Pembaziran Makanan Di Hari Istimewa

Assalamualaikum semua, ramai yang dah berkahwin atau yang masih belum berkahwin tahu yang cost persediaan majlis perkahwinan ini agak tinggi.

Bagi aku majlis kenduri kahwin amatlah merugikan. Mungkin ada yang cakap bagi sedekah makan untuk orang lain.

Jadi aku kongsi sedikit pengalaman aku 3 tahun lepas.

Akak aku hujung tahun tersebut akan berkahwin. Jadi kami satu keluarga tolong dan bantu akak masak semua tanpa order catering.

Dalam masa yang sama adik beradik aku tolong belikan ayam daging sayur dan lain-lain. Aku pun guna duit gaji sebulan aku untuk beli daging dan ayam.

Jadi kami sekeluarga, abang aku sorang, akak aku dua orang (termasuk yang akan kahwin) campur dengan aku dan ayah dengan ibu.

Nenek aku atuk aku semua tolong masak, pasang khemah dan lain-lain. Terus terang semangat tu lain macam. Walaupun dah beribu duit habis.

Jadi tiba majlis kahwin, aku jadi yang kutip pinggan cawan dan lain-lain senang cerita tukang rewang lah.

Setiap kali ambil pinggan atas meja memang sakit hati, nasi tak habis air setakat ambil tapi tak minum di biar atas meja.

Ada satu pinggan ni penuh dengan ayam/daging orang dia cuma tinggal macamtu sahaja lepas makan berapa suap.

Aku tengok dari jauh memang geram. Angkat pinggan ni nak buang dalam tong sampah memang rasa nak menangis.

Bayangkan kami satu keluarga bertungkus lumus masak, tapi di sebabkan makanan itu percuma ramai yang tak habiskan. Ambil banyak tak apa, asalkan habis.

Ni ambil banyak lepastu tak habis. Punya lah geram sampai aku suruh akak ni habiskan pinggan dia.

Aku cakap elok “kak tak elok bazir nasi dengan lauk tu” tapi akak tu cuma jawab kenyang. Dah tahu kenyang ambil lah sikit.

Aku ingat lagi satu meja ni suami isteri 3 orang anak. Selalunya kalau budak ambiklah portion nasi dan lauk sikit tapi tidak di ambilnya banyak ikut tekak orang dewasa.

Anak dia makan 2-3 suap tak habis aku ingatkan nanti mak ayah dia habiskan rupanya di biarkan sahaja,

Lepastu anak dia pergi kacau pinggan makan tu berterabur nasi dan lauk pauk atas pinggan.

Aku yang tengok tu pun rasa berkecai hati kami sekeluarga punya pagi ke malam prep dan masak sekali macamtu di buatnya makanan tersebut.

Jadi aku setiap kali kutip pinggan setiap kali itulah sakit hati. Padahal waktu beli barang tu, aku dah niat nak berkongsi rezeki untuk tetamu akak2 aku.

Sekali bila banyak membazir terus kecewa aku. Kau bayangkan 1 plastik sampah besar tu. Penuh dengan ayam daging dengan nasi serta lauk lain.

Jadi nak tak nak aku terpaksa terima pembaziran tersebut. jadi abang,akak aku dengan ayah ibu pun diorang rasa benda sama bila tengok ramai tetamu macam tu.

Memang ramai yang habiskan nasi dan lauk di pinggan mereka tapi dalam masa sama bila tengok ada orang yang makan sesuap tak habis rasa bitter dia tu lain macam.

Mungkin ada suggestkan “lain kali jaga dekat tempat kaut lauk dan catu” kami memang ada orang jaga.

Tapi yang datang ramai cakap lagi sikit takkan lah nak cakap “eh cukup lah tu” kan tak sedap.

Ada sekali kami suruh MC dekat situ sambil sinis sikit “kepada tetamu makan tu iyalah habiskan ye” sambil bergurau. Alhamdulilah majlis selesai dengan jaya walaupun penat.

Cuma bagi kami bahagian pembaziran tu yang agak rasa sesal sikit.

Sejak haritu pergi kenduri kahwin bila nampak ada orang yang makanan tak habis kami boleh rasa apa yang tuan rumah tu rasa.

Bersama sama kita kurangkan pembaziran..

– Shila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *