Assalammualaikum semua, hari ni saya nak share ilmu agar semua pembaca iiumc dapat manfaatkan kelebihan ilmu ini.
Terima kasih admin siarkan confession saya, saya harap ilmu ini bermanfaat untuk semua pembaca.
Pairing ASBF RM200K dengan Rumah RM200K.
==============================
Tahun Pertama
Mohon ASBF
Sijil : RM200K
Profit Rate : 5.0%
Tenure : 35Tahun
Monthly : RM1,010
Dividen : 7% @ RM14,000
Booking Rumah under construction RM225,000 (biasa nya ada 10% diskaun untuk bumiputera) – RM500 hingga RM1,000.
Financing 90% : RM202,500
MRTT : RM7,500
Total Financing : RM210,000
Monthly : RM1,060
Yearly : RM12,720
PROGRESSIVE PAYMENT (P.P) JANGAN LUPA.
(P.P adalah nilai interest yang perlu dibayar berdasarkan nilai bank release duit pada developer).
*Tahun pertama anda mungkin perlu keluarkan RM1,410/bulan kerana ASBF RM1,010+P.P RM400 (Anggaran).
Selepas setahun, dividen ASBF RM14,000 guna RM12,720 untuk bayar pembiayaan rumah untuk setahun secara Lump Sum kerana rumah dah siap perlu bayar penuh installment sebulan seperti di tetaplan dan lebihan RM1,280 anda guna untuk bayaran maintainence setahun.
anda bayar ASBF seperti biasa, dividen setiap tahun anda guna untuk bayar rumah dan maintainence dan Ulang step sama sehingga 35Tahun.
Selepas 35Tahun Pinjaman Perumahan anda selesai dan anda akan dapat Sijil ASB bernilai RM200k dan sebiji rumah.
Jika anda anda bayar rumah sahaja selepas 35Tahun anda hanya dapat rumah sahaja.
Ralat : Kiraan adalah berdasarkan kongsi ilmu dan tidak berkaitan dengan mana-mana pihak
Jika harga rumah anda RM400K dan anda sudah berkahwin, mungkin anda boleh buka 2akaun ASBFinancing , 1 anda 1 pasangan anda kerana maksimum ASB hanya RM200K seorang.
– Kakak
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit