Assalamualaikum. Aku Man umur 38 tahun. Bekerja di sebuah syarikat di KL dan masih bujang.
Hidup aku boleh dikatakan agak sempurna. Alhamdulillah, aku dah ada rumah, kereta dan keluarga yang sangat supportive.
Tapi bila sampai usia akhir 30an ni ramai yang asyik tanya bila nak kahwin. Dan masalah utama aku ialah aku memang tak tertarik dengan perempuan.
Aku sedar benda ni masa aku sekolah menengah, aku tak rasa apa2 pun bila tengok perempuan cantik atau seksi,
Dan untuk pengetahuan semua aku tak pernah kena liwat ka atau buat perkara2 yang tak senonoh yang boleh sebabkan naluri tu terjadi.
Aku juga dibesarkan dalam keluarga yang kuat pegangan agama dan mungkin ini ujian untuk diri aku.
Orang nampak aku ni macam lelaki normal biasa dan boleh dikatakan ada rupa juga sebab masa zaman belajar dulu ramai juga perempuan yang nak berkenalan tapi aku tolak dengan baik atas alasan nak fokus belajar.
Jadi bila dah kerja ni sememangnya soalan bila nak kahwin tu selalu ditanya.
Aku dah malas nak jawab dan kekadang untuk menjaga hati diorang aku cuba la kenal dengan beberapa perempuan yang kawan2 dan akak-akak tempat kerja aku kenalkan,
Tapi selalunya mesej seminggu dua macam tu ja la sebab aku ni pun jenis tak pandai nak menyembang.
Jadi tahun lepas ada sorang perempuan bujang ni baru masuk kat tempat kerja aku. Macam biasa akak2 kat tempat kerja aku selalu kenen-kenenkan dia dengan aku. Aku biarkan ja.
Tapi start tahun ni perempuan tu dah mula wassap aku, aku layan macam biasa ja sebab kebanyakan topik yang kami sembang pasal kerja.
Dan beberapa bulan lepas, perempuan tu selalu letak makanan kat atas meja aku. Tak tahulah dia sendiri yang nak letak atau idea akak2 tu.
Dia memang perempuan yang baik. Aku suka sembang dengan dia, solat pun aku tengok dia tak tinggal. Bagi aku kalau nak dijadikan isteri tu memang sesuai la.
Dalam umur macam ni mmg aku rasa nak ada pasangan hidup dan anak2 yang boleh hiburkan hati aku. Tapi tu la, aku takut aku tak boleh bahagiakan dia.
Kalau aku nak bagitahu perkara sebenar aku risau sebab yang tu aib aku. Takda siapa pun tahu pasal tu dan takut dia cerita dekat orang lain.
Jadi tujuan aku tulis ni aku nak minta pendapat. Sebagai seorang perempuan adakah korang boleh terima perkara macam ni?
Apa tindakan yang terbaik sepatutnya aku buat?
Dan tolong doakan aku jadi seperti lelaki normal yang lain.
Tiap2 hari aku berdoa, mana tahu salah satu doa korang yang termakbul.
– Man (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit