Pembawa Panji Hitam Dari Khurasan

Assalamualaikum semua. Penulisan ni di inspirasikan dari penguasaan t4l1ban di 4fgh4nistan. Aku tak tahu nak susun penulisan ni macam mana tapi aku cuba sehabis baik untuk memudahkan kalian faham.

Penulisan ni agak panjang. Harap di approve. Kalau tak, sia-sia aku taip panjang-panjang.

16 ogos 2021, t4l1ban secara rasmi telah mengambilalih tampuk pemerintahan 4fgh4nistan apabila jatuhnya kerajaan ashraf ghani dan joe biden membuat pengumuman pengunduran tentera us dari 4fgh4nistan.

Apa kaitannya dengan tajuk yang tertulis?

Aku nak kaitkan kisah penaklukan semula 4fgh4nistan oleh t4l1ban ini dengan hadis nabi yang berkisar tentang perang akhir zaman (malhamah al kubra).

Kita buka sejarah tentang kemelut politik 4fgh4nistan. Pasukan soviet (rusia) telah menduduki 4fgh4nistan pada penghujung tahun 1979.

Hal ini sebagai usaha untuk mempertahankan penguasaan parti demokratik rakyat 4fgh4nistan yang berfahaman komunis. Perang tercetus antara tentera soviet dan t4l1ban selama hampir 10 tahun.

Tentera soviet gagal melumpuhkan t4l1ban walaupun telah mengeluarkan dana yang besar untuk menampung peperangan. Akhirnya tentera soviet mengundurkan diri dari 4fgh4nistan pada 1989.

Peperangan antara soviet-t4l1ban dikatakan sebagai salah satu punca runtuhnya kesatuan soviet.

Pada tahun 1996, t4l1ban menguasai 4fgh4nistan. Namun tak lama selepas itu, giliran us pula menceroboh 4fgh4nistan dan menentang t4l1ban, dengan menggunakan peristiwa pengeboman WTC sebagai proksi.

Perang us-t4l1ban merupakan perang yang paling lama dalam sejarah peperangan us (20 tahun). Selama 20 tahun, t4l1ban berhadapan dengan tentera us, NATO dan tentera 4fgh4nistan.

Namun sekali lagi, t4l1ban tidak berjaya dihapuskan sehinggalah joe biden mengumumkan pengunduran askar us dari 4fgh4nistan.

Kita lihat hadis yang berkaitan dengan malhamah al kubra. Tentera imam mahdi terbahagi kepada 3 kelompok:

1. Pembawa panji hitam dari khurasan. Khurasan pada zaman ini merangkumi wilayah 4fgh4nistan, tajikistan, uzbekistan dan turkmenistan.

2. Ahlusyam/penduduk syam. Syam pada hari ini merangkumi syria, lubnan, palestin dan jordan.

3. Thaifah manshurah, yakni sekelompok umat islam yang ditolong oleh Allah kerana berada di bawah pemerintah yang zalim. Golongan ini datang dari serata dunia, termasuk dari nusantara melayu.

Bersesuaian dengan tajuk penulisan ni, aku cuma mahu fokus kepada golongan yang pertama iaitu pembawa panji hitam dari khurasan. Ulamak ilmu fitan dan eskatologi dari indonesia bersepakat bahawa golongan ini merujuk kepada t4l1ban.

Ya, mereka mengatakan t4l1ban itu adalah tentera al mahdi. Dan jika betul ijtihad mereka, bermakna bila-bila masa sahaja imam mahdi akan dibai’ah.

Apa rasional di sebalik ijtihad mereka ini?

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, al mahdi akan datang setelah muncul panji-panji hitam dari sebelah timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun (ibnu majah). T4l1ban telah membenarkan hadis ini.

Melawan soviet hampir 10 tahun sehingga ekonomi soviet lumpuh kerana terlalu banyak dana dikeluarkan untuk perang.

Melawan us, NATO dan tentera 4fgh4nistan selama 20 tahun. Namun t4l1ban tidak kalah bahkan sekarang, mereka kembali menakluk 4fgh4nistan.

Jika lihat dari sudut geografi pula, t4l1ban adalah satu-satunya pembawa panji perang dari khurasan. Sehingga confession ini ditulis, tiada pasukan perang lain yang wujud di 4fgh4nistan, tajikistan, uzbekistan atau turkmenistan melainkan t4l1ban.

Kalau betul t4l1ban ni baik, kenapa ramai melarikan diri dari 4fgh4nistan selepas kejatuhan presiden ashraf ghani?

T4l1ban telah memperkenalkan undang-undang baru yang lebih keras seperti hukuman mati kepada sesiapa yang terlibat dalam penjualan d4dah dan mengharamkan riba serta melaksanakan hukum hudud.

Yang melarikan diri dari 4fgh4nistan, yang tular bersesak-sesak dalam kapal terbang majoritinya adalah dari etnik uzbek atau tali barut us. Etnik uzbek ni etnik minoriti di 4fgh4nistan dan kebanyakkan mereka berfahaman syiah.

Ada seorang waibi alumni uia dari selatan tanah air kata t4l1ban ambil alih 4fgh4nistan dengan cara kekerasan. Pernyataan itu seolah-olah menunjukkan rampasan kuasa oleh t4l1ban itu adalah kejam.

Adakah kejam jika suatu kaum itu berjuang menuntut kemerdekaan tanah airnya dari penjajah?

Kalau cara t4l1ban itu disifatkan keras dan kejam, agaknya apa pula pandangan waibi tu terhadap pejuang tanah melayu yang berjuang bermati-matian untuk memerdekakan tanah melayu suatu ketika dulu?

Yang sokong pernyataan waibi tu pulak majoritinya bukan kaum melayu islam. Allah berfirman, orang kafir tidak akan redha dengan islam sehingga orang islam ikut agama mereka.

Tak rasa pelik ke bila kita keluarkan sesuatu kenyataan dan kenyataan kita itu disokong oleh orang kafir? Alangkah untungnya waibi tu kalau dia tergolong dalam golongan orang-orang yang berfikir.

Aku, berdiri atas kapasiti sendiri sebagai seorang individu yang merdeka, setuju dengan pendapat alim ulamak seberang bahawa t4l1ban itu tentera al mahdi.

Aku masih menunggu kebangkitan tentera al mahdi dari bumi syam dan aku berharap agar aku tergolong dalam thaifah manshurah.

Mungkin confession aku ni akan menimbulkan perdebatan. Tapi aku alu-alukan perdebatan asalkan berteraskan kepada laras ilmu yang betul, bukan perdebatan yang didorong hawa nafsu, caci maki dan ayat sarkastik.

– Abdullah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *