Assalamualaikum. First of all, terima kasih admin jika confession ini disiarkan. Kalau tak pun, it’s okay sebab aku pun tak tahu kenapa aku confess sedangkan aku rasa aku dah letak those bad memories behind.
Confession ni agak panjang but at least korang skip la ke part sharing pengajaran aku. Sebab itulah MESEJ penting yang aku belajar dari pengalaman aku.
Aku Ain, dah kahwin dan ada anak. Aku triggered bila baca confession pasal Pentingnya Menjaga Batas Pergaulan Adik-Beradik, (https://iiumc.com/pentingnya-batas-pergaulan-antara-adik-beradik/). Yes, aku mangsa. Mangsa abang aku sendiri.
Abang tak duduk dengan parents aku. Abang duduk dengan nenek. Tapi ada 1 tahun yang parents aku tinggal dengan nenek sebab bapak aku ada projek berdekatan daerah rumah nenek. That’s when it started.
Aku darjah 2. Abang aku around tingkatan 1 macamtu. One day, abang cakap dia nak ajar aku something. Dia suruh aku tunggu depan toilet dan dia masuk dulu. Pastu dia panggil aku masuk sekali dengan dia. Aku budak, memang tak fikir apa2. Aku takde rasa takut, curiga, pelik. Semua takde.
Sebab abang aku banyak ajar aku macam2. Naik basikal, mengaji, masa meninggal dunia, siram pokok. So bila dia kata ‘nak ajar’, aku turutkan aje.
Aku masuk toilet. Dia suruh aku basuhkan private part dia dan dia buat bende sama pada aku. Sumpah aku tak rasa apa2. Sebab at that age pun, sometimes masih mak or bapak aku mandikan aku. So aku tak rasa awkward pun bila disentuh.
Tiba2 mak aku ketuk toilet suruh aku bukak sebab adik aku umur 4 tahun nak terkencing. Abang kelam kabut.
Toilet tu ada 2 section, kolah untuk mandi and toilet bowl. So dia pakai baju and menyorok kat sebalik ruang toilet bowl yang tertutup tu, dia suruh aku bukak pintu. Here’s the difference between my mom, and mak kepada confessor post yang aku mention tadi.
Mak aku marah abang. Abang bagi alasan yang dia nak menyorok daripada adik aku yang kecik. “Habis tu, dah nampak Ain masuk yang kau tak keluar tu kenapa? Mengintai adik mandi pulak??”.
Mak memang marah. Silapnya, mak tak terus terangkan pada aku bahawa apa yang abang buat tu salah giler2. Mak tak slow talk, takde sit and discuss, semua takde. Aku tak terus ditegur untuk jaga dan lindungi diri aku sendiri.
Itu insiden pertama dan lepas tu takde apa2 jadi dah. Habis je tahun tu, kami pindah rumah asal kami sebab bapak dah habis projek. Selang setahun lepas tu, bapak ambik abang duduk dengan kitorang semula. Dan segalanya bermula kembali, malah abang lebih berani.
Dia ajar aku tengok p0rn, dia berani sentuh aku. Aku taknak cerita detail sebab aku pun taknak ingat semua tu. Macam2 dia buat pada aku, semua dia buat. Kecuali 1 je yang dia tak berjaya… Dia tak berjaya ragut keperawanan aku sebab aku kecik lagi dan aku refuse sebab sakit.
Mak dengan bapak memang biasa tinggalkan kitorang 3 beradik dekat rumah. Masa2 macam tu lah dia start kacau aku. Setahu aku la, dia tak pernah sentuh adik aku.
Aku yang asalnya tak kisah disentuh mula rasa tak suka sebab sakit. Lama2 aku realize yang aku taknak dia buat aku sakit dah. Aku baru ada rasa self-consciousness masa umur aku 10 tahun. Bila aku tengok 1 drama yang ada scene ‘rape’, baru aku faham apa yang abang buat pada aku adalah ‘rape’.
Walhal, aku pernah tnya mak aku, ‘r0g0l tu apa?’ Mak cuma kata ‘Nanti dah besar Ain faham lah sendiri’. Besarnya salah mak aku sebab takde ilmu pasal bab ni. Kalau mak dah siapkan aku dengan ilmu, tentu aku awal2 lagi dah sedar apa yang abang buat tu salah.
Tapi sayangnya, aku tanpa sedar dah develop rasa ‘suka disentuh ringan2’. Cuma aku tak suka penetration sebab sakit. S3x grooming? Yes. Itulah yang terjadi pada aku. Dan kesannya pada aku, tak sanggup aku nak cerita.
Lama2 bila aku selalu menolak, abang dah tak usik aku dah. Abang memang tak pernah paksa aku. Kalau aku taknak, dia stepback. Hujung tahun tu, bapak hantar abang duduk dengan nenek balik sebab abang memang banyak buat hal dekat sekolah. Bapak tak kuasa nak layan perangai dia.
Walaupun abang dah takde, aku mula layan diri sendiri. Sampai aku masuk asrama baru addiction tu berkurangan sebab aku busy.
Kadang2, aku pun tak dapat tahan desire aku untuk disentuh. Dan disebabkan aku bersekolah di sekolah perempuan, aku rasa memang Allaah selamatkan aku. Kalau tak, mungkin aku dah terbabas 100% sebab bergaul dengan pelajar lelaki.
Bertahun abang menjadi remaja bermasalah. Balik Raya pun dia tak ada. So takdelah apa2 terjadi. Until… Abang aku kawin, and aku pun dah 20an masa tu. Demi nak appreciate kakak ipar aku (aku namakan Kak Dina).
Aku and adik aku tidurlah 1 malam kat rumah sewa baru dorang. Kakak ipar aku suruh aku tidur bilik dia and dorang tidur dekat hall. Aku tak expect apa2 dah dan aku anggap abang dah berubah sebab dia dah kawin, kan.
Tapi aku silap, malam tu lepas Kak Dina tidur, abang masuk bilik. Adik aku yang masa tu dah umur sekolah menengah memang dah tido. Abang cakap nak borak2. Aku asalnya just baring2 scroll FB, aku layan je dia borak macam2. Suddenly, dia pegang peha aku.
Aku try untuk anggap ‘its a normal touch’. Tapi pengalaman membuatkan aku tak boleh tipu perasaan aku. I know he’s up to something. Peliknya, aku tak tolak tgn dia pun even perasaan aku say No!
Tak sampai berapa minit, Kak Dina terjaga and masuk bilik cari abang. Abang cover2 and cakap nak borak2. And then dia keluar and mesej aku. Dia ajak buat macam dulu!
SAH! Dia ni tak pernah berubah rupanya… Aku kumpul kerasionalan aku, susun ayat dan cakap ‘Aku dah lupakan, dan aku maafkan dia’. Itulah pengakhiran cerita aku menjadi mangsa s3x grooming abang sendiri.
Pengajaran?
1) Belajar. Sejak aku pregnant lagi aku dah follow S3x Educator supaya aku menjadi mak yang lebih conscious berbanding mak aku.
Apa yang nak kene belajar? Belajar cara explain dan jawab soalan anak. Ia harus bermula the moment anak mula belajar bercakap. Sebelum 2 tahun dah boleh mula.
2) Ajar anak mandi sendiri. Jangan biasakan anak dimandikan orang lain. Ajar anak tutup tubuh dia lepas mandi. Jangan tukar diaper depan orang.
Anak seawal usia 3 tahun dah boleh ajar dia basuh/ gosok private part sendiri walaupun masih parent yang mandikan. Biar dia rasa ‘tak biasa disentuh’.
3) Jangan abaikan hint anak. Anak tak boleh explain apa yang terjadi. Yang anak tahu hanyalah ‘suka’ atau ‘tak suka’.
Kalau anak cakap ‘tak sukalah kawan tu’. Kene alert! Jangan terus cakap “Alah, kawan tu nak main je”. Belajar ilmu ‘menggali jawapan anak’. Saya ulang : Anak tak tahu explain.
4) Ajar anak sebelum anak belajar dari orang lain. Tebalkan muka untuk explain dengan perkataan dan nama yang betul. Jangan ganti nama private part dengan perkataan seperti ‘burung, batang, bunga, apam’ dan sebagainya.
Kahwin tu apa? Macam mana baby masuk perut mama? Kenapa orang dalam TV cium mulut? Yes! Please be ready untuk jawap soalan macam tu and be TRUE. Jangan tipu2. Ajar anak say NO!
5) Wasiat. Ini perkara yang masih menghantui aku sendiri. Siapa yang boleh aku percayai untuk jaga anak perempuan aku kalau aku dan suami meninggal dunia? Aku takde jawapan.
Thanks kalau korang baca semua sampai habis. Melalui pengalaman aku, Aku harap pembaca dapat nampak contoh2 yang berlaku pada aku. And jadikan sempadan, alert call, jika ia berlaku pada org yang korang kenal dan sayang.
Take care. Terima Kasih.
– Ain Syah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit