Terima kasih admin kerana sudi siarkan coretan saya ini, Dengar tajuk ini macam kasar kaaan? Tapi inilah reality zaman ini. Perkahwinan adalah suatu Ibadah yng dituntut dalam Islam. Malah Rasullullah menggalakkan umatnya bernikah sekiranya mampu. Lelaki dan wanita yang berkemampuan, maka bernikahlah. Tapi telah dicemari sehingga hilang Keberkatannya.
Yang wajib didahulukan, manakala yang sunnah datang selepas itu, dan yang harus itu perlu dilihat dari pelbagai aspek, jika perlu dilakukan (maka buatlah mengikut syariat Islam), jika tidak perlu tak usah la dilakukan. Simple kaan?
Malangnya Ibadah (merisik, Pernikahan, dan perkahwinan) yang suci dan Murni ini TELAH dikotori dengan budaya, adat dan sesuatu yang tidak tahu la jika dilihat oleh Allah sebagai suatu perkara yg dibenci olehNya atau sebaliknya.
Diringkaskan cerita, saya mempunyai seorang saudara lelaki, taraf kehidupan keluarganya sederhana sahaja, Alhamdulillah. Bukan tinggal di Kuala Lumpur pun. Beliau seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan peramah. Beliau sudah bekerja beberapa bulan. Beliau hendak berkahwin dengan rakan Universitinya dahulu. Katanya mereka sudah lama berkenalan baik ketika di Universiti dan memang merancang untuk berkahwin (niat yang sangat murni).
Suatu hari beliau dan keluarganya pergi merisik wanita yang ingin dikahwininya.
Usai merisik, saya bertanyakan kepada beliau apa yang dibincangkan ketika merisik?
Beliau menjawab, perbincangan berjalan lancar mengenai tarikh pertunangan, perkahwinan, hantaran dan lain-lain. Bersetuju untuk melansungkan perkahwinan akhir tahun ini. Saya lega, yelakan sebab saudara rapat nak bernikah kaan, siapa yang tak eksited.
Saya terdetik untuk bertanya apa yang pihak wanita minta?
Beliau memberitahu saya,
1. 10K hantaran
2. 2 bentuk cincin (cincin merisik & bertunang)
3. Sepersalinan untuk pengantin perempuan + gelang/rantai
4. Sepersalinan untuk kakaknya (kerana bakal pengantin perempuan tu melangkau kakaknya seorg)
5. Dan ada lagi saya terlupa..
Terlihat di riak wajahnya seperti runsing memikirkan cara memenuhi permintaan pihak wanita itu.
Mendengarkan sahaja apa yang diminta oleh pihak keluarga wanita itu, sya terus tergamam dan terkejut. Ya Allah, kenapa sampai macam tu sekali?
Kata beliau, sewaktu perbincangan ketika merisik terdapat saudara mara pihak wanita tu sekali sama2 membincangkan urusan perkahwinan, pertunangan dan hantaran apa semua tu.
Terus terlintas difikiran saya,
1. saudara saya itu baru sahaja grad dari Universiti
2. kerja pun baru beberapa bulan
3. Simpanan pun belum tentu dapat kumpul sebanyak itu dlm masa yang singkat
-Bagaimana dia nak kumpul banyak macam ni dalam masa yang singkat? I bet not even single women can get 10K kalau baru kerja beberapa bulan? (Perempuan pun Mustahil nak simpan banyak macam tu dalam masa yang singkat, nak lagi yang suka bershopping)
-Adakah ibubapa perempuan tersebut tak ambil tahu (consideration) bahawa saudara saya ini baru sahaja bekerja?
-Adakah sangat mulia disisi Allah jika ibubapa mempermudahkan urusan kahwin anak-anak untuk elak maksiat berlaku?
-Bukankah, hantaran itu hanya HADIAH dalam Islam?
-Mengapa ikut adat itu dan ini sedangkan tidak ambil kira kedudukan kewangan bakal menantunya?
-Nak jual anak ke nak Hindarkan anak dari melakukan dosa?
Terpulang pada pembaca nak menilai macam mana. Bagi saya, menyegerakan & mempermudahkan sesebuah pernikahan itu sangat mulia kerana menjauhkan kita dari perbuatan maksiat. Tak usah la nak bercouple lama-lama.
So, what do you expect from bakal suamimu supaya berusaha sorang2 untuk menghalalkanmu? Sedangkan kamu tidak berusaha apa-apa untuk MERAIKAN usaha bakal suamimu untuk menghalalkanmu. Tak makan dan tak minum mengumpul duit untuk berkahwin.
Sedangkan kewajipan mak ayah menguruskan majlis kahwin anak perempuannya.
What do you expect your life with your future husband when at initial phase of your marriage you dah take advantage over bakal suamimu dengan membiarkan dia seorang yang berusaha?
Maaf, Saya rasa geram, sedih dan brcampur baur rasa hati saya ini, adakah perempuan itu tidak memberitahu ibuayahnya bagaimana kedudukan kewangan dan keluarga saudara saya ni?
Adakah hanya membiarkan ibuayahnya membuat 100% keputusan.
Wahai Ibubapa yg mempunyai anak perempuan, jika anak perempuanmu dibesarkan dengan penat lelahmu, kamu juga wajib mengerti bahawa lelaki juga dibesarkan dengan penat dan lelah ibuayahnya.
Jadi Nilai Hantaran bukanlah diukur dari Penat lelahmu membesarkan anak perempuanmu, ia perlu dinilai dari aspek;
1. Agamanya
2. Adabnya/akhalaknya pada ibubapa
3. Ilmunya
4. kemahirannya dalam urusan kerja rumah i.e menjahit, memasak, mengemas rumah (tidak bercanggah dalam Islam dan Adat kerana perkara ini memang sudah azali di tanya oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan sewaktu merisik)
Aspek2 tersebut boleh di permudahkan sekiranya kedua2 belah pihak saling mempermudahkan & memahami antara satu sama lain.
Kemudian melihat dari sudut kewangan dan kemampuan lelaki yang ingin mengahwini anakmu, bukan hanya main letak je hantaran sesuka hati. Katanya hantaran untuk buat majlis kahwin pihak perempuan, Habistu pengantin lelaki kahwin guna air liur ke?
Itu belum masuk lagi adat2 lain dalam perkahwinan yang melampaui batas Syarak, yang akhirnya membuatkan PERMULAAN sesebuah perkahwinan itu TIDAK BERKAT.
Apatah lagi mengundang perasaan tidak puas hati dari keluarga pihak lelaki terutamanya (itu yang ada lepas kawen suami x balik kampung pihak perempuan bertahun2, jangan hanya salahkan suami tersebut, kerana kamu sendiri pada awalnya telah melakukan sesuatu yang tidak disenanginya malah tidak disenangi keluarganya).
Maka Ibuabapa belah perempuan dan perempuan itu sendiri perlu cakna perkara begini. Disinilah pentingnya Agama dalam urusan perkahwinan.
Adab Ketika merisik;
1. Biarlah ibubapa dan adik beradik perempuan sahaja dan pihak tetamu belah lelaki yang berbincang ketika merisik ( kerana kehadiran saudara mara ni kadang2/selalunya merumitkan lagi perbincangan)
2. Wahai bakal pengantin perempuan/bakal isteri….. sebelum bakal suamimu datang kerumahmu untuk merisik, explain la dulu latar belakang lelaki tersebut apa yang perlu, jika lelaki itu datang dari family yang susah, maka bagitahu la siap2 supaya ibuayahmu tahu dan cakna
3. Wahai bakal pengantin perempuan, kamu juga berhak bersuara untuk berbincang ketika merisik supaya kamu tahu apa yang dibincangkan.
4. Wahai bakal pengantin perempuan, jika kamu dan ibuayahmu ingin ‘menguji’ kesungguhan bakal suamimu, Maka dengan meletakkan hantaran yang tinggi itu BUKANLAH caranya.
5. Ujian yang terbaik adalah bertanyakan hal ehwal Agamanya, solatnya, puasanya, dan tanggungjawabnya dengan ibuayahnya.
6. Wahai bakal pengantin perempuan, jika kamu sayangkan bakal suamimu, jika kamu cintakan bakal imammu, maka permudahkanlah urusannya juga. Dari sudut hantaran, pertunangan, perkahwinan dan lain-lain
Saya percaya, akan ada pendapat yang tidak bersetuju dengan saya. tapi percayalah wahai bakal pengantin wanita/ibu-ibu sekalian ‘kamu tidak akan merasai sesuatu kesusahan itu sehingga kamu tidak berada pd keadaan bakal suamimu yang berusaha menghalalkanmu’.
Bukan senang nak MOVE ON baik lelaki atau perempuan, sekiranya mereka membatalkan hasrat mereka untuk berkahwin sekiranya saudara saya tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang diminta. Sebab masing-masing dah sama-sama sayang menyayangi.
Dan saya pasti pihak perempuan pun tak nak hubungan mereka terputus disebabkan wujudnya perkara-perakra yang menyukarkan bakal suaminya.
Keberkatan dalam perkahwinan itu ialah;
1. Pengikut Ajaran Islam (Quran dan Sunnah)
2. Tidak lagha atau melakukan maksiat, berjoget campur lelaki perempuan, nyanyian (yang lagha)
3. Ibadah mendahului adat (yg mana sesuatu adat itu boleh jatuh HARAM jika hingga menyusahkan sesuatu pihak)
4. Saling memahami antara satu sama lain
5. Saling mempermudahkan antara kedua2 belah pihak ( Allah akan permudahkanmu dlm banyak perkara nanti)
Sambung cerita saudara saya tadi, Alhamdulillah akhirnya mereka bersetuju untuk berbincang balik pada tarikh sekian-sekian. Katanya untuk mengambil kira banyak aspek terutama pasal kedudukan kewangan, adat dana lain-lain.
Jadi, Wahai bakal pengantin Perempuan, Peranan kamu amat besar ketika urusan hantaran, pertunangan dan perkahwinan untuk memudahkan bakal suamimu yang sanggup menanggung hidupmu walaupun kamu antara kamu tiada talian kelahiran ‘seperti seorg ibu melahirkan anaknya’.
Sesuatu yang Suci, Berkat dan Mulia itu JANGANLAH dikotori dengan perkara-perkara yang bersifat adat yang menyukarkan hingga mengundang kecelakaan, keburukan,kebencian dan yang paling ditakuti ialah KEMURKAAN dari Allah.
Sampaikan nasihat ini pada pasanganmu & ibuayahmu
Jika kamu permudahkan urusan manusia lain, Allah lagi-lagi akan permudahkan urusanmu kelak.
– Aku milik Allah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit