Pemilihan Jawatan – Edisi Murid

Bulan 1 ni semua tengah sibuk urus dengan sukan memandangkan bulan 4 dah puasa. Awal-awal ni mesti la rancak mensyuarat agung unit uniform, kelab, sukan dan permainan. Aku dah lama perati sejak aku zaman sekolah dulu pasal pemilihan jawatan ni.

First, selalunya yang dapat jawatan tertinggi ni mesti muka yang lawa lawa je. Yang buruk yang gelap yang kusam tak dipandang langsung walaupun yang tu la selalu buat kerja berbanding si cantik. Masa pencalonan tu, mesti cikgu offer siapa nak calonkan kawan dia atau diri sendiri..

Bila senarai calon dah ada, kita perlukan undian daripada ahli yang lain maka cikgu pun berkata,

“Ok kamu semua boleh angkat tangan 2 kali sahaja jangan lebih”.

“siapa nak undi calon A angkat tangan!”.

*kira undian* “Siapa undi calon b angkat tangan”.

*kira undian* begitu juga dengan calon seterusnya.

Hasilnya, seperti aku cakap. Calon yang lawaa automatic mendapat undian yang tinggi. Biasanya bila dah lawa tu berpakejkan famous maka bergandalah undian tersebut kerana ramai mengenalinya dengan kelebihannya yang terkenal serta cantik.

Tetapi, yakinkah dengan undian tersebut menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab?

Based on my experience, dulu pengurusi sukan ( bukan wakil sekolah) aku tu lawa orang nya. Flawless. Cantik. Manis. Aku pun insecure. Dia juga agak terkenal dalam batch aku namun sekalipun aktiviti sukan dia tak pernah datang.

Cikgu pun kadang tak perasan sebab yang buat kerja biasanya setiausaha je untuk tanda kehadiran. Tahu tahu je akhir tahun dapat markah koko jadi pengerusi! Wowww bestnyaa jadi cantik. Orang lebih percayakan kita atas kecantikan yang kita miliki.

Kedua, rapat dengan orang atasan. Aku maksudkan, rapat dengan cikgu. Kalau kau bukan anak emas cikgu, kau memang tak akan dipilih untuk memegang jawatan.

Selain itu, kau juga tak akan tahu apa yang sedang terjadi disebalik organisasi yang kau tengah join tu. Kau tak tahu siapakah orang yang akan terpilih dalam aktiviti akan datang.

Apakah golongan atasan ini menindas golongan bawahan? Pilih murid tertentu je untuk join aktiviti luar sedangkan ramai lagi mungkin yang lebih layak mana tahu?

Duhai guru, pilih lah ketua organisasi yang anda rasak memang layak untuk memegang jawatan tersebut. Bukan atas dasar pilih kasih, kecantikan, rupa paras dan kepopularitian. Habistu sampai bila golongan yang “tak cantik, hodoh, tak terkenal” ini dapat merasa jawatan tersebut?

Renung-renungkanlah…

Disclaimer –

Aku buat confession ni sebab adik aku mengadu katanya tak dapat jawatan sebab cikgu pilih perempuan cantik sedangkan adik aku tu baru darjah 3 and that “perempuan cantik” tu darjah 6 so memang layak ah sebab darjah 6 kan nak markah koko.

Lepastu aku teringat masa zaman aku sekolah dulu pasal pilih jawatan ni makaaa terhasillah sebuah confession ini.

– Azmina – SPM 2014 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *