Hai semua! Aku Pernah Muda. Tapi sehingga kini pun aku masih berjiwa muda bah! Tanyalah lagu apa aku sedang layan time menaip luahan ni? I Don’t Love You by MCR, hahaha.. So I masih muda la kan.
Ni hanyalah luahan aku, kalau ada sesiapa yang mau bagi kecaman pun, aku terima. Tapi tolonglah jangan kecam lebih-lebih ya sebab aku ni cuma ingin berkongsi kisah yang aku rasa.. pembalasan aku yang paling best, hehehe.
Asal-usul kisah, masa zaman sekolah dulu entah sukan apa masa tu (malas aku mau tanya google) yang pasti zaman kegemilangan bekas gymnas negara yang sekarang bergelar Dr. Aku tidak mau mention siapa nanti sesorang akan cepat cari siapa aku. Sebab ada lagi sambungan kisah ini yang leeeebih besar.
Berbalik kisah gymnas tu, dia memang lawa sejak kecil. Siapa yang kenal dia time tu, mesti masih ingat kecomelan dia kan. Masa tu memang masa sukan tu la, jadi kebetulan ada budak baru masuk kelas aku. Dia ni lawa dan senang masuk dengan mana-mana kumpulan pelajar yang kononnya bergeng-geng masa tu.
Satu hari tu, aku dan dia kebetulan datang awal ke kelas, aku masih ingat hari tu hari Jumaat, pelajar sesi pagi sudah balik. Dia pun datang awal.
Kenapa datang awal? Dia mau dating dengan boyfriend dia dari kelas sebelah. Itu aku inda kisah la. Tapi oleh kerana dia peramah, aku pun dengan berani puji dia.. aku cakap muka dia lawa mirip dengan gymnas tu. Dia senyum. So aku ingatkan habis sampai disana!
Tapi tiba-tiba minggu depan tu aku dapat surat layang yang diletak di atas meja aku. Macam-macam makian. Aku ni budak kampung. Otak masih clean.
Makian tu memang berat la bagi aku sebab aku memang tidak biasa mendengar apatah lagi mengucap kata bod*h, si*l, b*itch (hah! Yang ni aku langsung inda faham masa tu).. zaman tu belum lahir kata-kata anj*ng, b*bi dsb yang gen baru agung-agungkan kini.
Mulanya aku sangka surat tu untuk budak sesi pagi. Tapi ternyata esok-esoknya kena mention nama aku. So, memang untuk aku la segala makian tu. Dituduh “longgar”. Yang tu aku faham la sebab selalu dengar bila geng-geng tu bergaduh.. tapi aku diam cuma share dengan kawan sebelah meja aku. Sebab aku langsung tiada idea siapa yang letak surat tu.
Jadi mungkin kerana aku diam, tiba-tiba si Guntaie ni jerit dalam kelas selepas subject Math sebab aku inda dapat jawab dengan tepat soalan yang cikgu bagi di papan tulis. Oya si Guntaie ni bukan budak baru tu ya. Dia ni sok ketua geng jahanam,
“Eh! Mawar (aku namakan sajalah si budak baru tu Mawar sebab dia memang lawa) dia kaitu yang cakap muka ko macam si anu (nama gymnas tu dia sebut dengan betul). Hahaha otak bod*h macam tu ada hati mau samakan kau dengan budak @^£*4>=*;’ (adalah berbaur racist sikit)”.
Lepas tu bermula la aku dipulaukan dengan rakan-rakan sekelas dan ada jugalah dari kelas jiran. Surat layang tu masih ada jadi aku terpaksa datang awal supaya aku boleh buang sebelum orang lain baca.. tapi lama-kelamaan surat tu bukan lagi diletak di atas meja melainkan dilekat pada blackboard dengan harapan semua orang dalam kelas boleh baca.
Malu sangat tapi aku tidak tau mau share dengan siapa sebab aku rasa semua dalam kelas pun ikut benci aku. Sampaikan aku rasa mau berhenti sekolah masa tu. Kawan meja sebelah malahan back-stabber juga kasi sampai balik apa yang aku luah dengan dia.
Adalah juga hampir sebulan macam tu, sampailah 1 masa dorang lampirkan 1 gambar gymnas lain yang dikoyakkan dari akhbar. Aku pun inda kenal siapa gymnas tu. Entah-entah dari luar negara. Kemudian aku dituduh pregnant! Berat betul tuduhan tu.
Aku nangis jumpa cikgu dan ceritakan hal yang berlaku walaupun aku sendiri kurang pasti apa penyebabnya. Kena rujuk ke guru kaunseling. Mawar pun dipanggil juga tapi berlainan masa. Hasil siasatan cikgu tu, geng si Mawar ni salah orang sebenarnya. Dorang ambil figure lain dari yang aku samakan dengan si Mawar.
Tapi entahlah, aku pun tidak pasti sangat apa yang Mawar ceritakan dengan geng dia sehinggakan aku dibenci sangat masa tu.
Kadang-kadang sampai sekarang aku masih pelik, takkan dorang 1 geng langsung tidak ikut perkembangan sukan yang sedang berlangsung masa tu, tidak tengok berita? Tidak baca akhbar? Pelik! Padahal guru kaunseling yang sudah berumur 40-an masa tu pun kenal juga dengan gymnas yang aku maksudkan.
Selepas berjumpa dengan guru kaunseling, surat layang tu akhirnya berhenti. Oya, lupa aku bagitau yang surat makian tu ditulis secara berjemaah ya. Mungkin dalam 4-5 orang dengan dengan font berbeza-beza. Consider buli la tu kan. Cuma masa tu aku inda tau pun aku sedang dibuli.
Biarpun makian sudah tiada, tapi tiada seorang pun yang tampil minta maaf termasuk si Mawar ni. Mata dorang tetap memancarkan kebencian terhadap aku sebab dorang telah dihadapkan ke Guru Disiplin. Tiada tindakan, cuma kena marah jugalah. So bagi dorang, itu salah aku. Form 4, aku pindah sekolah ke daerah lain.
Dipendekkan cerita, masa menunggu keputusan STPM, aku balik ke kampung dan bekerja sementara di kedai membaiki peralatan elektronik. Aku tukang sapu habuk saja bah sama tukang call costumer suruh ambil barang yang sudah siap.
Tapi bermula bulan kedua tu, salah seorang technician veteran di bengkel tu selalu suruh aku buka skru tv/ radio/ video player dan masa tu dunia sudah dipenuhi DVD player. Untuk repair atau check kerosakan, aku memang tidak boleh la. Setakat buka skru, boleh.
One day.. yang boleh dikatakan saat yang ku idamkan.. akhirnya berkunjung juga. Setelah 5 tahun berlalu.. jenggggg! Sekitar jam 9.15am, iaitu sejam 15 minit sejurus bengkel dibuka, datanglah seorang gadis muka penuh jerawat (eh! Actually inda seteruk mana pun jerawat dia, tapi yalah.. aku benci dia kan) dia datang masuk bengkel tu gaya salting. Seolah-olah takut orang nampak dia.
Aku masa tu dengan mencangkung membersihkan barang di rak paling bawah, so dia inda nampak aku. Aku nampak dia bawa DVD player. Aku masih ingat brand JVC. Biasanya costumer akan letak no telefon untuk dihubungi, masa tu belum ada Hp lagi jadi dia letak no telefon rumah dia.
Aku sempat dengar dia pesan “uncle tolong keluarkan CD dalam player ni. Aku tunggu”. Tapi technician pun cakap dia tidak pasti bila akan siap sebab masih banyak queue jadi dia cadang supaya tunggu panggilan telefon saja baru datang ambil.
Mulanya dia berkeras mau tunggu tapi technician tu cakap, kalau mau cepat, boleh try pergi bengkel lain sebab bengkel tempat aku kerja masa tu memang sibuk sangat. Jadi dia terpaksa akur. Tapi dia sempat pesan “call aku saja. Mawar. Kalau orang lain yang sambut, suruh pass dengan aku.” Tambah la aku penasaran.
Dan.. eh! Kawan dia masa tu si Guntaie tapi si Guntaie cuma berdiri seolah-olah berkawal di luar kedai. Baiklah, sekarang aku kena akui yang dorang memang lawa masa tu tapi oleh kerana aku pernah sakit hati, aku nampak dorang macam tikus ketakutan.
Tiba-tiba menjelang tengahari technician tu pula ada emergency. Masalah keluarga. Jadi aku dan boss saja yang tinggal. Tapi boss inda tau masalah DVD player tu. Kerja membersih sudah siap, aku offer la diri untuk bantu boss buka mana-mana skru yang patut.
Jadi aku ambil DVD player si Mawar tu dan buka.. hohoho! Ada VCD yang stuck! P*rn. Patutlah gelabah semacam masa menghantar. Boss pun sibuk, sekijap keluar sekijap masuk. So dia tidak tau pun jenis VCD tu. Dan mungkin memang ditakdirkan masa tu aku boleh lunaskan dendam aku, aku boleh pula keluarkan VCD dan kes dianggap selesai.
Boss suruh test, aku pakai VCD lain yang ada di kedai tu.. smooth.. settle. Aku masih ingat lagi boss suruh charge rm20 dan suruh call costumer suruh ambil. Aku call, sengaja aku cari bapa si Mawar ni supaya datang tuntut DVD player dia. Dia terkejut juga sebab tidak sedar pun player dia rosak.
Tidak lama, bapa dia datang claim barang tu dan baca komen yang dilekatkan diatas player dia. “Tersekat. Ada CD di dalam.” VCD yang aku keluarkan tu pun aku lekat juga sekali. Aku kerling muka bapa dia.. sekijap biru, sekijap merah. Dia tidak tanya banyak, lepas bayar terus pergi.
2 hari kemudian aku berhenti kerja. Aku inda tau apa yang berlaku selepas itu tapi aku pasti dendam aku sudah terbalas selepas 5 tahun. Aku berharap sangat Mawar dipukul separuh mati oleh bapa dia masa tu. Ehhhh hahaha jahat!
Tapi tu la, dorang tu orang have-have juga tapi macam mana boleh terpesong jauh tu pemikiran time tu ya? Inda ikut perkembangan sukan? Inda tengok berita? Inda baca akhbar? Tapi drama China jam 6pm tu, fuhhh tau pula dorang mengulas.
Sekian!
– Aku Pernah Muda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit