Assalamualaikum..harap admin dapat siarkan post aku ni untuk beri peringatan kepada kebanyakan peminjam duit orang yang tak reti nak bayar balik tu. Awal-awal lagi aku nak minta maaf pada siapa yang sentap terasa tu, bukan niat aku nak aibkan siapa-siapa. Tapi aku nak anda semua memahami isi hati dan situasi orang pemberi hutang macam aku.
Bukan aku nak berkira ke apa, tapi dari aku bujang sampai la aku dah kahwin, dah beranak-pinak pon sampai sekarang orang yang berhutang tu tak nak bayar. Semuanya lebih berjaya dari aku pulak tu. Selalunya pemberi hutang ni tak akan lupa orang yang berhutang dengan dia tapi orang yg buat hutang tu pulak akan lupa atau buat-buat lupa. Kalau aku kaya sangat, mungkin aku akan halalkan je tapi orang yg berhutang tu jauh lebih berjaya, lebih berduit dari aku. Ko rase?? Ptptn pon carik sampai ke lubang cacing weh.
Dulu sebelum aku kahwin, gaji aku besar. So takdela nak berkira sangat hutang2 ni. Dari masa aku student pon ade member nak pinjam duit aku bagi je. Yelah mak aku pesan, kalau ade orang susah atau perlukan pertolongan terutama bab duit ni ape salahnye kita tolong, tapi tolong yang termampu lah kan. Mungkin sebab parents aku mampu masa tu, aku tak perlu buat loan ptptn. Time org lain masuk loan ptptn raya hindu beb, beli handset baru la, belanja sakan itu ini, makan besar tapi aku pulak time tu elaun dari parents tak masuk lagi, nak minta segan..so mereput la makan megi. Time parents aku masukkan elaun, member2 pulak time tu duit ptptn diaorang dah kering, time tu la aku bagi pinjam mana yang aku mampu. Tapi nasib diaorang dah ganti balik.
Sekarang aku dah kahwin dah ade anak. Lepas kahwin, aku ikut suami merantau. Duduk kat tempat orang, susah pulak cari keje. Guna ijazah pon mcm tak laku. Usaha punya usaha, dapat keje kerani. Gaji 1.5k je tu pon aku dah bersyukur. Simpanan masa bujang ada lagi jugak, tapi banyak dah habis mase aku kahwin. Semua belanja kahwin belah aku, aku tanggung sendiri. Mak ayah aku tak keluar duit pon. Sebab aku tahu, aku yang nak kahwin, aku tau cari duit tu susah. Cukupla parents aku dah tanggung masa aku study, tak bagi aku buat ptptn. So masa aku kahwin, biarlah aku tanggung semuanya.
Aku cite masa sebelum kahwin dan selepas aku kahwin nak bagi korang nampak kenapa aku nak tuntut hutang aku. Sebab sebelum aku kahwin, gaji aku besar, tinggal rumah family, tak banyak tanggungan (bulan2 bagi elaun jugak kat parents aku) sebab itulah aku tak berkira sangat member2 yg still ada hutang dengan aku time tu. Tapi sekarang ni, aku perlukan balik duit2 yang aku bagi hutang tu. Lagipun yang berhutang dengan aku tu orang yg ada karier macam wartawan agensi berita besar, photographer yang agak famous, akauntan kat company besar dan semua tak kahwin lagi tu (xdela nak fikir belanja susu pampers anak).
Korang tau jela dalam ekonomi gawat ni, laki keje pon tak cukup nak belanja bulanan. Kami ni nak bayar sewa rumah lagi, mujur la aku beli kereta cash 2nd 3rd hand kot. Takdela nak fikir bulan2 nak tanggung hutang tu. Susu pampers anak tu satu keperluan. Nak pergi makan angin? Berangan jelah oi. Yang orang ade hutang dgn aku tu siap boleh pergi oversea berkali-kali lagi. Mane aku tak sentapnye hutang aku tak nak bayar. Aku dah serupa macam pengemis dah, orang yg berhutang tu buat tak tahu je. Siap ade block aku lg. Total duit aku kat orang je dah rm 3k lebih. Macam2 aku boleh buat dengan duit tu.
Aku ni takdela susah mane, mampu la jugak nak mkn kfc tu kadang2. Tapi aku tak suke nak pinjam2 duit orang ni. Susah mana pon aku tak nak meminjam. Sebab aku tau azabnye pemberi hutang ni nak minta duit sendiri balik. No wonder la ptptn buat kpd org yang masih tak reti nak bayar loan tu tak boleh pergi luar negara. Kalau orang tahu pinjam, tapi tak reti nak bayar, camna diorang nak rolling duit tu balik? Camne student atau generasi akan datang nak meminjam pulak?? Ce fikir sikit, jangan selfish sangat. Mesti korang nak kata aku ni mentang2 parents tanggung study, tak payah buat loan nak study, bolelah cakap camni, kan kan kan?? Sebabnya parents aku dah fikir semua tu dah. That’s why aku susah mana pon, tiap2 bulan aku bagi elaun kat diorang balik jugak ibarat macam aku ganti balik apa yang diaorang dah tanggung aku dulu Bagi sikit pon jadilah, kalo ade rezeki lebih, aku bagi lebih.
Aku peliklah, kenapa keje besar, gaji besar, boleh pergi travel sana sini, tapi hutang orang pon tak nak bayar. Aku ni rumah sendiri pon tak ada lagi, nak pinjam duit orang pon seganlah. Kalo korang rase nak halalkan tak?? Ada kawan sekolah aku dulu hutang rm20 tu bolehla aku halalkan je. Kalo berhutang dengan bank ni, confirm dah brape banyak bunga dikenakan. Berdosa besar bagi orang yang sengaja tak membayar hutang tu. Meh aku selitkan sikit sabda Rasulullah S.A.W. : “Penangguhan (hutang) oleh orang yang berkuasa membayar, adalah satu kezaliman, halal maruahnya dan jika hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang) boleh mengambil tindakan ke atasnya dan maruahnya”. Sekian nukilan yang tak seberapa dari pemberi hutang.
– Tipah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit