Hai semua. Harap semua sihat sejahtera hendaknya. Aku Jonah, aku tak keje. Aku cuma seller kecil-kecilan di salah satu aplikasi membeli belah terkenal di Malaysia kita ni, iaitu SHOPEE. Dan produk aku adalah skincare dan makeup preloved.
Aku sentiasa meletakkan nota pada description bahawa barang aku sudah digunakan (used item). Dekat ruangan condition pun aku click used like new. Semua yang aku jual adalah barang yang aku guna dua ke tiga kali camtu je. Pastu aku dah tak pakai dan simpan elok-elok. Ada sesetengah tue siap dengan kotak lagi. Aku nak mention je yang aku jaga elok barang aku k.
Disebabkan laki aku dah berbunyi banyak sangat membeli tapi guna sekejap je, aku pun buat keputusan untuk letgo as the preloved ajerr. And of course la target customer aku adalah insan-insan yang nak mencuba produk baru tapi tak nak spend banyak duit. Aku jual murah murah je. Aku beli harga RM80, aku jual RM25 camtu walaupun baru sekali guna.
Ramai tau customer aku dan diorang berpuas hati dengan servis yang aku bagi. Yelah. Aku memamg ikhlas nak bagi semua merasa dan juga dalam masa yang sama tak nak bagi laki aku sedih kalau aku buang atau bagi orang free free je. Kahkahkah.
Duit dia kan, tak baik aku sebagai bini membazir duit laki.. So, kat Shopee nie aku jual produk drugstores and korean skincare. Mahal tak mahal la kan. Produk drugstore mahal kay bagi rakyat marhaen nak nak plak surirumah macam aku nie.
Jadi ceritanya bermula bila sorang budak nie aku namakan Usop approached aku kat chat tanya authentics ke tak barang aku nie. Si usop nie place order hari Jumaat petang. Ari sabtu ngan ahad si Usop nie tak de chat ke cancel ke apa,so aku proceed shipping hari isnin kol 2petang.
Pukol 3petang tetibe dia raised return and refund atas alasan barang aku malfunction. Dia chat aku, dia kata dia tak perasan note dekat description yang produk aku used item dan dia salahkan aku jual barang preloved.
Asalnya aku baik hati je nak accept tapi aku baru je pos barang tue dan dia tak terima pun lagi. Apa kena mengena dengan malfunction and gambar mana plak dia cedok letak sebagai proof. Sebab aku tak sedap hati ngan mamat nie, aku pun click dispute to Shopee.
Niat aku cuma nak tau je macam mana kalau si Usop nie tak return semua item aku. Aku siap bagi free gift tau untuk semua buyer. Mana la tau kan si Usop nie scammer ke. Tapi aku betul betul tak sangka si Usop nie marah habis. Kata aku penipu la, sebar virus la. Aku tau la kau pembersih Sop tapi kau kedekut.
Barang harga asal RM180 tapi kau main tekan je beli harga RM30. Cover picture pun aku guna gambar yang aku capture dalam bilik tau. Tang mana aku menipu. Aku siap belanja shipping tau. Dah la mulut jahat, menyusahkan aku plak mintak refund betul betul lepas aku pos.
Macam macam si Usop nie mengata aku. Salah aku ke nak jual preloved? Aku ada target buyer aku sendiri. Tapi entah mana la datang si Usop nie. Nak beli hadiah untuk orang, nak aunthentics harga beratus tapi nak bayar harga ciput.
Shopee agent mintak bukti yang barang aku jual tue malfunction dan shopee agent kata bukan salah aku sebab aku dah inform yang barang tue used item. Si Usop nie buat second request. Aku mintak dia bayar shipping cost yang aku rugi dan gambar barang aku still dalam wrap.
Kan dia kata dia tak nak preloved, so dia tak patut bukak la kan bubble wrap tue. Dia balas, well aku tak terkejut pun dengan cara dia balas. Dia memang rude habis weh.
Dia kata dia dah bukak and calit calit semua produk aku. Apalagi aku pun dispute to shopee balik la. Aku bukan heran sangat dengan duit tue. Aku tak hadap duit. Tapi aku geram gila ngan attitude dia. Dia tak patut dapat balik refund. Astaghfirullah. Memang aku rasa teraniaya gila sekarang nie.
Jadi aku nak tau jugak camner pengalaman seller seller shopee dalam nie. Pernah tak korang fight sampai buyer tak dapat refund atau sape sape yg ada idea untuk bantu aku fight. Aku sakit hati ngan Usop nie. Dah la kedekut, biadap pulak.
Aku tau benda nie nampak remeh tapi aku tak boleh terima sikap biadap dia. Dah la ugut Shopee agent yang dia takkan shopping kat Shopee lagi. Hahahaha. Macam la orang hadap sangat duit kau Sop. Spend pun tak sampai RM50. Aku nie pembeli tegar shopee k dah masuk 4 tahun pun.
Aku siap tadah tangan doa pada Allah tadi, tolongla balas perbuatan si Usop nie kalau betul aku teraniaya. Aku faham di zaman 2020 nie, duit RM20 pun berharga,tapi tak bermakna kau boleh fight nak balik duit tue dengan cara kotor.
Please tolong guide aku guys. Jangan lupa jugak semoga aku beroleh ketenangan walaupun si Usop nie dapat refund. Okey jumpa lagi…
– Jonah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit