Assalamualaikum salam ramadan karim, pertama sekali aku nak ucap terima kasih pada admin sekiranya artikel ini dipos. Tadi aku ada terbaca satu artikel tentang cucu yang kehilangan datuknya,takziah aku ucapkan. Jujur aku cakap aku faham peritnya bagaimana. Aku ingin berkongsi cerita tentang kisah pemergian datukku yang tragis atau lebih mesra dengan panggilan tok wan. Waktu kecil aku sangat rapat dengan tok wan, bila menginjak dewasa aku agak jarang pulang ke kampung atas faktor belajar di negeri orang ,tapi setiap kali pulang kampung tok wan pasti akan sediakan buah-buahan dari kebunnya buat kami sekeluarga.
Kisah tragis ini berlaku dalam bulan april tahun ni, waktu tu aku dalam tempoh study week,aku terbaca dalam whatsaspp group family besar, “tok wan jatuh dalam api”, aku seakan tak faham dan tak boleh hadam apa berlaku ,lantas aku call mak, mak cakap yang mak sendiri tak pasti kronologi kejadian sebab tok wan masih dirawat tapi yang pasti hampir satu badan terbakar terutama bahagian kaki sampai ke pinggang dan kedua belah tangan, doktor beritahu 2nd degree burn. Aku terkejut yang amat sangat dan mata aku tak berhenti mengalirkan air mata.
Lepas dirawat di icu , keadaan tok wan makin stabil tapi keadaan tok wan sangat menyayat hati, berbalut hampir satu badan , tak boleh bergerak hanya di atas katil dengan wayar berbirat ,air dimasukan tanpa henti bagi mengatasi dehidrasi akibat terbakar.
Aku hanya mendapat maklumat melalui group whatsapp, rupanya tok wan jatuh di kebun, waktu tu hanya tinggal dia sorang di kebun, dan difahamkan di kebun tu ada satu parit yang tak berair, orang2 kebun bakar daun2 dalam parit tu, entah bagaimana tok wan terjatuh dalam parit tu , dengan usia tok wan yang menjangkau 70 tahun agak sukar untuk tok wan selamatkan diri, lama tok wan berusaha naik dari parit tu, aku nangis setiap kali bayangkan peritnya tok wan usaha selamatkan diri waktu ini , kemudian ada orang kampung selamatkan tok wan .Bahagian paling teruk adalah bahagian pinggang tok wan sebab getah seluar tok wan cair dan melekat di kulit, tapak kaki tok wan hancur.
Tok wan di jaga di burns unit ,sebuah bilik berhawa dingin dan hanya doktor dibenarkan masuk,ini bagi mengelakkan jangkitan, kerana kebanyakkan kulit tokwan sudah tiada, jadi tiada lagi lapisan pelindung dari kuman. Pelawat hanya dibenarkan menjenguk di tingkap kaca, dan ada disediakan telefon di sebelah tingkap tersebut bagi membolehkan pelawat berhubung dengan pesakit.
Aku ingat keadaan tok wan semakin baik,rupanya tok wan makin parah, kuman merebak ke bahagian peparu, jadi doktor cadangkan trakeostomi(tebuk leher), tetapi tok wan berkeras enggan mengikuti prosedur tersebut, kerana ada kemungkinan untuk bisu selepas prosedur tersebut. Tok wan merayu pada mak dan pak ngah, jadi mereka akur. Tok wan terus dirawat menggunakan alat bantuan pernafasan.
Aku ambil keputusan untuk pulang sebelum final, sempat aku melawat tok wan, aku masuk melawat bersama mak, saat melihat tok wan,automatik air mata mengalir, sedih yang tak terungkap. Aku cuba berhubung menggunakan telefon yang disediakan di situ, aku beritahu tok wan ,aku datang ,tapi tok wan seakan sedar tak sedar, aku beritahu “ni anak gajah ” , nama panggilanku ketika kecil, tok wan mula memberi respon. Tok wan memberitahu bahawa dia dahaga, aku beritahu nurse,tapi nurse cakap “tak boleh,nanti dia penat”. Aku sangat geram kerana nurse seperti tak faham yang rengkungnya pasti perit kerana gas oksigen . Aku kecewa tapi terpaksa akur. saat itu aku terfikir andai saja aku seorang doktor, nurse pasti dengar cakap aku. Habis melawat aku pulang ke tempat belajar dengan berat hati terpaksa kerana final makin dekat.
Esoknya ada paper , banyak chapter yang perlu ditelaah tapi usaha aku terhenti bila mata aku terbaca post di group whatsapp ,”jenazah tok wan sedang diurus pihak hospital”,jantungku aku berdegup, aku cuba call mak, tapi tak diangkat ,pasti mak sedang sibuk urus soal jenazah, aku call abah ,tapi aku tak upaya mengeluarkan perkataan, abah suruh bertenang ,dan tak perlu pulang, aku nangis di tangga kolej sampai ke malam. Roommate aku terkejut tengok keadaan aku, dia tenangkan aku.Pesan roommate ku “mungkin ini yang terbaik,dari terpaksa menahan sakit yang tak tertanggung baik tok wan berehat”. Setelah solat dan yasin, aku terus tidur akibat terlalu letih menangis, aku hanya tawakkal untuk paper esoknya.
Setelah 20hari bertarung nyawa tok wan pergi meninggalkan kami, punca kematian adalah jangkitan peparu berpunca dari mesin pernafasan (hospital acquired pneumonia), bapa saudara ku cerita sewaktu uruskan jenazah masih ada stapler di kulit tok wan kesan pembedah tampalan kulit.
Raya tahun ni merupakan raya pertama tanpa tok wan ,tak dapat aku bayang bagaimana suasananya, pasti suram, kemarin dulu ada ditayangkan telemovie tv3, di akhirnya ada takbir raya ,aku terkenangkan arwah tok wan, tanpa sedar air mata mengalir, adikku tanya ” kenapa?” ,aku usap air mata dan hanya menggeleng. Semoga tok wan tenang di sana.amin.
*dan alhamdulillah aku peroleh A untuk paper tersebut. Doakan aku menjadi ahli perubatan yang berjaya
– Anak gajah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit