Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca. Aku tiada masalah besar sangat pun cuma sesekali emosi tak stabil aku datang, mula la aku fikir bukan-bukan.
Sebagai pengenalan, aku Ros, berumur pertengahan 30an, berjawatan profesional di sektor awam dan berkelulusan ijazah.
Sepanjang hidup aku dari sekolah rendah sampai ke universiti, aku merupakan pelajar cemerlang. UPSR, PMR dan SPM aku semua straight As.
Aku belajar di universiti luar negara dan aku pelajar terbaik course aku. Okay, cukup la pasal aku.
Sekarang aku nak cerita pasal suami aku. Dia berumur pertengahan 40an, sangat rajin bekerja, rajin bantu kerja rumah dan ayah yang sangat baik buat anak-anak kami. Kami ada 4 orang anak.
Alhamdulillah, suami aku kerja biasa-biasa saja. Tapi gaji dia mencecah 5 angka sebulan.
Tiga kali ganda gaji aku. Kereta, rumah, belanja rumah semua dia settlekan. Sikit pun tak pernah culas. Walaupun aku kerja kerajaan, sikit pun dia tak pernah suruh aku buat loan bagai. Aku bersyukur bab tu.
Kami kenal melalui mutual friend. Masa perkenalan pun singkat saja. Kenal tak sampai 3 bulan terus kahwin sebab masing-masing dah bersedia masa tu.
Cuma apa yang merungsingkan aku, aku merasakan pemikiran kami yang tak sekufu. Lepas kahwin dan tinggal bersama, baru aku dapat rasakan perbezaan kami.
Suami aku walaupun bergaji besar, dia hanyalah lulusan SPM dan keputusan SPM dia sangat teruk. Itu tak menjadi masalah bagi aku sebab dia rajin bekerja. Cuma masalah timbul bila nak buat sesuatu keputusan.
Aku dapat rasakan amat susah untuk kami berkomunikasi sebab dia seorang yang susah untuk meluahkan pendapat.
Dia tak reti nak cakap la pendek cerita. Sampai satu tahap aku rasa maybe dia ada masalah pembelajaran semasa kecil tapi tak dapat dikesan dulu.
Lagi satu, aku segan dan takut kalau nak tinggalkan suami aku untuk sembang bersendirian dengan saudara mara or kawan-kawan lelaki aku sebab taknak suami aku memalukan diri dia sendiri.
Kadang-kadang aku rasa dia cakap pelik-pelik dan bila dengar tu macam tak make sense. Aku tak tahu nak explain macam mana.
Aku perasan jugak orang akan buat muka pelik dan tak faham kadang-kadang kalau sembang dengan dia.
Latar belakang kami yang berbeza membuatkan kadang-kadang aku sedih sebab aku tak boleh nak sembang hal-hal yang aras tinggi dengan dia.
Contohnya bab-bab sains atau teknologi, hal-hal semasa dunia. Faham tak? Dulu aku seorang yang sangat sukakan open debate.
Aku suka majlis-majlis ilmu. Aku suka menghadiri conference. Aku suka baca research. Memang impian aku nak sambung belajar sampai tahap yang paling tinggi.
Cuma aku tak nak bila aku dah sampai tahap macam tu, aku takut hilang rasa hormat kat suami aku.
Aku sangat sayangkan dia. Dia suami yang sangatlah sempurna. Cuma tahap pemikiran yang berbeza tu kadang-kadang buat aku down.
Aku harap yang membaca luahan aku ni sudi bagi pendapat yang positif supaya bila emosi tak stabil aku tu datang, aku dapat handle dengan baik. Thank you in advance.
Yang benar,
– Ros (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit