Assalamualaikum semua. Saya terpanggil untuk menyatakan kekaguman saya terhadap saudara Yusri yang sanggup berhenti kerja dan memilih untuk bekerja dirumah sambil jaga adik-adik. Kau memang anak yang baik. Tahniah Yusri. Anda boleh baca aktikel pasal Yusri ni disini. (https://iiumc.com/keluarga-
Kisah kau sangat memberi inspirasi pada saya. Sebenarnya, tak lama lagi saya akan tamat pengajian di peringkat master. Namun, saya tak nampak langsung peluang pekerjaan yang boleh saya lakukan. Hal ini disebabkan bidang pengajian sains sosial terlalu umum untuk mendapatkan peluang pekerjaan jika “performance” pengajian biasa biasa saja. Cukup-cukup makan, sama seperti graduan lain.
Manakala, pada masa yang sama saya juga mempunyai ibu, adik-adik dan nenek yang perlu dibantu. Mereka mampu buat urusan rumah dengan sendiri. Mak saya bekerja pagi sampai petang. Adik masih sekolah rendah. Nenek dah lanjut usia, tapi mampu berjalan dan masak. Pasal ayah, saya malas nak cerita. Kat dunia ni memang wujud lelaki yang tak bertanggungjawab.
Bila saya ada masa balik rumah, saya cuba bantu mereka dalam urusan rumah. Pagi hantar adik ke sekolah. Buang sampah, sidai baju, pergi beli ikan dan sayur. Lepas tu, petang pujuk adik pergi kelas KAFA. Kalau tak pujuk memang nak ponteng je budak tu. Malam pulak hantar adik ke tuisyen. Kalau air minum dah habis kena pergi isi atau beli kat kedai. Kalau gas memasak dah habis, kena pergi beli.
Kadang-kadang ada masalah singki tersumbat, kena baiki. Kalau bilik air dah nampak berlumut, kena bersihkan. Setiap hari kena sapu sampah. Dalam sebulan, beberapa kali perlu bersihkan halaman rumah. Ini tak termasuk kes-kes kecemasan, sakit deman. Ada juga masa adik saya yang lebih besar membantu urusan rumah. Adik saya ini juga sedang study degree, time cuti boleh lah tolong.
Semua pekerjaan diatas boleh dilakukan oleh mak saya. Pagi sebelum pergi kerja, dia sidai baju. On the way pergi kerja, singgah hantar adik ke sekolah. Balik kerja beli barang dapur dikedai tepi jalan. Lepas mandi terus hantar adik ke tuisyen. Pukul 10 malam sambung kemas dapur. Sambil tu kena tolong adik buat kerja sekolah dan pilih buku ikut jadual. Lewat malam iron baju untuk ke tempat kerja keesokan harinya.
Saya memang perasan mak saya memang letih setiap hari. Ada juga hari yang adik saya tak ke tuisyen sebab mak dah letih sangat kerja seharian. Dari segi kewangan, Alhamdulillah cukup untuk kami sekeluarga makan minum. Nak mewah-mewah tak ada la. Nenek saya pulak terpaksa jaga adik saya waktu petang sebelum mak saya balik kerja. Adik saya baru sekolah rendah. Faham-faham je la budak sekolah rendah punya perangai. Letih juga nenek saya nak jaga.
Saya terfikir, beban tugas menjaga keluarga telah jatuh ke bahu saya. Seolah-olah peluang pekerjaan saya sekarang ialah pulang ke rumah dan bantu keluarga. Kadang-kadang saya rasa bilalah kehidupan saya akan bergerak kehadapan seperti orang lain.
Ketika usia sudah menginjak 26, saya pun nak berkerjaya dan berkeluarga. Ada isteri dan baby yang comel macam orang lain. Ada rumah sendiri yang boleh saya deco ikut keinginan saya. Ada kereta sendiri. Dan yang paling penting ada kehidupan sendiri. Saya memang rasa sekarang ni saya sedang jalani kehidupan yang bukan kehidupan saya. Saya buat semua bukan untuk diri saya.
Namun, setelah saya baca tulisan saudara Yusri. Anda telah memberi inspirasi kepada saya. Rupanya, saya tak berkeseorangan dalam berhadapan situasi ini. Dan saya percaya ramai lagi diluar sana yang berada dalam situasi ini. Terima kasih Yusri, sekarang saya telah meletakkan keputusan.
Jika tiada peluang pekerjaan yang baik setelah tamat belajar nanti, saya akan bantu keluarga saya. Rezeki ada dimana-mana. Walaupun pekerjaan mengurus rumah nampak remeh, tapi sebenarnya memenatkan terutama mental. Semoga kita semua dapat ganjaran kebaikan daripada pengorbanan yang dilakukan.
– Encik R
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit