Assalamualaikum wbt untuk semua pembaca IIUM Confession. Terima kasih admin sekiranya cerita aku ni dipilih untuk disiarkan.
Tujuan confession aku di sini nak minta pandangan dan pendapat pembaca dengan dilema yang aku hadapi sekarang ni. Aku percaya ramai dekat sini yang lebih berpengalaman yang mungkin boleh bagi pandangan yang baik dan membuka mata, hati dan minda aku.
Sedikit pengenalan diri. Nama aku Manis, seorang ibu tunggal dengan dua anak lelaki yang sihat, ceria, cerdik dan insyaAllah berjaya dunia akhirat, aamiin.. (tolong aamiinkan sekali).
Aku berpisah dengan bekas suami sejak pertengahan 2018. Punca penceraian adalah sebab bekas suami aku curang. Bukan sekali, tapi dua kali dalam tempoh usia perkahwinan yang tak sampai 5 tahun pun masa tu.
Kali pertama dia kantoi masa aku tengah pregnant anak nombor 2, 2 munggu sebelum aku bersalin. Masa tu Allah saja lah yang tahu perasaan aku.
Lepas aku melahirkan anak ke dua tu, aku memang macam nak meroyan juga. Tapi cuba juga lawan perasaan sedih sebab fikir nak besarkan anak-anak. Jarak anak sulung aku dengan yang kedua ni rapat. Masa yang kedua lahir, si abang baru saja masuk setahun 4 bulan.
Bayangkan lah, dengan anak-anak yang kecil tu aku nak kemana sangat. Mak ayah dekat kampung pun dah tua, tak kan nak tambah beban mereka.
Jadi, aku hadap sajalah. Tapi bekas suami pun (masa ni tak cerai lagi) masih membantu. Dia minta maaf dan buat tanggung jawab dia macam biasa.
Aku telan segala kepahitan, kami teruskan perkahwinan macam biasa. Tapi masa anak aku yang kedua tu menginjak ke umur setahun, dia kantoi lagi. Kali ni dengan perempuan lain pula.
Aku bukan cemburu buta. Memang dalam wassap bersayang-sayang, pergi kerja berambil berjemput. Yang aku ni kelam kabut setiap pagi nak siapkan anak-anak hantar pengasuh sebelum pergi kerja, dia boleh pergi jemput perempuan lain hantarkan pergi kerja.
Masa ni aku dah tak boleh terima kepahitan tu lagi. Aku nekad. Aku nak cerai. Apa jadi pon, jadilah. Tapi masa ni bekas suami mati-matian tak nak ceraikan aku. Dia minta maaf. Biasalah, dah kantoi minta maaflah kan?
Tapi disebabkan dia tak nak lepaskan aku, kami jadi selalu bergaduh depan anak-anak. Anak aku yang sulung masa tu dah mula faham. Dia sedih bila mama & papa bergaduh. Ini membuatkan aku lebih heart broken
Akhirnya aku pujuk bekas suami masa tu dengan cara yang paling baik dan lembut untuk lepaskan aku. Aku cakap aku tak nak anak-anak terkesan dengan perkahwinan yang menyakitkan aku.
Dan akhirnya dia setuju. Dengan air mata jantan berjujuran dia lafazkan cerai (tak tahulah dia ni berlakon ke apa)
Selepas cerai, masa dalam tempoh edah, kami masih tinggal serumah. Aku nak keluar dari rumah yang kami duduk masa tu (sebab rumah tu bekas suami beli sebelum nikah dengan aku lagi), tapi dia tak bagi.
Katanya biar dia saja yang keluar tapi dia hanya akan keluar selepas habis edah aku.
Tapi aku tak mampu bersabar nak tunggu habis edah tu. Senyap-senyap aku cari rumah sewa untuk pindah dan bawa anak-anak aku.
Bila semua dah ready, satu hari aku ambil cuti tanpa pengetahuan bekas suami, aku berlakon macam nak pergi kerja. Tapi aku pindahkan barang-barang apa yang patut.
Tapi tak sampai 2 minggu pun aku bebas duduk rumah sewa sendiri dengan anak-anak. Dia dapat cari rumah sewa aku. Ye lah, aku tak tukar pengasuh dan tempat kerja pun. Dia intip aku balik dari office,tahulah dia aku tinggal dekat mana
Sejak dari dia tahu aku tinggal mana, setiap malam dia akan datang untuk berjumpa dengan anak-anak. Paling kurang sejam akan spend masa dengan anak2 sebelum balik ke rumah dia.
Masa bercerai, aku memang tak menuntut apa-apa pun. Sebab yang aku nak hanyalah pisah. Aku tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan dia.
Tapi, setiap bulan dia akan masukkan 3k ke dalam akaun aku. 1k untuk sewa rumah dan 1k untuk setiap seorang anak. Dari bulan pertama kami berpisah hinggalah ke hari ni tanpa gagal dia bagi.
Bagusnya bekas suami aku ni, part nafkah dan tanggungjawab dia memang tak pernah culas dari sejak hari pertama kami bernikah. Dia akan siapkan semua keperluan dan gaji aku dia tak pernah tanya dan ambil tahu.
Tapi kalau bab kerja rumah ni memang tak lah. Kalau dia nak tolong pon aku rasa baik tak payah. Sebab tak kena dengan mata aku. Baik aku buat sendiri.
Dia sangat kasih dengan anak-anak kami. Pernah waktu malam sebelum tidur biasa aku akan bagi anak-anak aku minum susu (guna cawan) tapi si adik tumpahkan susu tu. Aku marah lah. Biasalah marah mak-mak ni kan.
Si abang (papa dia ada belikan h/p untuk mereka voice whatsapp) voice whatsapp papa bagitahu mama marah adik sebab tumpahkan susu. Jam tu juga dia sampai ketuk pintu nak pujuk si adik.
Part kasih anak ni aku memang tak nafikan sebab mungkin menurun juga dari ayah dia (bekas pak mertua aku). Bekas suami aku pon dari broken family.
Dia pernah cerita masa parents dia bercerai, ayah dia keluar rumah sambil bawa semua gambar anak-anak dia.
Ayah dia ada buat setiap anak satu album dari anak-anak dia lahir sampailah besar.
Walau bercerai, ayah dia tak pernah abai tanggungjawab pada anak-anak. Setiap minggu datang bawa jalan-jalan dan tanggung sekolah & perbelanjaan mereka adik beradik sampai masing-masing bekerja.
Cuma yang tak bestnya, part menggatal dengan perempuan lain tu pon menurun juga pada anak dia (bekas suami aku) sampaikan arwah mak mertua aku give up setelah 16 tahun bersama.
Bila aku nak balik kampung, dia juga yang teman. Alasan bahaya aku bawa kereta bertiga sahaja dengan anak-anak yang masih kecil. Jadinya setiap kali nak balik kampung dia akan bawakan sampai ke rumah mak ayah aku.
Masa mula-mula bercerai, lepas hantar aku, dia akan salam mak ayah aku kemudian cari hotel di pekan berhampiran dan bila hari Ahad nak balik ke KL dia akan datang jemput aku dan anak-anak. Tapi masuk setahun, mak ayah aku pula suruh tidur je dekat kampung.
Tak payah susah-susah cari hotel katanya. Dia pon suka sangatlah. Bila ada adik beradik aku yang lain balik jugak, dia akan menyembang macam biasa. Mak ayah aku pon suruh aku terima dia balik.
Bekas suami aku ni memang ada rupa orangnya. Sebab keturunan ayah dia mix belanda. Jadinya kulit putih, badan bidang tinggi, mata perang tu memang dapat lah pada dia.
Lepas tu mulut dia ni peramah. Dengan sesiapa pon senang nak bersembang. Dengan kakak tol tambah nilai touch & go pon sempat sembang ketawa-ketawa.
Kalau dengan cashier MR DIY tu usah kata. Orang bayar tak sampai 2 minit, tapi dia 5minit tak siap lagi bayar (walaupun beli 1 barang je).
Pernah anak sulung aku minta nak naik aeroplane. dekat sekolah kawan kata pergi jalan-jalan naik aeroplane. Aku cakap dekat anak aku, naik aeroplane tu mahal. Duit Mama tak cukup (bukan tak ada duit, aku tak yakin nak handle anak2 aku dalam flight sebenarnya)
Dia cerita lah pula dekat papa dia. Bekas suami aku booked flight & hotel untuk bercuti ke Sabah. Ya Allah… Masa ni aku rasa nak suruh dia bawa je sendiri anak-anak ni. Aku tak nak pergi. Tapi dia pujuk. Kesian anak-anak.
Mana mungkin dia sendiri nak bawa anak-anak kami, sebab anak2 masih tidur dengan aku. Tak pernah pisah. Pergi juga lah kami bercuti macam keluarga yang bahagia. Masa ni tuhan sajalah yang tahu hati aku .
Bekas suami aku sampai hari ni masih memujuk aku untuk kembali dengan dia. Tapi aku dilema.
Bila aku tanya kenapa dia curang, apa salah aku? Jawapan dia sama. Aku tak salah. Yang salah tu dia sebab menggatal. Bila tanya kenapa menggatal dengan perempuan lain? Jawapan dia itu memang perangai dia.
Dia suka-suka menggatal dengan perempuan lain. Tapi tak ada niat nak serious pon dengan perempuan tu semua. Saja suka-suka.
Lepas tu katanya, menggatal dia dengan siapa pon, hati dia penuh yakin hanya aku yang dia nak bersama-sama sampai ke tua & membina keluarga.
Hadoiii.. Tak tahu lah ini pembohongan ke apa? Aku dah tak boleh beza samada drama semata atau ikhlas.
Info tambahan, kes curang pertama. Dia curang dengan perempuan sama project dengan dia (lain company, tapi buat project sama) Siap plan nak nikah lepas aku bersalin anak no. 2. Tapi tak jadilah sebab dah kantoi.
Kes curang kedua, dengan kawan aku sendiri. Yang ni bekas suami aku tinggalkan dia. Then kawan aku ni bengang agaknya sebab dia tiba-tiba kena block whatsapp dengan bekas laki aku, terusla dia cari aku dan ceritakan semua kecurangan laki aku masa tu.
Kesimpulannya, dua dua penyondol ni memang tahu bekas suami aku masa tu suami orang. Aku memang jumpa 2,2 perempuan ni masa kantoi tu and mereka memang cakap bekas suami tak pernah tipu/ sorok status dia yang dia suami & bapak orang.
Patutkah aku terima semua dia? Aku ada buat istikharah. Tapi masih buntu.
Kadang-kadang rasa nak semula bina keluarga dan besarkan anak-anak. Tapi dalam masa yang sama rasa takut dicurangi lagi. Bila teringat apa yang dia pernah buat tu, rasa sakit hati sangat. Mungkin fobia juga.
Patutkah aku bagi peluang ketiga? Atau aku akan jadi perempuan paling bodoh dengan peluang ketiga tu?
– Manis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit