Aku masih ingat, sehari sebelum Ramadhan tahun 2014, aku dan beberapa orang kawan luangkan masa untuk bertemu di satu taman rekreasi di suatu bandar kecil. Kami makan-makan sambil ada sedikit perkongsian(halaqah). Sedang enak mentadabur al-quran di tepian tasik, dikelilingi dedaunan dan rerumputan hijau, kami ditegur oleh seorang makcik berbangsa india, berpayung dan kelihatan tenang. Secara tiba-tiba, beliau mula bercerita, “ Aunty come from……..uncle kena tahan hospital, makcik tak cukup duit nak balik rumah naik bas. Kalau tak, makcik perlu jalan kaki 120km, blablabla…if you guys have some money, boleh ke derma sikit. I know you guys esok sudah mula puasa blablabla…”Kagum juga dengan mix english beliau!
Aku bukanlah seorang yang kedekut. Sudah menjadi rutin aku untuk randomly pergi pekan dan sedeqah makanan atau wang kepada homeless. Tapi entah mengapa kali ini naluri aku kuat mengatakan makcik ni buat cerita je, tapi dalam masa yang sama, aku sangat bermujahadah untuk bersangka baik. Malas nak dengar beliau terus bercerita sesuatu yang semakin membuatkan aku musykil, aku keluarkan sedikit wang dan hulurkan kepada beliau. “Makcik, kami tak ada banyak, ni untuk makcik inshaAllah”. Dalam hati, aku berharap beliau terus beredar supaya hati aku tak terus bersangka yang tak elok pada beliau. Tiba-tiba, kawan-kawan aku yang lain mula mengeluarkan wang masing-masing dan menghulurkan kepada aku. Aku kaget sebab aku agak, banyak jugak duit yang terkumpul. Tapi takan aku nak halang kawan-kawan aku untuk turut membantu. Aku istigfar mengenangkan hati aku yang kotor dan buruk sangka ni. Semasa menghulurkan gumpalan wang tu, aku pandang wajah beliau. Sekali lagi, aku rasa geram sebab beliau cuba control, tapi jelas nyata beliau tersenyum kepuasan!
Aku sangat tak tenang dan bercerita pada ayah meminta pendapat. Ayah aku merupakan antara insan yang paling pemurah yang aku pernah jumpa. Sebagai contoh, ayah ada beli mesin rumput sebab halaman rumah aku luas, ada beberapa pohon mangga, pisang dan sayuran. Tapi aku pelik sebab ayah masih menggunakan khidmat seorang uncle india ni untuk mesin rumput di rumah kami setiap dua minggu. Apabila ditanya, ayah jawab sebab nak tolong lelaki tu, supaya dia dapat wang untuk menampung keluarga dia. Sehingga cuti sem baru-baru ni, aku perasan lelaki india tu tak muncul lagi seperti biasa dan ayah mula mesin rumput sendiri. Ayah cakap lelaki tu sakit. Kali terakhir berhubung, anak dia umur dalam 12 tahun datang di pintu pagar rumah, mintak duit untuk rawatan ayahnya. Dalam keadaan terdesak, lelaki tu tahu, ayah aku pasti tolong. Aku terharu, ayahlah inspirasi aku dalam beramal dan membina akhlak mulia.
Ayah cuma cakap, “Awak kena bijak jugak, memang kita nak tolong dan selebihnya tu urusan dia dengan Allah. Tapi lain kali fikir, tak semua orang kita boleh kesian. Ni pengajaran buat awak dan kawan-kawan.”
Allah SWT maha besar.
Pertengahan Ramadhan 2016, aku sedang tunggu bas bersendirian selepas pulang dari hospital di bandar yang sama. Oh ya, aku pelajar perubatan. Tiba-tiba, muncul seorang makcik india. Selama beberapa hari ni, aku perasan dia ada je di situ, pandang-pandang aku dengan wajah yang agak pelik. Tapi hari ni, dia tegur aku. “You doctor sini ke?..blablabla…saya tunggu itu uncle, dalam panas, sebab tu saya keluar. Duit sudah habis, nanti balik kena jalan kaki 120km. Kesian uncle sakit…blablabla, you ada duit sikit ka nak tolong saya?”. Baru aku teringat, inilah makcik sama yang aku jumpa dua tahun yang lalu, berpayung dan bercerita benda yang hampir sama. Tanpa membuang masa aku hulurkan sedikit wang yang aku ada. “Aunty, saya belajar lagi. Ada ini sahaja, saya memang bawak duit cukup-cukup untuk naik bas(ni aku jujur,aku memang ada 8 ringgit je, tambang bas RM5.40, aku kasi RM2 kat beliau)”. Aku menjauhi beliau dan mematikan perbualan di situ sebab tak mampu lagi menahan buruk sangka aku yang membuak-buak ni.
Siap tanya aku kerja doktor situ ke, mesti dah lama aim aku sebab tahu aku selalu tunggu bas kat situ. Yang peliknya, ada sorang lagi akak yang tunggu bas hari tu, dia tak aim pulak. Sebelum bercerita masalah dia dan suaminya yang sakit, dia siap tanya aku ada ke hubungan dengan akak tu? Aku agak, dia nak pastikan aku yang innocent ni benar-benar bersendirian, senang dia nak menjalankan misi dia. Aku pulak pakai tudung labuh bagai, nampak ‘baik’ kot pada dia. Senang nak pow! Huhu, jahatnya otak aku pikir macam tu.
Kenapa aku tetap hulurkan wang? First, as back up. Sebab sebagai manusia yang lemah, aku tak pernah tahu perkara yang sebenarnya. Mana tahu aunty tu betul-betul susah. Aku bantu selagi mampu, selebihnya aku serah pada Allah. Second, demi keselamatan aku. Aku risau dia ada bawak geng nak merompak ke…haha. Sebab perhentian bas tu sunyi sikit, tak banyak orang atau kenderaan lalu-lalang. Mana tahu kalau aku berdegil tak kasi, diorang mula bertindak kasar? Astagfirullah! Aku berdoa agar Allah ampunkan andai aku tersalah dalam membuat sangkaan. Aku cuma nak berhati-hati kali ni.
Sebenarnya, aku teringat kisah ni sebab terbaca berita kat facebook pasal seorang wanita di Johor yang menipu sebagai OKU untuk memungut derma. Kadang-kadang aku kasihan. Mungkin mereka memang tak mampu nak fikir sumber pendapatan lain yang lebih baik dalam keadaan kegawatan ekonomi ini. Cuma kehadiran golongan seperti ini sedikit sebanyak membuatkan masyarakat keberatan untuk menderma. Takut tersalah hulur wang kepada sindiket perdagangan kanak-kanak ke? So, apa yang kita boleh lakukan sebagai hamba Allah yang marhaen?
1. Anggaplah kewujudan golongan ini ujian kepada kita. Mungkin Allah nak uji keikhlasan kita dalam berkongsi rezeki kurniaannya? Sama-sama kita jadikan bersedaqah sebagai amalan. Usaha perbetulkan niat dan perkemaskan ikhlas. Selebihnya kita serah kepada Allah.
2. Andai terperasan akan kewujudan sindiket atau penipuan, laporkan kepada pihak berkuasa. Sebab kita nak bantu golongan ni daripada terus menipu dan makan hasil duit haram. Kesian dia, kalau kita tak bantu nasihatkan dan betulkan kesalahan dia, kita mungkin juga disoal oleh Allah di akhirat kelak!
3. Jangan jadikan ini sebagai alasan untuk kita berat bersedeqah. Zaman maju ni, banyak sangat agensi-agensi yang boleh dipercayai untukmenguruskan sedeqah. Contoh, pungutan derma untuk mangsa banjir di pantai timur, bantuan untuk Syria dan palestin dan sebagainya. Paling mudah, tabung masjid. Moga Allah kira mujahadah kita hadir berjemaah di masjid, dan ringan hati dan tangan untuk letak sikit dalam tabung masjid. Maybe wang tu digunakan untuk menambah baik infastruktur masjid, or membangun aktiviti keagamaan untuk masyarakat setempat? Inilah saham kita di akhirat nanti insha Allah.
Sekian.
– Hamba Allah yang marhaen
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit