Pemarah

Assalamualaikum semua. Aku harap confession kali ini disiarkan sebab aku pernah hantar 2 kali tapi tak pernah disiarkan, hahaha. Thank you admin kalau siarkan story aku ni.

Aku Z. Alhamdulillah aku akan sambung degree tak lama lagi. Berdasarkan tajuk aku ‘Pemarah’, aku nak cerita pasal sorang senior aku yang cukup terkenal dengan sifat pemarah dia. Aku kenal dia start aku form 1. Dia tua setahun daripada aku. Oh ye, dia ni perempuan. Hahaha. Benda ni terjadi dekat aku and adik aku ketika aku form 2 dan adik aku form 1 dan tak sangka lah sampai sekarang benda ni dia nak buat lagi. Dia ni memang terkenal dengan sifat pemarah dia. Aku namakan dia A. Dia jenis kalau benda dia tak puas hati memang dia akan marah terus dan maki hamun semua orang yang ada di sekeliling dia sampai tabiat maki hamun dia pun cikgu2 kat sekolah tau.

Masa adik aku form 1 dan aku form 2, adik aku satu kelab dengan A. Nak pulak adik aku ni kenalah pair buat segala benda dengan A. Sifat pemarah dia buatkan adik aku takut dengan dia. Bila adik aku lambat ke aktiviti yang diadakan tu, dia akan marah adik aku, maki hamun sampai dah tak tau nak letak muka kat mana. A punya starter pack nak maki orang ialah ‘Bodoh’ ‘B_bi’ ‘S!4L’. Adik aku bukanlah selalu lewat ke aktiviti tu, tapi bila ayah kami kerja pagi hari takde orang nak hantar. Nak2 kadang2 aktiviti tu selalunya bukan lepas waktu sekolah tapi hari Sabtu. Pertama kali aku jumpa A, aku ingatkan dia ni ok jenis happy go lucky je sebab time aku jumpa dia, mak aku dengan mak dia kawan jadinya selalu jugaklah jumpa. Tapi ternyata aku salah.

Time buat aktiviti ramai2, adik aku terlupa nak buat benda yang dia suruh buat. Dia marah adik aku depan semua budak sekolah. A kata adik aku lembab, bodoh semua benda yang keji dia kata kat adik aku. Sorang lagi senior cuba tenangkan dia, tapi dia pun memang jenis tak hormat senior lain so memang tak ah dia nak dengar kata orang. Bila aku dapat tau benda tu jadi, aku tertanya tanya kenapa A layan adik aku macam tu sedangkan budak2 lain yang seumur dengan adik aku dia layan bukan main lagi dengan penuh kasih sayang, marah pun tak. Tapi bila dengan adik aku sebaliknya. Aku sedih sangat bila dia layan adik aku macam tu. Dia duk kata kat orang yang budak2 lain tak respect dia la apa la, tapi ada ke dia nak hormat orang lain. Common sense takde. Dia langsung tak tunjukkan rasa hormat dia dekat orang lain, tak kira la lebih tua ke lebih muda ke even cikgu dia sendiri pun dia jadi rude gila.

Bila adik aku cakap A nak pindah sekolah, adik aku lega sikit sebab dah tak payah nak jumpa dia lagi kena maki ke apa dengan A. Aku tumpang happy. Tapi happy tu hanyalah sampai form 4 sahaja. Bila naik form 5, A datang semula ke sekolah. Start situ A dah macam gila kuasa. Aku dengan adik aku ingatkan dia dah berubah tapi tak berubah lagi. Dia buat baik dengan aku and adik aku sebab time tu dia takde geng dia and kawan2 dia tak datang lagi. So, aku and adik aku layan baik gila dia. Yelah, senior kan. Buang yang keruh ambik yang jernih. Tapi…….. hahahaha. Bila time aktiviti diadakan, A akan conquered segala benda walaupun dia bukanlah ketua yang dilantik secara rasmi. Tapi dia punya berlagak, angkuh Ya Allah…

Ada beberapa aktiviti sekolah yang memang aku and adik aku tak boleh join sebab kena balik kampung. Bila kami datang next activity tu, dia punya sombong, marah lain macam. Dia brainwash semua budak2 dalam kelab kami. Dia kata dia stress la apa la sebab tu dia jadi pemarah. Tapi bagi aku, stress ke tabiat kau pemarah sekalipun bukan tiket untuk kau lepaskan kemarahan kau pada orang lain yang memang sah2 bukan penyebab kau marah. Kau sendiri kata masalah keluarga ke kawan ke tak payah bawak masuk dalam kelab. Tapi kau sendiri bawak benda tu masuk.

A pernah cakap kat aku yang dia ada lah tak berapa tegur sorang kawan aku sebab apa aku tak tau. Aku malas nak cakap apa, aku cuma dengar. Dia cakap yang orang sekeliling dia sebahagiannya kawan aku hahaha bajet bagus la, rasa diri tu bagus la apa la. A ni tak sedar sebenarnya dia yang rasa macam tu bukan orang lain. Aku tengok orang lain ok je, tapi dia yang sendiri rasa diri dia tu memang dah perfect sangat. Hmmmm.

Aku, adik aku, A dan beberapa kawan aku yang A agak rapat jugak dalam satu team. Tapi kawan aku tu yang ketua team ni bukan A. Tapi A buat macam dia yang ketua. Dia langsung tak dengar cakap kawan aku tu sebab dia rasa dia paling tua and orang kena dengar arahan dia. Hahahaha. Bila A dengan kawan2 aku yang lain rapat tak ingat dunia, aku dan adik aku dipinggirkan. A ni buat baik dengan kami bila dia takde apa2. Tapi bila dia dah ada semua benda dia nak, dia lupakan kami dan pergi dekat orang yang takkan bagi dia apa2 pun.

Ada sorang budak sekolah aku bagitau aku yang kutuk pasal aku dengan adik aku bukan2 dekat orang lain. Bila aku dapat tau, aku sedih. Sebab selama ni aku tak pernah cakap buruk pasal dia, tak buat apa2 jahat kat dia. So start daripada situ, aku dengan adik aku dah ingatkan diri kami yang kami akan layan dia dan tegur dia bila perlu je. Biarlah dia nak kata kat orang yang kami tak respect dia ke apa ke. Betullah orang kata ‘buat baik berpada pada, jahat jangan sesekali’. Haih.

Kalau lah kami ni diberikan peluang untuk jadi jahat sekali, aku nak buat dia sedar yang selama apa dia buat ni semua salah dan dia buat ramai orang makan hati dengan dia. Tapi arwah mak aku selalu cakap, buat je baik dengan orang. Orang jahat macam mana kat kita, kita sabar dan doa je supaya dia berubah.

Last but not least, kepada A, aku doakan kau berubah. Cukuplah nak jadikan segala benda yang terjadi dalam hidup kau atau sekeliling kau sebagai tiket atau kunci untuk kau berterusan menjadi seorang pemarah. Aku harap sangat kau belajarlah untuk hormati orang lain dan hormat jugak perasaan orang lain. Kalau kau nak orang hormat kau balik, try to respect others too. Orang yang terasa ni dia takkan cakap apa2 terutama dekat orang yang dia paling takut. So aku harap sangat kau berubah. Dan satu lagi, dekat orang yang kau pernah marah, maki, mintaklah maaf dekat dorang. Cuba ingat, kita tak selamanya di atas sebab ada lagi yang paling atas dari kita.

Sekian, Thank you.

– Z

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *