Assalamualaikum semua. Aku kenalkan diri, nama aku Nina. Berumur 30an, mempunyai 2 orang anak yang comel. Aku dan suamiku bekerja dalam bidang profesional. Perkahwinan kami nak masuk tahun ke 7.
Awal perkahwinan macam biasalah, aku melayan dan dilayan suami dengan sangat baik. Mungkin juga sebab masa tu kami PJJ, jadi memang selalu rindu dan jarang bergaduh.
Lepas dapat anak pertama, masih lagi okay, gaduh pun kejap je berbaik. Tapi aku perasan suami aku makin lama makin kurang sentuh aku. Hendak bersama pun jarang sangat. Selalu bagi alasan penat kerja.
Aku pun penat kerja, tapi masih ada keinginan tu. Cuma bila suami tolak, aku pendamkan sahaja. Sesekali tu aku fikir nak ada anak lagi seorang di usia 30an ni.
Pendek cerita, masuk tahun ke 5 perkahwinan kami. Satu pagi, entah kenapa aku rasa nak tengok phone suami. Mungkin Allah memang nak tunjuk.
Padahal aku takde syak apa-apa pun sebab aku tengok suami kalau layan phone pun tengok video-video agama ataupun bola.
Aku buka whatsapp, takde apa-apa. Buka fb messenger, scroll ke bawah, jumpa satu chat dengan seorang perempuan aku namakan M.
Chat tu lain sikit sebab berakhir dengan ayat ‘I miss you’. Dan ayat tu adalah dari suami aku. Aku terus berdebar, rasa susah bernafas. Rasa dunia ini gelap.
Aku buka chat tu, scroll sampai atas dan memang betul suami aku yang mula contact perempuan tu dulu. Dan pernah ada plan untuk berjumpa.
Gali punya gali, rupanya perempuan tu kawan sekolah suami aku dulu dan diorang pernah suka sama suka.
Aku kejut suami, dan terus menangis semahu-mahunya. Nasib baik anak aku tengah tido masa tu. Suami pun menangis cakap dia menyesal, dan berjanji takkan buat lagi.
Aku minta suami message perempuan tu cakap takkan berhubung lagi dah. Aku merajuk tak lama, dalam seminggu macam tu je. Jadi suami aku pun takde effort sangat bila aku dah okey tu.
Selepas itu aku mengandung anak ke 2. Sepanjang aku mengandung tu, 1 kali je kami bersama. Tapi aku pun ok je sebab yelah mengandung kan, takde mood sangat pun nak bersama. Suami pun aku anggap jelah dia memang penat.
Benda ini berlarutan sampailah anak ke 2 umur 6 bulan. Selepas kejadian pertama tu, aku cuba bina balik trust aku pada suami walaupun sangatlah susah.
Tiba satu pagi, aku tengah susukan anak. Suami pula tengah mandi, kebetulan dia tinggalkan phone sebelah aku je. Padahal sebelum ni dia bawa phone ke mana saja walau dalam rumah sekali pun.
Allah nak tunjuk lagi sekali. Aku buka whatsapp macam biasa takde apa-apa. Fb messenger memang aku tak check sebab selepas kejadian pertama, aku boleh buka fb dia bila-bila aku nak sebab dah tahu password. Suami pun memang bagi.
Entah kenapa aku tergerak nak buka telegram. Ada chat dengan seorang perempuan, aku namakan S.
Aku tak sempat sangat baca sebab takut suami habis mandi tapi memang ada perbualan luc4h. Seperti suami aku minta nak tengok bahagian sulit S. Ada video yang S hantar tapi aku tak sempat buka.
Lama aku fikir macam mana nak confront suami sambil tahan diri dari menangis. Aku ingat nak tunggu lepas 3 hari sebab masa tu kami nak pergi staycation.
Tapi aku tak tahan sangat, tengahari tu terus aku confront. Suami macam dah boleh agak sebab aku dingin dari pagi.
Dia kata S tu adalah seseorang yang dia tengah tolong. Kononnya S ada sakit mental. Jadi dia layankan saja apa S nak. Aku tanya kenapa layankan sampai kena minta tengok benda-benda luc4h.
Dia pusing-pusing bagi alasan yang tak logik. Siap cakap S itu yang gilakan dia. Memang aku tak makan dengan kata-kata dia.
Aku tambah geram bila fikir, aku yang depan mata dan halal ni takde pula dia nak sentuh ke apa, perempuan lain yang haram jugak dia minta.
Bukan nak bangga diri, tapi aku ni muka boleh tahan jugalah. Patutlah dia tak kisahkan aku, rupanya dia ada sumber lain. Macam biasa dia minta maaf.
Aku minta lepaskan aku, tapi dia cakap takkan pernah seumur hidup dia akan lafazkan ayat tu. Aku pula macam dah tawar hati, menangis pun dah tak teruk macam dulu.
Aku cuma fikirkan anak-anak, dan juga keluarga belah suami. Aku tak nak suami malu, dan keluarga dia mesti tak percaya dia macam tu.
Bersyukur juga pada Allah sebab tunjuk aku sebelum sesuatu yan lebih buruk berlaku. Kali ini tak sampai seminggu pun aku merajuk, aku dah communicate dengan suami macam biasa.
Sebab nak uruskan anak-anak jadi terpaksa jugalah communicate. Dia? Effort memang ke laut. Sehari je pujuk aku bersungguh, lepas-lepas tu buat macam takde apa yang berlaku.
Tapi aku terfikir, mana maruah aku? Dua kali suami curang pun aku still stay (setakat ini). Entah-entah M dan S sedang gelakkan aku sambil cakap bini lawa pun, suami cari lain.
Aku tiada tempat meluah. Walaupun aku sangat kecewa dengan perbuatan suami, aku masih kena jaga aib dia.
Tolong doakan pada Allah supaya aku dapat jawapan dan jalan terbaik. Minta juga Allah untuk tenangkan dan tabahkan hati aku. Terima kasih semua.
– Nina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit