Pembunuh Secara Halus

Hai semua. I’m at my lowest now. It’s weekend. Semua tengah gembira dengan merdeka. I feel numb and endlessly tired. Dan, ini bukan aku.

Working mom and wife. Middle 30. Duit alhamdulillah bukan masalah. Boleh lah kalau nak staycation tiap minggu pon cukup lagi.

Tapi ada masalah yang aku pon tak tau nak cakap apa.

Cuma hari ni, aku tengah rasa nak terjun dalam air tasik. Tengah duduk tepi jalan. Tengah tak tau nak apa- marah ke, sedih ke, penat ke, tapi aku bebetul nak hilangkan diri.

Kerja- office aku ok. Tapi bos bos baru yang baru setahun memerintah adalah jenis yang suka mengata. Anak buah mengata tu takde apa tau, ni bos mengata. Memang parah dan barah.

Aku ni tak suka generalize negeri macam orang lain buat, tapi tah la terjadi pula dua orang ni dari negeri yang sama. Dan puak puak yang rancak ni dari negeri dorang juga. Malas lah sebut sebab bukan tu point dia.

Cuma kesan dia kat aku, aku numb sangat di office. Tak tau la dia mengata aku ke tak, tapi asal aku duduk bersama ada je orang yang dorang umpat. So tak mustahil aku juga kena, kalau tak kena pun, aku still tak selesa.

Dan hingga hari ini, aku macam tak boleh nak langkah pun. Terlalu takut. Nak masuk minta sign pun takut dan now. Takut kena dengar orang lain kena umpat.

Allahu. Toxic environment ni. Aku jadi tak mampu nak fikirkan hal kerja, tak mampu nak give more pun. Tah la.

Tiap hari weekdays aku rasa lethargic and bila weekend aku rasa cemas nak habiskan weekend tu. Cakap lah aku gila atau apa, but it happened this way.

Pada yang suka mengata orang, berhenti lah. You might get it as entertainment, but you really harm others.

Next. Aku ni dah tak mampu nak berfungsi sebagai isteri. Aku dah lama hidup dengan diri sendiri – being asked to live on my own, struggle on my own, settled my own problems and all. Tapi laki aku tak jahat. Sangat tak jahat.

Yang dia suruh aku buat semua atas ni pun bukan dia suruh tapi sebab dia slow- tak boleh nak fikir jalan untuk apa apa situasi.

Tapi aku dah tak larat. Aku juga dah tak larat nak silent treatment dia dan juga tak larat nak baik dengan dia. Hati aku dah takde. Dah tawar. Tapi….

Hingga hari ini, dah hanpir dua tahun, dia masih ada buat macam takde apa apa. Dia tak juga pilih untuk bincang. Dan dia juga tak pilih untuk buat effort kaunseling, jumpa ustaz semua tu. Dan juga tak ceraikan aku. So?

Kenapa aku tak buat? Aku dah tawar. Aku dah tak larat. Takkan aku dan aku lagi? Tapi aku memang kena pergi pejabat agama dah ni, aku sakit and stress. Sangat sangat.

Aku dah hilang diri aku. Aku macam tak mampu nak bangun pun dari tidur. Tapi aku ulang jadi susah sebab dia tak jahat. Tapi salah ke aku dah tak boleh rasa? Salah ke aku dah tawar?

Dulu aku minta dilindungi as wife, he can’t give any. Nak cerita panjang pula cerita 8 tahun lepas. Tapi sakit yang bukan sakit fizikal kena pijak, sakit dalam dada yang….. why i’m alone and on my own?

Why all the time, i am sad or scared but i have to google how to make my pain away? Where is him? Why I kena pegi bank buat loan bila i terdesak, mana suami i yang sama sama guna duit i?

Why I kena bangun awal pagi settle anak2, hon sana sini kalau lambat, mengamok atas jalan sebab nak cepat, bohong bos excuse macam macam kalau anak tak sihat.

Why. Only. Me? – taip ni pun aku teresak-esak lagi sampai sekarang. Tapi dia tak jahat tapi aku sakit sebab aku perempuan.

Aku dah jumpa kaunseling tapi tah la, tak berguna pun. Aku masih tak boleh nak lari dari rasa nak pegi jauh. Nak lari.

I did asked people, how worst my life kalau i bercerai? Dia tak jahat, dia buat kerja rumah, dia attend anak-anak, tapi as always aku kena lead the house and Im tired.

Dah cakap juga kat dia dulu, i even cried and pernah attempt nak cucuk badan sendiri depan dia sebab i tak larat dah. Tapi as always, dia bukan lelaki. Apa pon tak berubah.

Ada yang cakap pikir pasal i dulu, ada juga yang cakap kids first, ada juga yang cakap fasa perkahwinan je. Tapi aku sakit.

Now that Im losing myself. Aku bukan orang ni. Used to be passionate plan for family trip, friends trip, office trip. Now, nak pergi mana dulu untuk keluar pun dah tak berdaya.

Can I get some words dari pembaca? Tolong lah.

– Eun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

19 Comments

  1. Sy mungkin sama seperti awak.. ada ruang kosong, ada kesepian n kepenatan tapi perlu teruskan hidup.. sy pilih gembirakan diri sendiri, menjauhkan diri (sy telah pjj).. hidup seakan tenang sedikit tp masih kosong..

  2. Ajar diri untuk buka pintu syukur seluas2nya.. Kau pergi fokus kepada diri engkau sebab yang bermasalah diri engkau.. Kau tak boleh ubah orang but kau boleh ubah diri engkau.. Key untuk ubah orang adalah dengan ubah diri engkau dulu.. The best way to destroy your enemy is by making them as your friend.. Tu je pesanan aku.. S.Y.U.K.U.R

  3. Dari explaination saudari.
    Tiada explain yang saudari dekatkan diri pada Allah Swt.
    Cuba amalkan seperti di bawah.
    Solat awal waktu. Wajib cukup 5 waktu.
    Kalau stress lagi. Buat solat sunat qabliyah dan bakdiah.
    Kemudian cuba berzikir dan berselawat sebanyak banyak yg boleh. Kalau nak tenang selawat 1000x setiap hari.
    Baca al quran setengah helai sehari.
    Kalau stress bangun tahajjud pagi. Menangis mengadu pada Allah. Kalau cerita kat IIUM ni tak hilang pun stress.
    Cuba ikhtiar mcm kat atas dulu.
    Kita hidup ni dah akhir zaman. Gangguan bukan sahaja dtg dari manusia, tapi dtg jugak dari syaitan,iblis dan bangsa jin.
    Hidup ni Allah bagi hadiah untuk kita beribadah. Kat dunia ni semua ujian. Sbb kat syurga esok semua kenikmatan.
    Harap dapat bantu sis dan semua pembaca iium.
    Doakan saya berjaya dunia dan akhirat. Aminn

  4. Babe, hugs.. Take a break for a while. Take ur own time for urself only. Moga Allah berikan kekuatan dan jalan keluar terbaik buatmu.

    Again.. Hugs

  5. Hi sis…saya faaahammm sgt apa sis rasa. Dia baik tp kita tetap sakit. Perempuan yg di biar berdikari terlalu lama. Semua benda kena lead, semua benda kena fikir. Lama² kita jadi penat, sedih dan kadang² tak tau nak rasa apa. Apa yg saya buat, apa² saya fikir diri sendiri dan anak² je. Sis kena kuat utk anak². Saya banyak² istighfar dengar zikir, mengaji. Sbb saya tau Allah ade. Tapi kalau sis dah x mampu bertahan, jumpa lah keluarga dia. Cari org yg paling boleh di percayai. Ceritakan masalah sis. Semoga dapat jalan penyelesaian.

  6. Hai Eun.. ur hubby ni jenis dah terhantuk baru sedar.. husband u tak curang kan.. cuba bawa dia sama2 jumpa kaunseling.. kalau tak ok juga u know what to do next.. please don’t risk your precious life, sis.. ramai yg tgh bertarung dgn nyawa disebabkan kanser and terminal ill..

    • Hai Eun. dr melati ni. Kisah kau sama macam aku yang kena kecam teruk masa part 2. Haha. Terus jalan Eun, kita dalam sampan dan arus langkah yang sama. Kenapa bertahan kalau suami masih tak mampu utk melindungi maruah kita. Ingat, apa pun tindakan kita, anak² akan hidup lagi lama. Aku doakan kau terus bahagia, kerana seumur hidup itu panjang. Cari bahagia kau. Hugs!

  7. Treat yourself first darling.Dah pernah jumpa psikologist atau psychiatrist?mungkin bila dh jumpa pakar ni, dpt mengurangkan sedikit bebanan perasaan yg ditanggung dan slowly dpt cr jln penyelesaian yg lain.
    Setiap masalah ade jln keluarnya, cuma awak belum jumpa lg.

  8. For me ada 2 option
    1. Bincang dgn suami if dia tak nak berubah go for next step iaitu berpisah..bagi dia masa 2or3 month kalau takde perubahan mean dia takde rasa sayang kat perkahwinan..yang berpisah you dan dia , bab anak-anak masih tanggungjawab dia.

    2.kalau takut all the consequences kalau berpisah..berdamai dgn takdir..redha yang kelemahan suami you.. takpe kat akhirat nanti minta masuk syurga…as long as dia tak buat yang bukan-bukan macam pukul,kaki arak,kaki perempuan..

    But the end depand pada you juga..suami macam ni all decisions kena you yang buat kalau masih berharap dia memang sampai tua you akan makan hati.

  9. I have been there…and sedang pulihkan balik diri Dari tu … Main problem kita agak sama, exhausted, anxiety…benda yg trigger sebab kerja n juga came from spouse… actually,boss sgt ok . environment ok…tpi Sy tak blh cope dgn pelanggan..then,Sblm2 ni mmg everything hampir semuanya Sy yg bt sendiri…asben pun baik,dia tak slow tapi sebab dia workaholics…sampai 1 tahap,bila dia kata dia kena tukar tempat kerja,benda tu dh trigger Sy ..walhal masa tu x confirm lagi pun..tpi sbb kita dah rasa penat..penat sgt2..sampai Sy sakit…sakit emosi yg menyebabkan Sy sakit fizikal…tpi yg Sy bersyukur,asben Sy tak tinggalkan Sy sorang2…Dan dia Cuba utk kurangkan kerja lebihan masa Sy sbb Sy tak blh nk stay sorang2…apa yg bt Sy rasa terbuka sikit bila mana ada seorang senior staff bgtau Sy,stop pikir kita yg buat semua ni…pikir Allah yg buat semuanya..Allah yg gerakkan semuanya ..sebab once kita pikir “diri” kita yg buat,kita akn penat..Dan boss Sy ada ckp juga,bersyukur la ..bersyukur dengan apa yg ada sekarang,Cuba buang semuanya yg negetif di masa lalu..buang benda yg buat kita trauma..pergi grounding,pergi bercuti,amalkan mathurat…mcm Sy,Sy pergi homopathi utk merawat fizikal Sy…Dan lebih bykkan mengaji Dan dgr zikir2.. kekadang,bila “rasa” tu dtg,cepat2 istighfar Dan ingat “Allah ada untuk aku” sebut Allah Dan Cuba tenangkan fikiran .. Sy tak pasti benda ni membantu awal atau pun tidak,tapi klu tak semua,ambil la sedikit…sebab Sy pun dah pernah rasa apa yg awk rasa…

    • Tak baik ckp mcm tu, dia pon mngkin awalnya tak tahu keadaan akn jd mcm ni, klaw bole pilih, kita semua nk pilih kehidupsn yg baik : rezeki yg melimpah, pasangan yg baik & bertanggungjwb, ank2 yg comel dan membahagiakn kita hingga usia tua, pkerjaan yg bagus n rakan sekerja yg serasi, kluarga n kluarga mertua yg baik2 shj dan mcm2 lg lah yg best2 sentiasa berlakukpd kita.. tp hakikat kehidupan kita x sebegitu.., kita semua x sempurna, begitu juga dgn kehidupan ini.. cuma kita berharap dpt bersabar & bertahan dgn baik.. di samping itu berusaha dgn sehabis mngkin utk hidup yg lbh baik d alam Akhirat nt.. insha Allah.., tp bkn semudah itu yer.. wallahu a’lam bissawab..

    • Yuyu ni nampaknya memang effing toxic ye orgnya. Dekat confessor hat mangsa rogol tu pun kau komen salahkan mangsa tu. Kau ni memang takde empati ye orgnya. kau rasa kau soranglah yg terpaling bagus, terpaling pandai. I guess hidup kau pun tak semenggah mana. Jangan sampai Allah balas atas apa yg kau cakap.

  10. You macam burn out sis, semua atas bahu you. Suami you dah terbiasa you suap segala kat dia, tu dia naik lemak kot. Tbh, kalau dah terdetik untuk berpisah, maybe bokeh consider kot. Cuba buat istikharah, bawak berbincang dengan husband atau anyone you trust. Goodluck sis, hope you find happiness.

  11. Sis xda masalah financial kan. kalau anak2 kecil lagi, suh husband amik kan maid. jd pembantu sis for time being. kalau ada anak kecil, fasa ni sangatlah challenging bila xdpt support dari husband. but once anak2 dh makin besar/ berdikari, then akan kurang sikit stress mengurus anak.

  12. Sis, if you have money please booked an appointment with a clinical psychologist. Based on your sharing, I would say that your condition is beyond counsellor limitation.
    Another option is just see any medical practitioner yg aware tentang mental health. They will make a referral to a psychiatrist.
    Thank you for sharing and I believe and reach for help. Never give up and keep on finding a right way to help yourself. Hug for you sis.

  13. angkat kaki and pergi mahkamak. ur kids pun takkan happy kalau mak nya stress. fikir diri sendiri dlu baru anak anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *