Assalammualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca iium confession . Terima kasih untuk admin sebab sudi siarkan cerita saya ni . Cerita saya ni adalah 100% benar berlaku dalam kehidupan saya. Kisah ni agak panjang sikit , harap pembaca sudi baca sampai habis, huhuhuhu.
Nama saya Nini, merupakan graduan dari sebuah IPTA yang selalu Ayahanda kami cakap hanya ada universiti kami dan lain-lain di Malaysia ni,huhuhu. Bercakap pasal PTPTN, saya merupakan peminjam untuk diploma dan degree. Masa buat degree memang dah berusaha sehabis baik nak dapatkan 1st class Honor, tapi apakan daya jodoh tiada. hahahaha. Jadi, terpaksa lah membayar RM29k untuk diploma dan degree.
Saya graduate diploma pada tahun 2011 dan degree pada tahun 2013. Dalam masa mencari pekerjaan selepas habis degree, saya didatangi surat-surat dari PTPTN (untuk hutang diploma). Dalam surat-surat tu ada beritahu jumlah tertunggak yang perlu dibayar dan memang terkejut beruk bila tengok almost RM5k yang tertunggak. Maksudnya, masa tengah buat degree pun hutang diploma saya dah berjalan. Kejam kan, tak kan PTPTN xda data yang mengatakan kami masih meminjam PTPTN untuk degree? Saya memang buat penangguhan bayaran hutang diploma dan mati-mati ingat hutang tak berjalan. Tapi sebenarnya tak ! Membazir kertas je rupanya.
Jadi, bila dapat je kerja saya terus bayar setiap bulan sehingga sekarang. Hutang kan, kene lah bayar. Manelah tau, umur xpanjang habis tergantung amalan. Lagipun saya rasa, inilah tanggungjawab saya setelah PTPTN memberi peluang saya sambung belajar. ecewah. Dari pembayaran pertama lagi saya nak plan nak bayar untuk diploma dan degree dalam sebulan. Tapi xboleh sebab xboleh split acc. Pembayaran akan automatik ke hutang yang paling banyak dan ada jumlah tertunggak. Jadi dalam kes saya ni, memang akan automatik dikreditkan ke acc diploma. Paling saya bengang, saya bayar double untuk kurangkan jumlah tertunggak, tapi jumlah tertunggak masih sama sebab hanya menolak jumlah semasa bukan jumlah tertunggak yang ada. Memang geram kuasa 2 masa tu. Sebab malas nak bertekak, saya pun bayar macam biasa sehinggalah…
Sehinggalah cukup 1 tahun 2 bulan saya bekerja, saya didatangi 3rd warning letter oleh PTPTN. Maksudnya apa? Maksudnya saya wajib membayar jumlah tertunggak dalam masa sebulan untuk mengelakkan dari blacklist. Pegawai yang menerangkan kepada saya tu, memang bercakap macam jumlah tertunggak saya RM5 je. Memang rasa nak hantuk kepala dia dekat dinding kot. Kemudian dia suggestkan buat penstrukturan semula tetapi perlu membayar half dari jumlah tertunggak. Half pun banyak, jadi memang usaha sehabis baik masa tu sebab xnak blacklist. Gila apa, baru graduate xsampai 2 tahun dah nak kena blacklist. Padahal bukan xbayar langsung, kalau tak bayar tu lain lah, nie saya bayar setiap bulan.
Masa ni saya memang naik hantu. Nak-nak pulak, ada je kawan-kawan saya still xbayar 1 sen pun, tapi xkena apa-apa tindakan. Surat pun mereka tak terima ceritanya. Masa jumpa pegawai tu, memang saya cakap hal ni, kemudian alasan nya surat akan dibagi mengikut peringkat-peringkat. clise sangat jawapan ko tu bang oii. Paling lawak ada ke mintak IC kawan saya untuk mereka buat semakan. Memang saya ada simpan no ic kawan-kawan saya. Ceritanya, aku ke kau yang keje dengan PTPTN nie?
Nak xnak, terpaksalah bayar 2.5k untuk elakkan dari blacklist dan buat penstrukturan semua. Kena hadam betul-betul pros & cons buat penstrukturan ye. Dalam kes saya ni, memang pilihan utama sebab xmampu nak bayar 5k dalam masa sebulan tu. Atleast, 2.5k saya mampu lah nak bayar kan. Memang lelap mata je masa tu. Fyi, kalau buat penstrukturan, memang xboleh skip pembayaran selepas tu. Jadi masa tu terpikir jugak, hutang degree saya macam mana pulak? mesti tertunggak jugak kan? OF COURSE. Kalau terdesak dan xmampu bayar cash, boleh je keluarkan acc 2 KWSP. Jadi, kes nak kena blacklist saya close sebelum hujung tahun 2015.
Masuk je Januaryi 2016, pembayaran saya dikreditkan pulak ke hutang degree. Dah lah xboleh skip pembayaran untuk diploma sebab saya dah buat penstrukturan sekali pergi acc lain pulak. Menyirap betul masa nie. Ingatkan nak cool down sikit, rupanya tak. Sebab dikreditkan ke acc degree adalah jumlah hutang degree saya lagi banyak dari jumlah hutang diploma yang terkini dan ada jumlah tertunggak. Tertunggak pun sebab xboleh split acc masa buat pembayaran dulu (means tahun 2015). Dulu, nak bayar 2-2 hutang xboleh sekarang nie menyusahkan orang pulak.
Jadinya, disebabkan tekanan yang menyesakkan, saya buat keputusan nak buat pembayaran penuh untuk hutang diploma. sekurangnya-kurangkan, di masa hadapan segala pembayaran saya akan terus ke acc degree. Xdelah pening kepala lagi kan. Lagi sekali lelap mata guna duit simpanan yang ada buat pembayaran penuh. Dalam nak settle nie pun sakit hati jugak. Dah buat pembayaran penuh, kemain lambat nak dapat surat pelepasan bayaran. Dalam sebulan tunggu email xda jugak, last-last saya pergi serang ke PPN, baru lah dapat. Pegawai tu siap remind saya lagi yang saya masih ada hutang yang perlu dibayar. Jangan risau, saya xlupa kot, memang saya baru bayar RM11 untuk settle down hutang diploma saya. huh
Jadi, tutup buku hutang diploma saya. sekarang nie yang tinggal hutang degree ja. Dalam masa setahun ni, saya menabung keras sempena impian 2017 saya nak settle down hutang degree pulak. Nak rebut diskaun 15% tu sebab masa buat full payment diploma belum ade rebate lagi. kalau dikira dengan tolak dengan KWSP, diskaun 15% dengan bayaran bulan untuk tahun 2017, saya kena kumpul dalam beberapa ribu je lagi. Jadi dalam setahun nie, saya terpaksalah melupakan niat nak travel ke, iphone 7 plus ke demi PTPTN yang tercinta. hahahaha. Doakan saya ya.
Jadi nasihat saya, buat peminjam PTPTN, rajin-rajinlah update baki-baki hutang anda. macam saya, setiap pembayaran saya print baki semasa dengan receipt pembayaran. senang nak tengok di masa hadapan, betul ke tak jumlah baki tu, masuk ke acc mana. Semuanya di hujung jari, kalau tak nak bayar ke kaunter, boleh buat internet banking. Charge 0.53 sen kalau Cimbclicks, hehehe. Yang lagi penting, bayar lah hutang tu. Hiduplah bersederhana, xperlu berkereta mewah, makan kat cafe hipster, travel sana sini tapi hutang xnak bayar. (opss, terlebih sudah). Kalau mampu, ikut jumlah yg sepatutnya kena bayar, kalau tak habis lah buruk record CCRIS semua tu. susah nak buat loan lain nanti. Saya pun masih tak mampu berkereta, pergi kerja pun naik public transport. Nampak tak betapa gigihnya saya. hahaha. Saya pun kerja biasa-biasa sahaja, xdelah gaji beribu-ribu tapi sebab saya xsuka berhutang berlama-lamaan (10 tahun diploma & 10 tahun degree) saya lupakan niat nak berkereta ke, beli rumah ke selagi hutang PTPTN xsettle tahun ni.
Kepada peminjam di luar sana juga, yang berusaha nak settle down hutang & tertekan dengan sistem PTPTN yang entah ape-ape nie, semoga anda istiqamah dan bersabar. Saya doakan usaha anda semua dipermudahkan.
Kepada PTPTN, jangan lah asyik cakap yang peminjam ni liat nak bayar hutang ke apa. Bayar pun macam xluak-luak macam mana? Dengan ekonomi sekarang, kami bayar setakat yang kami mampu sebab bukan graduan semuanya keluar-keluar universiti dapat kerja dan bergaji RM3k sebulan. Perbaikilah sistem anda tu, jangalah aniya kami. Sebab kami nie kalau dari keluarga yang mampu, xkan pinjam dari PTPTN, sebab xmampu lah kami pinjam dari diploma ke degree. Pegawai PPN yang kononnya boleh dihubungi melalui whatsapp, reply lah kalau ada yang bertanya. Buat apa letak no telefon dalam website, tapi bila dihubungi diam seribu bahasa.
Yang paling kesian, jangan bebankan kami dengan hadiah konvokesyen yang tak disangka iaitu jumlah tertunggak beribu-ribu tu. Not fair at all.
Sekian.
– Heon Joon Jae’s Wife
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit