Pemergian Yang Mengejut

Malam tu aku ketiduran awal. Sekali harung dengan anak-anak tidur sekali masa tu. Isnin kan? Monday blues. Tak fikir banyak dan tak nak fikir ape pun, mungkin sebab penat bekerja, terus masuk tidur.

Alarm bunyi jam 5.30pagi, bingkas bangun lupa nak baca doa, matikan alarm. Ada miscall, Allahuakbar, apesal ni?

1 miscall 4 jam lepas, 3 miscall 3 jam lepas. Memang tak perasan malam tu rupanya phone aku silent mode jika tak, bunyi call bertalu-talu mungkin suami boleh jawabkan.

Open WhatsApp, Allahuakbar dan mengucap panjang aku. Pegawai aku kembali ke Rahmatullah. Suami arwah maklumkan dalam group.

Jeda. Group rahsia kawan-kawan satu kepala di pejabat aku baca, kali ni Encik DR yang hubungi sendiri suami arwah untuk bertanya tentang pemergian arwah.

Voice note diiringi tangisan sebak dari Encik DR.

“Haa kawan-kawan, ….(tahan tangis)… saya nak cakap macam mana, (pegawai) dah meninggal dunia dalam petang lepas dia keluar check up dengan suami dia”

Aku ringkaskan pegawai tu dijumpai dah meninggal dunia seorang diri di rumah. Allahuakbar.

Flashback..

Hari terakhir aku jumpa arwah Jumaat lepas, arwah ketua bagi program pada hari tersebut. Walaubagaimanapun, terdapat banyak isu timbul saat akhir sebelum program berlangsung. Aku terima WhatsApp dari arwah lebih 20 notification pagi Jumaat tu seawal 6.20am.

Iya, arwah minta tolong aku untuk siapkan beberapa item untuk program dan bawa sekali. Aku buat tak peduli, aku gerak ke office. Masa tu fikiran tak dapat cerna kerja pejabat, sebab persiapan pagi untuk anak-anak dan suami kene selesaikan dulu.

Tiba di office, aku baca balik WhatsApp tersebut, dan aku tanya pada arwah semula, dia tak masuk office ke?

Kenal baik dengan arwah, dia bukan jenis reply dan baca WhatsApp dan akan ambil masa untuk read, so aku delete WhatsApp tu semula, siapalah aku untuk bertanya pada arwah begitu?

Masa delete memang belum blue tick, means that she not yet reading lah kan

Sebab kerja yang arwah minta tolong betul-betul last minute aku jadi stress. Mujur ada penolong pegawai, Puan PV turut fikir bagaimana nak atasi masalah tersebut.

Kami gerak ke program jam 10 pagi, dalam 40 minit perjalanan kami pun tiba dengan pelbagai item yang arwah minta kami tolong.

Aku ingat lagi, arwah sambut kami dengan senyuman mesra. Macam biasa, arwah memang sangat komited dengan kerja yang diamanahkan.

Sessi pagi arwah di program dan ke satu lagi program CSR yang jarak jauhnya dalam 90 minit. Arwah minta pemandu hantar, walaubagaimanapun pemandu yang standby tidak dapat menghantar terus ke program CSR, jadi hanya hantar di office.

Kami susun peralatan untuk program tersebut. Hari panas, haba membuatkan keadaan jadi tak selesa dengan orang ramai lagi. Keadaan dalam khemah agak caca merba mungkin hasil preparation last minute. Wallahualam.

Macam biasa sehingga habis waktu pameran, kami kemas dan pulang ke rumah. Petugas hari esok Sabtu dan Ahad akan bertugas pula.

Encik DR bertugas pada hari Ahad bersama arwah. Katanya, arwah sangat gembira melayani audiens semasa program tersebut. Encik DR sempat bertanya, “Puan camne? Mesti penat kan” Ya, dia jawab.

Beliau baru sahaja melahirkan anak untuk kali kelima pada April lepas, arwah gigih menyimpan stock susu bagi bayi yang dijaga pengasuh.

Arwah curi curi waktu untuk breast pump di surau, di Bilik Penyusuan Ibu. Hebat betul arwah.

Pagi kematian..

Aku gerak suami dan maklumkan pemergian arwah. Pagi tu aku gerak ke office, aku lihat Puan PV tiada di meja, masing-masing berkumpul di bilik boss. Sayup-sayup aku dengar Puan PV teresak-esak menahan tangis. Aku? Aku masih belum merasai kemuncak sedih tu.

Arwah masih muda, jadi post mortem perlu dijalankan bagi mencari punca kematian. Sebelum ini, ujian PCR untuk Covid19 perlu dilakukan.

Alhamdulillah keputusan ujian Covid19 negative. Post mortem bermula lebih kurang jam 11pagi. Selesai post mortem jenazah dimandi dan dikafan oleh pihak hospital. Jenazah di bawa pulang ke rumah untuk penghormatan terakhir.

Ramai kaum keluarga dan sahabat handai telah tiba di perkarangan rumah arwah. Bayi kecil berusia kurang 3bulan aku lihat di kendong tidak merengek dan baik ragamnya.

Allahuakbar. Bayi kecil arwah, sempena bunga nama bayi itu. Ibu arwah dari negeri sebelah utara kelihatan sugul. Aku salam dan peluk. Ucap takziah dan sabar kepada ibu arwah. Mesti beliau masih terkejut dengan pemergian anak solehahnya itu.

Sekitar jam 4.30pm, jenazah tiba. Dibawa turun secara berhati-hati, diletakkan di ruang tamu bagi penghormatan terakhir.

Aku perhati dengan teliti waktu kain kafan bahagian muka dibuka. Arwah tersenyum. Air mukanya tenang. Allahuakbar. Aku tidak putus-putus mengucap Allahuakbar.

Dan waris dipanggil seorang demi seorang. Kali ni perasaan aku meruntun. Empang air mata aku pecah. Waktu anak-anak kecil arwah kekok untuk mencium umi mereka kali akhir. Allahuakbar. Allahuakbar. Aku masih lagi sedih waktu menaip ini. Sebak.

Ketahuilah anak-anak,

Perpisahan ini lama, kalian akan berjumpa kembali umi di sana nanti. Semoga menjadi anak yang soleh dan doakan lah baik-baik untuk umi kalian. Semoga ada rezeki kalian bertemu dan berkumpul semula merasai nikmat kasih sayang yang Allah berikan.

Sungguh aku tidak dapat bayangkan anak-anak kecil itu mencari uminya. Di mana akan mereka dapat kasih sayang ibu kandung tanpa kenal erti penat mencurah ilmu dan penuh penjagaan? Allahuakbar.

Firman Allah, Surah Al-Imran ayat 185: (Maksudnya) Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.

Aku pegang Firman ini. Aku seharusnya redha dengan pemergian arwah. Aku punya peluang dan masa lagi untuk bertaubat dan bersedia menghadapi kematian. Semoga taubatku, amalanku diterimaNya dan menjadi asbab aku ke syurgaMu Ya Allah.

Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah di dalam sebuah hadis: Dari Aisyah berkata; “Saya bertanya Rasulullah mengenai kematian secara tiba-tiba, maka Rasulullah bersabda:

“Itu adalah istirehat seorang mukmin dan kematian yang menyedihkan bagi orang yang fajir (orang jahat yang suka melakukan maksiat dan berbuat keburukan).” – [HR Ahmad 23891].

Jauh di sudut hati, aku merasakan pemergian arwah ini kerana Allah sayang arwah dan Allah tahu arwah penat dengan hal-hal duniawi, maka Allah ambil arwah untuk istirehat. Tak mudah menjadi ibu yang bekerjaya dan hebat menguruskan rumahtangga.

Semoga Allah ampuni dosa-dosa arwah, sayangi arwah seperti mana arwah menyayangi orang-orang disekelilingnya.

Semoga Allah ampuni dosa-dosa Umat Islam sekalian, terima amalan kita semua tanpa hisab dan dikurniai kematian husnul Khotimah.

– Dilema (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *