah lah.

Saya tak pernah faham ayah saya. Waktu umur 13 tahun saya dah ada seorang teman lelaki lah (galak jugak saya ketika ni).

Tapi ayah saya always marah bila saya bercinta. Kata dia cinta monyet je ni. Sedangkan dia pun sama je. Tiap kali kantoi bercinta, ayah aku lempang saya di muka.

Ah sakit. Entah lah ini ke nama dia sebagai pengajaran? Atau nama dia abusing? Saya nakal. Saya anak paling susah lah nak dengar cakap dia. Saya rasa kawan kawan lah yang paling rapat dengan saya waktu tu.

Beberapa tahun berlalu, saya di masukkan ke sbp. Budak pandai tau saya ni sebenarnya. Tapi kecundang juga sebab tak mampu adapt dengan environment budak pandai. Stres tahu. Saya belajar biasa-biasa je.

Tapi pelik sebab di asrama la saya lebih belajar untuk appreciate ibu dan ayah. Homesick mungkin.

2020 saya sepatutnya spm. Tapi covid melanda, spm di tangguhkan ke 2021. Waktu ni kelas online je di rumah. Ayah dan ibu pun ada.

Memang bonding kami agak kuat lah waktu ni. Makan sama sama lah, buat kerja sama sama. Aku mula sayang mereka sangat-sangat.

Sehingga lah aku kena masuk asrama balik untuk spm.

Ketika ini, lawatan ibu bapa tidak di benarkan sama sekali. Even bagi makanan dari luar pun tak boleh. Tapi hehe saya nakal, saya akan suruh ibu dan ayah beli senyap-senyap dan kononnya hantar barang penting. Dapat lah saya jumpa mereka seketika. Itu pun di pisahkan oleh pagar sekolah.

Dapat lambai lambai je. Tapi, pihak sbp dapat tangkap perkara ni. Ketika satu batch kami kena buat perjumpaan, pihak atasan marah sangat pada kami.

Batchmates banyak tunding jari dekat saya dan tuduh saya macam-macam. Oleh sebab itu lah, saya terus decide tak nak jumpa ayah dan ibu lagi.

Minggu tu saya tak call langsung mereka. Kononnya merajuk la. Call pun ada la sekali, waktu tu mereka kata ayah dan adik beradikku demam panas dah selama seminggu dan mereka nak jumpa aku hari sabtu seperti biasa di pagar sekolah. Sebab kes haritu memang tak lah aku nak jumpa lagi.

Aku buat keras kepala aku. Aku tak call pun mereka sabtu tu. Aku just pergi pak guard je pukul 7 malam. Memang betul, ada beg yang penuh makanan secret recipe mereka tinggalkan untuk aku, serta surat wish goodluck for your spm. Degil. Aku masih dengan degil aku.

Aku tak call mereka langsung haritu sehingga hari isnin pagi. Konon nak mintak restu. Ye lah addmath kot. Waktu aku call ibu, ibu marah sangat aku. Ibu cakap “kenapa tak call lama?” Aku jawab lah busy tanpa rasa bersalah. Perbualan itu di tamatkan setelah beberapa minit.

Sejak hari tu, aku call ibu hari-hari. Agak pelik sebenarnya. Sebab aku langsung tak dengar suara ayah mencelah. Seminggu lepas, ayah always nak mencelah. Nak bercakap dengan aku jugak. Waktu tu first time aku dengar dia cakap “i love you”, dia cakap “ayah sayang awak”.

Terkedu jugak lah selama 18 tahun aku hidup, tu baru kali pertama aku dengar dari mulut dia. Minggu tu juga birthday aku, excited ayah tanya nak apa waktu birthday.

Nak kek ke, nak bunga ke dia nak hantar dekat sekolah. Tapi aku malu, aku cakap tak apa lah lepas spm boleh. Pelik, dia masih nak buat surprise pada aku. Namun, Aku masih kata, lepas spm sambut.

Tapi, minggu ni langsung aku tak dengar dia mencelah or bercakap dengan aku. Bila tanya ibu, ibu cakap papa busy, papa meeting. Aku pun faham je. Tak pernah soal lebih.

Spm pun habis. Hati aku tak sedap. tak tahu lah kenapa haritu tak sedap hati. Padahal dah boleh balik selamanya. Aku pun call ibu seperti biasa, ibu cakap “tunggu je nanti makcik ambik”.

Aku dah pelik. Apahal lah makcik nak ambik sedangkan selama ni bila aku balik asrama, ibu or ayah akan ambik.

Tapi kali ni makcik ambik. Dalam pelik-pelik tu, aku layankan juga. Memang entah lah aku tiba-tiba menangis dan teringat ayah. Aku mengadu la dekat roomate aku, yang aku sedih, aku rasa ayah aku ada something tak kena.

Tapi dia boleh gelakkan aku dan mula mengejek “kesian….” Dia ingat kelakar ke? Sakit hati ni. Tapi malas nak layan, aku terus naik kereta makcik aku. Dia tak berborak sepatah pun.

Balik je rumah, aku ingat ada la keluarga kecik aku sambut aku balik. Rupanya, tak ada. Aku call ibu. Rupanya ibu dan adik beradik di wad sungai buloh. Kena covid stage 2. Ayah? Ayah aku sedang di tidurkan di icu, red zone. Rupanya seminggu lepas mereka sekeluarga kena covid.

Aku terkedu. Tak tahu nak react apa. Nasib ada nenek dan makcik-makcik menjaga. Aku tak rasa sedih pun ketika ni. Sebab bagi aku, ayah aku boleh survive. Dia masih muda. Tak merokok dan sangat jaga kesihatan.

3 hari lepastu ibu keluar hospital. Hidup kami macam roller coaster. Hari- hari kami dapat berita dari icu tentang kondisi ayah. Kadang baik, kadang teruk. 2 kali ayah di bangun kan semula sebab oxygen level yang agak baik.

Dia asyik ulang benda sama “ibu, bawa ayah balik, ayah nak balik” ayah memang tak suka hospital. Dia mana pernah pergi hospital. Dan selepas di bangunkan tu, dia terpaksa di tidurkan balik sebab oxygen drop.

Sebulan dia berjuang akhirnya dia pergi. Sempat kami ajar dia mengucap tapi hanya melalui video call. Dia menangis walau sedang coma.

Mungkin dia sedang rasa masa dia akan pergi.

Ayah meninggal tepat jam 5:20 pagi. 2 hari sebelum puasa. Redup je sewaktu pengebumian itu. Kini tinggallah aku, ibu dan dua orang adikku. Raya itu tidak seperti selalu. Tiadanya ayah, raya ini terlalu sunyi.

Betul, ayah aku tu banyak silapnya. Tetapi dia tetap ayah. Tanpa dia, hidup aku kosong juga. Rindu? Makin lama dia pergi, makin rindu. Baru-baru itu mungkin tak rasa.

Kini process ibu sedang berjuang di mahkamah untuk harta sepencarian pula. Ibu dah banyak berjuang untuk ayah. Bukan sekadar jiwa raganya bahkan duit nya juga. Persis novel, keluarga kami sedang berpecah belah.

Keluarga ayah, mahukan jumlah harta yang sangat banyak dan juga mereka mahukan rumah yang sedang kami duduki. Ibu tak bagi. Ibu berjuang demi kami adik beradik. Ibu kata harta peninggalan ayah, untuk masa depan kami.

Atok belah ayah, bukan kata nak tengok kami adik beradik, senyum pada kami pun tak nak. Mungkin bagi dia, kami bukan cucunya lagi? Entah lah hidup aku sangat complicated.

Terima kasih dengar cerita panjang ni. Doakan ibu aku dapat menang okey dalam mahkamah itu.

– Syasya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *