Assalamualaikum dan salam teega nya kau sakiti aku…
Dulu waktu zaman rancangan realiti tv popular di Malaysia. Aku selalu curious dengan peserta-peserta rancangan tu yang sudah berkahwin sebelum populariti mereka meletus.
Apakah mereka nantinya tidak akan menyesal sebab kahwin terlalu awal.
Sedangkan selepas realiti tv tu selesai nanti mereka tiba-tiba akan bertemu dengan lebih banyak pilihan dari kalangan selebriti, orang kenamaan, dan dah tentu ramai peminat-peminat yang cuma tunggu mereka cakap suka ja, terus peminat tu terima lamaran tanpa fikir panjang.
Akhirnya curiosity aku terjawab. Ada ramai yang tidak mampu mengawal gelora jiwa apabila sudah berhadapan dengan banyak pilihan depan mata.
Cinta pertama yang bersusah senang memberi sokongan dari kosong itu tiba-tiba menjadi wanita untuk dihargai sahaja. Tidak lagi menjadi wanita untuk dicintai.
Sedih.. aku melihat isteri-isteri setia ini. Mereka wanita tangguh yang sentiasa berada disisi dan sentiasa mendoakan kejayaan suami mereka.
Sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit demi kejayaan suami. Tapi di saat suami mereka sudah berjaya, mereka diduakan.
Belum sempat mereka merasai nikmat dari kejayaan sang suami, tiba-tiba mereka harus makan hati melihat suami tiba-tiba memilih wanita lain untuk turut sama merasai nikmat itu.
Paling aku terkesan apabila orang yang aku kagumi dari satu program realiti tv, masih muda waktu beliau sertai program tersebut (aku namakan dia A).
Ada dalam 1 episode rancangan realiti tv tu, pihak penganjur tunjukkan video anak dan isteri A menunjukkan betapa mereka merindui si A yang sedang berjuang dalam realiti tv tu dan sudah beberapa bulan tidak dapat bertemu. Mereka mendoakan kejayaan A.
Waktu aku tengok video tu, aku terkejut sebab aku ingatkan A tu masih bujang sebab dia muda lagi.
Lepas tu terus aku terdekit dalam hati aku, apakah mampu si A ni untuk setia dengan isteri dia selepas dia menjadi popular nanti. Tidakkah dia merasa rugi nantinya, sebab dia akan bertemu lebih ramai orang dan banyak pilihan yang lebih baik.
Bulan lepas, aku buka tiktok dan aku terkejut sebab tiba-tiba naik di fyp aku gambar si A dengan wanita lebih muda.
Seingat aku waktu aku tengok A di realiti tv dulu dulu, dia dan isterinya sebaya. Tapi kenapa gambar perempuan dengan dia ni nampak macam awal 20an.
Aku pun melaksanakan penyiasatan dan akhirnya aku mendapat jawapan bahawa dia sudah berkahwin baru.
Hampa aku sekejap sebab dibalik kejadian suami-suami kawin muda yang memadukan isteri ni, aku selalu mendoakan supaya A tidak akan menduakan isterinya yang pertama.
Aku selalu berharap dia kekal menjadi ikon kawin muda yang aku kagumi. Tapi aku betul-betul terkejut.
Aku pergi stalk media sosial isteri pertama A, sedih aku baca posting-posting dia.
Dia tidak menceritakan kisah atau aib suaminya di media sosial dia. Tapi dia cuma buat posting yang meminta diri dia untuk kuat, untuk tetap tersenyum walau diuji, untuk belajar bersyukur, untuk redha.
Tapi ada juga hari nampak kesedihan dia ,tapi dia kuatkan dengan keberadaan anak-anak disisi.
Hebat.. dia betul-betul perempuan tangguh. Betul-betul perempuan baik-baik. Jika perempuan lain mungkin dah meroyan dan menyebarkan aib-aib sang suami. Tapi tidak bagi dia.
Jadi apakah kawin muda ini sebenarnya baik? Apakah betul tindakan, apabila bertemu cinta pertama ja terus ajak kawin? Apakah sepatutnya tunggu betul-betul nak settle down baru patut buat pilihan dengan siapa kita nak settle down?
Kalau sang suami mereka boleh tambah isteri jika mereka tiba-tiba jumpa perempuan yang lebih baik, lebih cantik. Tapi kalau sang isteri, apa pilihan yang mereka ada?? Bertahan atau bercerai? Kasihannn..
Jadi aku tiba-tiba bersyukur sebab aku tidak ditakdirkan kawin awal. Jadi aku masih boleh bertemu dengan ramai orang dan masih boleh memilih-milih pasangan yang aku nak. Sedangkan mereka yang sudah berkahwin awal tapi disiakan itu.. Hurm.
– Bawang merah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit