Pemegang Amanah

Assalamualaikum. Nama aku H. Mestinya bukan nama sebenar. Aku anak yang bongsu daripada 5 beradik. Jarak umur aku dengan kak aku no 4 lebih kurang 20 tahun. Kira kelahiran aku ni adalah anugerah terindah buat arwah ayah aku. Titik permulaan hidup baru untuk arwah mak dan ayah. Ok cerita yang aku nak sampaikan ni adalah cerita arwah ayah aku.

Ketika usianya 3 tahun maknya meninggal dunia ketika melahirkan adiknya. Arwah ayah dan abang di pisahkan. Arwah ayah tinggal bersama bapaknya dan ibu tiri. Manakala abangnya diserahkan kepada ibu saudara sebelah bapaknya. Kan dah kawin bapak tu pun apa salahnya jaga kedua duanya sekali?

Hanya Allah yang tahu betapa kejamnya hampa memisahkan dua adik beradik hanya semata mata ikut perasaan hampa. Konon kawin lain lepas bini meninggal konon nak jaga anak anak kecik lah kononnya. Porah. Isteri baru nak laki sahaja. Anak anak tolak tepi.  Jadinya arwah ayah akan di halau keluar setiap kali bapak pi kerja. Boleh balik hanya bila bapak balik. Begitulah hidupnya sampai remaja. Apa gila kan.

Arwah ayah seperti hidup sendiri. Belajar berdikari daripada kecil lagi. Tak pernah merasa kasih sayang seorang ibu. Pun tetap sayang mak tirinya hanya perempuan nan satu itulah figura mak dalam hidupnya. Sampai hujung nyawa pun dia tak pernah cerita buruk tentang mak tirinya. Semua cerita ini kuperoleh daripada kakak. Kakak pula mak yang bercerita.

Arwah nenek dahulu adalah anak orang kaya. Dua beradik perempuan. Jadi segala tanah atas namanya di amanahkan kepada suaminya. Suami pula pi sub amanah kepada adik lelakinya. Daripada anak kecil sampai lah usia mereka masing masing 40 an segala tanah masih dipegang oleh pak sedara. Sedangkan hanya amanah daripada mula.

Setiap kali waktu bayar cukai di kerah arwah ayah dan abangnya utk bayar. Gran masih di tangan pemegang amanah. Sampailah satu masa baru bapaknya serah tanah secara adil bahagi dua di antara adik dan abang. Yang lucunya hanya atas kertas pembahagian tanah tersebut. Gran tetap dipegang oleh si bapak saudara yang tamak haloba. Aku tak boleh brain kenapalah dia tetap pegang gran yang bukan haknya.

Sampai hujung nyawa arwah ayah sakit di rumah. Manusia yang pegang amanah ni boleh datang dengan surat minta tandatangan. Sapa pun tak tahu apakah isi kandungan surat tersebut.

Arwah ayah aku punya lah susah dahulu hidup dia. Daripada zaman remaja dia perlu kerja utk sara hidup sendiri. Dapat peluang untuk teruskan pelajaran tapi tak dapat sebab takda duit. Sedangkan dia anak orang kaya. Ada tanah sawah, kelapa sawit, kebun, kebun durian dan sebagainya. Dia hidup macam orang susah. Memang susah pun.

Pernah kerja buruh binaan. Hampir tertanam dalam tanah waktu buat kerja. Allah kata belum ajal waktu tu. Bila dah berkeluarga pun dia tak tagih pun tanah yang sepatutnya miliknya. Duit yang sepatutnya haknya. Dia kerja bersusah payah utk keluarga kecilnya.

Aku masih ingat tiap kali balik kampung ada trip pi ke pejabat tanah bayar cukai. Melawat rumahnya waktu kecil dahulu. Cita citanya mahu kembali di rumah tersebut apabila pencen. Allah Maha tahu. Arwah ayah pergi dahulu. Rumah pusaka tersebut pun kami sudah dijual. Tiada apa lagi di sana melainkan saudara mara yang memberi kenangan pahit kepada arwah ayah.

Teringat ingat dahulu kalau teringin makan durian arwah ayah akan beli banyak banyak jamu anak cucu makan. Sedangkan dia punya dusun durian yang besar di kampung. Kami kuburkan semuanya. Dengan perginya arwah ayah. Habislah hubungan dengan tempat kelahirannya.

Si bapa saudara aka pemegang amanah tak datang ziarah pun ketika arwah ayah meninggal. Daripada arwah ayah celik mata sampai tutup mata gran tanah tanah miliknya tak pernah dia sendiri lihat. Dan sampai aku anak bongsu ayah umur nak masuk 40 pun tak pernah tengok gran yang asal.

Pemegang amanah pun dah arwah sekarang anak anaknya pula yang pegang gran. Dah bercucu pun. Hampa ambik lah tanah harta haram. Hampa menjawab lah dengan Tuhan dalam tanah. Hampa makan hasil anak yatim. Kami. Takpa Allah ada. Sentiasa ingat pesan buat baik. Selalu buat baik. Selalu tolong orang susah. Sebab arwah pernah rasa susah itu bagaimana. Rindu yang tqk berkesudahan.. Semoga ayah tenang tenang sahaja di sana.

Pesanan aku kalau hampa kawin dengan duda ada anak. Jagalah sepenuh hati macam anak sendiri. Jangan lah pisahkan mereka. Anak anak itu amanah. Kalau hampa di beri amanah menjaga harta. Jagalah amanah sebaiknya.

Sampai masa kembalikan amanah tersebut kepada pemilik haknya. Kalau hampa tamak haloba. Tamak laki tamak harta anak yatim. Nikmatilah sesuka hati hampa. Sebabnya kat tanah nanti hampa menjawablah dengan Tuhan tentang amanah yang hampa salah gunakan. Tak pi mana pun. Mendapat baliklah.

Hidup kat dunia sat saja. Kat dalam tanah tu tak tau berapa ratus ribu taun. Hampa pikiaq la sendiri.

– H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *