Assalamualaikum semua. Maaf awal-awal aku tak pandai mengarang dan cerita sedikit panjang.. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Tujuan aku luah, aku keseorangan dalam dunia ni, ini tempat sesuai aku rasa setakat ini untuk aku luah. Aku lebih selesa orang yang tak kenal aku, tak tahu aku siapa2 untuk komen pasal hal aku ini.
Lebih kurang 11 tahun yang lepas, abang kandung aku, RR minta bantuan kewangan kat aku, caranya RR minta aku buat personal loan. Siap dah tolong survey kan bank mana semua.
Tindakan RR ni aku percaya lepas dia tengok slip gaji aku bersih..macamana dia boleh dapat slip gaji aku, dia minta kat aku untuk dibuat reference atas permohonan loan kereta Alphard dia. Tapi tak jadi. Masa tu, aku baru kerja 4 tahun kerja.. kerja kerajaan… hmmm.
Masa abang aku RR ni suruh buat loan tu, aku down gila sebenarnya, 1 bulan tak lalu makan, d3pr3ssed (tapi sebenarnya lepas tu baru tau aku pregnant 1-2 bulan tak silap… anak ke2). Masa tu aku dan anak sulung je tinggal bersama, suami aku PJJ (weekend). Mak ayah dah takde, meninggal dah.
Alasan nak duit, RR kata nak lepaskan stok barang niaga dia yang orang dah order. Aku lambat-lambatkan juga la proses loan tu sebab aku masih dalam dilemma.
Tanya suami aku, suami aku pun tak tau nak cakap apa.. memang dia tak setuju. .Aku nak tanya ahli famili aku yang lain, RR cakap jangan bagitau.. dia malu… huhu… dengan aku dia tak malu pulak ye.
Aku ingat lagi, lepas aku tangguh-tangguh proses tu, 1 hari RR call aku kata suruh aku setel cepat, dia perlukan sangat dah.
Aku pun dengan gagahnya pergi la ke bank tu dengan husband aku teman kan, masa tu dia ada balik. Untuk proses docs semua. Siap pandang-pandang muka suami aku, betul ke apa aku buat ni…takut gila.
RR mintak aku buat loan 50K untuk 15 tahun (maximum masa tu).. aku hitung-hitung juga.. banyaknya interest dia.. almost 1x ganda dengan jumlah pinjaman… huwaaaa… takutnya..
Aku deal lagi dengan RR, tak boleh ke pendekkan tahun pinjam.. RR tak nak sebab RR tak nak komitmen tinggi monthly.
Dipendekkan cerita, loan lulus… 50K untuk 15 tahun (interest 5.8%)… dengan berat hati…. 1 bulan tak lalu makan.. siap aku malu dengan pegawai bank yang uruskan loan tu.
Sebelum dapat duit, aku push pegawai bank tu, apasal lambat sebab masa tu kata 24 hours boleh settle, aku siap bebel masa tu, dah la aku susah nak keluar-keluar ke bank, siap minta kawan hantarkan (kereta problem lak masa tu).
Lepas tu, tup tup pegawai tu nampak aku withdraw duit esok harinya kat bank.. tebai muka jangan cakap la.. masa tu RR turun terus nak ambil duit bila tahu duit dah cleRR.. RR turun bersama-sama dengan wife dan anaknya.
Aku ingat lagi kakak ipar aku cakap..kalau tak buat macamni (pinjam-pinjam duit), memang tak merasalah..huhu..aku tak tanya la lebih lanjut apa yang dia tak merasa. Tapi lepas tu kalau aku ingat-ingat lupa, diorg terus pergi bercuti.
So itu baru habis cerita tentang proses loan.
Masa berlalu.. RR membayar monthly secara tunai (online banking/hand cash).. kekadang ada tersangkut juga sikit-sikit..
Sehingga tahun 2016 (pertengahan) sudah tiada bayaran langsung diterima sehingga aku menulis ini (kot la esok-esok aku dapat sedebuk yang tertangguh tu kan… niat aku nak buat umrah dengan 2 kakakku, nak sponsor diaorang… mmmuah).
Tahun 2015 ada tragedi, masa aku menjemput famili datang ke rumah untuk majlis akikah anak aku ke3, RR text aku bagitau dia nak jumpa aku, ada perkara nak dibincangkan. Nak jumpa aku sebelum majlis akikah anak aku, memang peliklah..
Aku dah rasa sesuatu tak kena, tahun 2015 tu monthly payment pun dah tersangkut-sangkut sebenarrnya sampai aku ada lah buat pejam mata burn beberapa bulan dia tak bayar..
Aku ikhlaskan.. aku tick pada jadual bayaran yang aku buat sendiri (sebagai rujukan juga kepada waris-waris aku nanti kalau awal aku selamaaaat).
RR nak jumpa aku, tapi aku bagi alasan aku takde kat rumah tengah kerja luar kawasan. Aku cakap jumpa majlis nanti je la.
Sehinggalah tiba majlis akikah anak aku tu, adik-beradik aku ramai juga yang datang. Aku dah roger awal-awal abang aku lagi sorang (aku sign as TT ye), yang RR nak diskus sesuatu serius (aku yakin tentang duit) dengan aku masa majlis tu.
Lepas majlis tamat, ramai dah balik, TT masih menunggu RR buka mulut, tapi tak nampak langsung gayanya, so TT cakap la dia nak balik dulu, apa-apa nanti roger.
TT ni pada aku seorang anak yang baik sempurna yang Allah hadiahkan kepada ibubapa aku, aku ada 10 adik beradik.. Semoga Allah permudahkan perjalanan hidup abang TT aku ni untuk terus berbakti di dunia fana ini.. huhu.. I luv u TT walaupun ko kerek.
Berbalik ke majlis akikah tadi, tinggal la famili aku (aku, suami n anak-anak), kakak aku (single mom yang datang sendiri dan tidur rumah aku untuk majlis ni) dan RR.
Bila TT balik je, terus RR buka mulut, minta aku re-finance loan 50K tu… what the heck!!!!! Aku cakap…NO! Yang 50K ni pun dah tersangkut-sangkut bayar…
Dan kalau nak full settlement loan 50K (yang baru tahun ke-7), kena bayar tinggi juga dalam 37K (aku dah buat calculation dan tanya bank) Aku sebenarnya dah kira siap2 bila RR kata nak jumpa tu, sebab biasanya mcmtu la keadaannya kan… refinance..
RR tak percaya sebab dia kata dia dah almost 50K bayar (monthly kat aku) sepanjang 6-7 tahun ni kalau di SUM kan.. aku rasa nak luku je kepala dia..
Main loan pandai, tapi bab kira kena bayar tu fail pulak…bab interest tu tak tau pulak kira… dia lupa ke interest dulu tu 5.8% sebab nak sangat 15 tahun… manusia mudah lupa kan.
Sedih gila masa tu… aku memang naik hantu… dengan tengah dukung anak 6 bulan aku.. suami dan anak-anak aku yang lain duduk dalam bilik (diaorang dengar.. huhu.. sedih betol)…
Kakak aku ada sekali dengan aku sekali-sekala bersuara, itu pun di marah oleh RR sebab menyibuk. Aku nangis-nangis.
RR cakap dia tak nak adik-beradik lain tahu pasal semua ni, dia cakap, kalau yang lain tahu, dia ugut aku yang dia akan menghilangkan diri…kurang ajar betul statement macamtu…siap cakap jangan cabar dia..
Masa tu, siap RR bangun nak belasah aku kot, mungkin aku cakap apa entah. Aku ada cakap yang kau tahu malu dengan adik-beradik lain, dengan aku kau tak kisah pulak…
Kau nak adik-beradik lain tengok kau hebat, kerja bagus gaji 20K sebulan (dia bagitau aku, pastu 2016 dah berhenti kerja), pakai kereta lepat (ada lah 1 x dibawa naik katanya nak bagi aku merasa, padahal nak suruh aku buat loan seumur hidup).
Sewa rumah pun besar 1K above per month..business hebat, kencang… (tapi almost yang tu aku cakap dalam hati la, tu pun lepas kejadian).. sure RR akan putuskan hubungan dengan aku kalau dia baca perenggan yang ni… pantang diusik life dia… aku kan bukan sape2 pada dia…
Aku ada cakap, ko sebenarnya nak berapa duit… kalau setakat 50K, inshaaAllah adik-beradik boleh thong2 bagi sikit-sikit sorang (demi hubungan adik-beradik la kan, walaupun sebenarnya dah beberapa kali pun pasal isu duit dengan RR ni.
Sampai kakak aku dengan sedihnya menapak ke TH untuk withdraw duit dia untuk cover problem RR…. padahal kakak aku baru beberapa bulan je pencen… pencen awal… sedih gila masa tuuuuuu… tapi RR bayar balik duit kakak aku tu).
RR suruh aku settlekan baki loan 50K tu dan ambil lebih untuk dia guna… aku cakap kegilaan apakah ini.. maksudnya aku kena pinjam 100K pulak lahhhh??? Allahuakbar… dugaan apakah iniiiii…
Itu yang bila aku cakap adik-beradik boleh tolong, m4ti-m4ti RR tak nak sebab takut maruah tercemar.. kesiannya aku sepanjang hidup kena tanggung sama beban RR ni yang dia cipta sendiri.
Aku tak berani nak cerita apa life dia sebenarnya, sebab memang dia rahsiakan gila-gila dengan adik beradik lain.
Huwaaaa… adakah ini pengorbanan seorang adik???? demi menjaga kemaslahatan hubungan kekeluargaan?
Sungguh aku tak sekuat mana… aku selalu down… aku ada hanya ada anak4 je untuk aku teruskan hidup.. kalau aku takde anak4, dah lama aku cabut pergi jauh-jauh dengan suami aku pun aku sanggup tinggalkan… jadi yearly husband pulak… hehe… berangan.. memang aku berangan macamtu.
Seterusnya, fasa adik-beradik aku tahu pasal loan 50K yang aku buatkan untuk RR (hanya abang TT aku je yang tahu selama ni) dan yang terbaru RR nak pinjam duit lagi (tragedi majlis akikah tadi ler).
Ya Allah, dugaan apakah ini…respon adik beradik aku adalah seperti di bawah…
“La…awat yang hang gatai tak bincang pasal bagi loan 50K tu duluuuuu…”
“Hmmmm… nak dalam 50K, sorang berapa ya nak bagiiii???”
“Jaga ayat tu….” “Dah dah tu…” (bila aku marah-marah berceritakan tentang RR pada adik-beradik lain)
“Abang ada suruh RR buat bisnes ni dulu… tak tau la senyap je ha… sabor la ye….”
Lepas tu krik krik je…
Lepas tu, aku slow-slow senyapkan diri, aku leave group WA famili, (abang TT add balik lepas semua krik krik). Masa tu aku ambil keputusan, aku akan keep silent, ia lebih baik sebenarnya untuk ubat diri aku).
Lepas sesi pergaduhan mulut masa majlis akikah tu, memang totally RR tak bayar pun monthly loan 50K tu.. sehingga sekarang 2016-2020… 4 tahun tunggakan… wow.. kalau dapat sedebuk tuuuuu… kayo den.. takdo la aku pakai siper jopun ja poie kojo.. nak gak siper mahal2.. flipper pun jadik.
Setiap kali adik beradik aku tanya yang RR ada bayar tak loan ko tu… aku keep silent.. tak feedback apa-apa… ia menyakitkan aku…
Maaf ya kakak 1, MM, TT dan kakak 2. Jange di tanyo doh kalo tak nok keno sulo… Aku yakin korang kalau baca ni padan dengan muka korang memang korang tahu.
Ni saje aku nak bercerita untuk melawak…. Abang aku lagi sorang (aku ramai abang.. haha.. betul ramai), call aku bila anak dia sedang mohon UPU / lepas dapat result UPU… haha..
Call aku time tu je… untuk minta tolong apa patut untuk permohonan tu, padahal aku jauh gila link dengan bahagian UPU tu.. lepastu siap cakap “nanti aku slowtalk dengan RR suruh dia bayar loan tu”…haha…
2x dah setakat ni ayat macamtu (sebab anak dia yang dah lepas SPM anak 1st and 2nd)… kihkih.. lawak kan.. kesian betul aku ni…. Sure jugak abang aku yang ni menyumpah aku 7 keturunan…
Situasi sekarang ni berjalan macambiasa je.. Elok je dalam group WA famili, siap abang-abang aku selalu je beriadah bersama.. konvoi bagai…
Alhamdulillah. Semoga hubungan korang terjalin baik dunia akhirat… memang korang dari kecik rapat bersama. Teruskan. Aku tak jeles. Betul ikhlas.
Aku dah lama tak jumpa RR, rasa last 2 tahun lepas masa akikah anak ke-4 aku… aku gagahkan diri buat mcmbiasa je.. sampai bila aku senyap je dalam group WA famili, mesti ada mana-mana adik beradik aku PM tanya, “RR tak bayar loan ke??”…haha…
Sejak 2016 dah tak bayar la pakcik, makcik… (dalam hati je la)… aku memang tak respon… its nothing.. jadi lebih sakit nanti… meroyan aku… dah la pantang anak ke4 aku hampir nak meroyan, haha…
Memang sangat menikam jiwa aku ni yang memang kesunyian sejak kecil. Bersyukur sangat Allah kurniakan suami aku, yang baik hati, setia, seorang yang bersederhana dan aku pun terpaksa juga ikut perangai bersederhana dia tu, hihi…
Hal aku dengan abang aku, aku tak nak libatkan langsung dengan suami aku… bukan suami aku bua dek, dia memang marah apa yang jadi… tapi ye la kan, apa dia nak kata, duit aku.. agaknya la…
Suami aku, semuanya atas dasar apa yang perlu sahaja, diri sendiri dan juga anak-anak. Demi masa hadapan. Tapi tu la kan, orang tengok kita ni macam senang ke padahal orang yang meminta pinjam tu lebih mewah cara hidupnya.
Sudah jadi lumrah hidup ke pemiutang sebegini perjalanan hidupnya ya? Aku selalu je berangan nak lari jauh-jauh nak berhijrah tapi kesian pulak suami aku kena tinggal. Tak de lah jauh, aku berangan nak jadi penghuni tetap borneo je.. bukan oversea, tak mampu, haha..
So, apa pendapat semua, apa benda yang boleh buatkan aku terus tenang? Redha? Tak yah ler komen gitu, itu bukan tahap kbat… hehe.. jangan marah deh…
Minta pendapat, nasihat anda semua terutama yang pernah alami situasi macam aku ni. Macamana nak teruskan hidup. Nak hadapi RR… adik beradik aku. Serius aku mental….
Aku tiap2 bulan kalau masa pompuan punya yang datang hangin 1 badan tu, memang aku tak terkawal…semua masalah aku pikir… tengah drive pun aku boleh nangis sorang2
(Aku drive pergi keje 1 hala 60km… memang banyak masa nak jadi gila dalam kete.. kiki.. demi penyatuan sebuah keluarga, haha).
Aku mintak pendapat, nasihat korang sebab korang tak kenal aku… haha… aku mental kalau orang yang kenal beri pendapat dan nasihat…manusia akhir zaman dah tak leh caye… pendapat aku la…
Memang aku dah percaya pada orang… aku nak jadi introvert… tapi nak sentiasa positif, demi anak 4 sebenarnya… walaupun banyak kali terbabas.. kerap sebenarnya.
Nak sedekah je, banyak juga pada aku RM520 per month… 15 tahun… anak aku yang ke 2 berumur 15 tahun baru settle loan tu… kahkah.. kesian anak aku ada signage loan 50K.
Ok la… sebenarnya aku nak tulis lagi baik supaya korang tak menyampah baca.. tapi biar la.. malas dah..
Segala usaha admin untuk siarkan kisah aku ni.. didahului dengan ucapan ribuan terima kasih ya admin… juga usaha kepada pembaca membaca kisah aku yang panjang.. kalau dalam word ni dah 4 pages.. kiki…
Aku doakan Admins dan pembaca sekalian sentiasa di bawah lindungan Allah SWT dan dipermudahkan dalam segala urusan di dunia ini demi menggapai kegemilangan hidup di dunia dan di akhirat. Aamiiin.
– CELION DION CELUPS (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit