Pembaziran

Assalamualaikum. Aku gadis Y. Ada 5 orang adik beradik.Semua perempuan. Aku berumur dalam 20 an. Adik beradik aku juga seusia 20 an.

Apa yang aku nak ceritakan ini aku mahu pendapat para pembaca sementara sebelum berbuka puasa ini.

Alhamdullilah. Adik beradik perempuan aku semua sihat dan tidak cacat. Aku anak sulong.

Dekat rumah aku ada bilangan 6 orang ahli keluarga. Dia ahli keluarga jarang berada dirumah kerana kerja. Jadi dia hanya pulang untuk mandi, makan dan tidur.

Jadinya dirumah aku tinggal 4 orang. Dalam 4 orang ini pula terdapat 2 orang adik beradik yang kerap membazir.

Adik yang pertama suka menonton tv dan mandi hingga 4 jam didalam bilik air. Apabila dia menonton tv pastinya hanya siaran tv kartun saja. Tak kiralah tengah malam atau pukul 2, 3 pagi. Sudah disetkan untuk menonton tv.

Boleh dikatakan 24jam dia saja menonton Tv. Belum masuk dibilik air, jika dia masuk sudah tentu berjam lama.

Dan adik yang kedua suka membazir makanan. Apa sahaja yang dia beli atau masak pasti akan ke tong sampah. Pasti tidak habis. Pasti makanan terbuang atau basi.

Dia mungkin rasa masakan dia sedap apabila masak dan masak dalam kuantiti banyak seolah2 10 orang makan. Oleh itu masakan dia selalu ke tong sampah.

Hasilnya, bil air dan bil api akan mencecah RM500 ke RM600 lebih sebulan. Ya. Setiap bulan bil rumah aku jika digabung mencecah RM1K lebih.

Barang2 dapur pula, biasalah apabila lebih masak esoknya membazir dan dibuang ke tong sampah.

Sama juga apabila membeli barang2 basah atau kering. Sama ada digunakan dan dibuang atau langsung tak diguna hingga mereput membusuk didalam peti ais atau almari.

Hasilnya setiap bulan akan ada makanan ke tong sampah seperti sayur2 yang membusuk atau ayam yang membusuk.

2 orang adik ini ialah anak kesayangan ibu. Jadinya, mereka tidak akan dimarahi atau ditegur untuk sikap membazir mereka. Jika sesiapa memarahi mereka pasti ibu memerli atau memarahi dan mengungkit apa2 lah.

Oh, disebabkan mereka berstatus adik maka mereka hanya duduk rumah dan tidak berkerja.

Yang menjadi masalah. Keluarga aku bukanlah dari golongan T40. Sebaliknya hanya B40. Yang bekerja hanya 2 orang.

Namun sejak kes pembaziran berlaku seorang dari kami sudah tarik diri. Dia tidak mahu lagi membayar bil2 atau membelikan apa2 barang. Sama ada barang basah atau kering. Tidak sama sekali.

Oleh hal demikian, semua terhempuk atas kepala aku. Pada mulanya akulah yang membayar segala2 nya dan membeli barang2 atas dasar aku ini anak.

Namun semakin lama semakin mencabar. Aku tidak tengok tv 24 jam dan tidak berlama2 didalam bilik air. Makan pula sedikit saja. Jadi, aku juga tarik diri untuk tidak berbuat demikian lagi.

Sudah 3 bulan aku tidak membayar bil2 atau membelikan apa2 barang dapur. Bukan kerana kedekut tetapi kerana menyampah dengan sikap membazir adik2 aku.

Ditambah musim PKP ini, lagi bertambah lah amalan membazir diorang. Menonton tv sehingga lewat malam. Hampir setiap Masa menonton tv siaran kegemaran. Berlama2 didalam bilik air. Memasak sehingga menjadi makanan tong sampah.

Aku bukanlah anak kesayangan ibu. Tetapi dalam marah aku, aku kasihan kan ibu. Ibu bukan orang senang. Hanya mengharap bantuan orang. Ibu pula sekarang ini mencari duit membayar ansur2 bil2 dan membeli keperluan dapur.

Bukan aku kejam membiarkan ibu membayar tetapi sikap membazir adik2 aku masih berterusan sudah beberapa tahun. Seolah2 aku menanggung biawak hidup.

Pernah juga ibu minta tolong orang tertentu untuk bayarkan bil dan membeli makanan. Ada yang membantu walaupun berbagai pertanyaan kerana terkejut bil yang agak tinggi.

Namun ada juga yang melemparkan pandangan serong kepada aku dan seorang lagi yang bekerja. Mereka tidak tahu hal sebenar.

Persoalannya bagaimana mahu aku ubah sikap 2 orang adik2 aku yang membazir ini?

– Gadis Y (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *