Assalammualaikum. Aku seorang anak berumur dalam lingkungan 20an. Family aku kecil sahaja dengan 4 beradik dan mak ayah. Tapi sebagai seorang anak aku rasa sangat sakit hati. Dari aku kecil sampai sekarang setiap hari ada je yang make me feel uncomfortable berkaitan parent aku.
Apa yang aku lalui setiap hari biasanya tengkingan dan berbalas kata. Ayah aku selalu cari benda nak buat gaduh. Even benda kecik pun. Apa yang kami cakap semua salah. Asal cakap je semua tak betul. Lepastu kalau mak aku buat something yang tak kena di matanya mulalah dia berceramah pada kami. Kadang tu benda kecik je. Dia yang sentiasa betul dan selalu nak menang. Tapi yang paling aku benci bila dia tengking2 mak aku depan orang lain masa pagi raya. Orang lain mandi air mata bermaaf-maafan. Kami mandi air mata ditengking di marah. Bila kami buat salah dimarah macamlah kami bunuh orang tapi kalau dia buat salahpun kami juga yang tetap salah.
Kadang-kadang rasa its better to avoid him… jadi takde lah kena marah dengan percuma. Mak aku selalu terhiris dengan kata-kata dia. Bagi aku dia lebihkan orang luar berbanding keluarga dia sendiri. Kalau ye pun kami buat salah tak boleh ke kalau tegur elok-elok. Ini tak, apa yang kami kata semua tak betul. Aku kesian kat mak sebab semua benda mak buat. Dahlah balik kerja penat, lepastu tak pasal2 kena marah kena tengking. Kadang komen masakan, kadang bising kain baju.. ada ajala benda tak kena di mata dia.
Lagi satu, ayah aku ni sangat berkira dengan kami. Tapi kalau dengan adik beradik dia bukan main pemurah. Mak aku kena minta baru dibagi. Itupun cukup-cukup je. Kalau mak aku nak apa2 dia akan kata awak dah kerja belilah sendiri…. Apa kau rasa sebagai anak bila mak kau selalu cerita dengan kau?
Jangankan percutian, satu senyuman pun jarang dibibirnya. Aku kadang cemburu dengan orang yang ada ayah disisi. Boleh kongsi cerita suka duka.. yang kami ada hanya mak. Mak lah yang paling sabar. Mak dulu ayah aku lagi teruk sampai dia pernah kata kat atuk aku tak reti jaga anak. Aku tak tahu bilalah perangainya nak berubah. Kadang bila aku hilang sabar dengar dia mengata mak aku, aku akan defence mak aku sebab aku tahu mak aku lah manusia yang tahan dengan kerenah dia.
Tak tahulah nak salahkan siapa. Aku aku benci bila semua ni jadi. Aku tak suka sebab lepastu diorang tak bercakap sampai berhari-hari. Apa yang seorang anak akan rasa bila benda ni jadi?
Aku bukan nak buka aib atau sakitkan sesiapa, tapi aku takde tempat lain nak luahkan apa yang aku rasa. Aku sedih sangat…
Akhir sekali, aku harap ibu bapa diluar sana pekalah dengan perasaan seorang anak. Apa yang mereka rasa, apa yang nak kata. Jangan terus buat andaian dan menghukum. Jangan ingat kita lebih tua kita sentiasa betul. Aku sayang mak ayah aku. Aku ingat semua yang mereka korbankan pada aku. Aku tahu aku cukup makan, cukup pakai, ada tempat tinggal, tapi satu ja aku nak KASIH SAYANG ABADI HINGGA KE SYURGA.
– Wawa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit