Salam.. Saya memilih untuk menulis disini kerana saya rasa perlukan pendapat/pandangan dari seseorang.
Saya bekerja dan pengangkutan pergi balik menggunakan kereta suami. Most of the time suami akan isi minyak setiap minggu (kadang-kadang dia tak isi, saya akan isi sendiri) dan dia isi atas kerelaan sendiri, saya tak pernah langsung minta dia isi.
Cerita dia, beberapa hari lepas saya keluar pada waktu lunch untuk mengambil parcel di pickup point terdekat dan colleague saya ikut tanpa saya ajak. Kami terus pergi lunch di kedai berdekatan dan saya telah maklumkan kepada suami keberadaan saya.
Pada sebelah malam pula, kami keluar pergi dinner dan dia bertanya, “Keluar tengahari tadi awak drive ke?” kerananya dia tengok keadaan minyak. Saya pun jawab “ya”.
Saya tak maklumkan yang saya drive kerana saya ingat dia boleh fikir la saya keluar untuk ambil barang saya takkan saya nak suruh orang lain drive…..
Dan dia boleh cakap, “Kenapa tak bagitahu? Selalu kalau orang tumpang akan inform” saya sangat speechless terus mengalir air mata.
Selepas itu, kami bergaduh mulut dan sampai hari ini saya masih terasa dan masih berdiam diri. Saya tahu saya hanya pinjam harta dia tapi masih tak sangka dia persoalkan saya macam tu sekali.
Dan ini bukan kali pertama bergaduh mengenai kereta. Yang sebelum ini saya masih lagi dapat terima sebab saya sedar saya hanya meminjam tapi kali ini saya tak tau nak cakap apa.
Sekian, setakat ini sahaja cerita yang saya dapat share. Saya memerlukan pendapat atau pandangan dari para isteri dan kalau boleh juga suami-suami diluar sana. Tak kiralah pendapat yang positive atau negative dari kalian semua. Saya menerima semuanya dengan hati terbuka.
Terima kasih sudi membaca dan memberi pendapat/pandangan anda.
– Ehin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya minta maaf, tapi saya mmg sgt ‘sensitif’ klau org yg ckp dgn kita mcm ‘org asing’, tp sbenarnya dia adalah org yg ‘terdekat’ dgn kita.. dlu mse mula2 kawen, saya pernah di’tegur’ suami kerana mkn dlm kereta dia, sebabnya suami sgt mnjaga ‘kebersihan’ dlm kereta dia.. sya minta maaf pon, mukanya masam mencuka.. iru xpe lagi.., perkara yg lbh ‘besar’ ialah apabila sya nk blajar bwak kreta, (punjam kreta dia), tp terlanggar gate n masuk longkang.. mse tu marahnya dia, mcm kreta tu ‘isteri’nya, dan bukannya saya.. sejak tu, saya berazam utk membeli kreta saya sendiri.. utk ke tempat kerja pon, saya sanggup naik bas atau jln kaki (sebab tempat kerja x brapa jauh dari rumah), setelah berpindah dan ada anak, dapat juga saya membeli kreta, walau pon kreta ‘second-hand’.. puas hati saya, nk hantar anak pergi-balik taska, nk pergi kerja or pasar, semuanya saya buat sendiri, dan yg penting, x kacau ‘harta’ yg dia sgt sayangi tu.. biarla bwak kreta yg x mewah or ‘bersih’ sgt, yg penting hati x sakit.. wallahu a’lam.