Nama aku Lia. Umur 39 tahun. Aku nak story kehidupan aku hidup dengan insan yang komuniti gelarkan sampah masyarakat, mere bhai (abang aku).
Abang aku yang sorang ni memang ada masalah ketagihan dadah kronik. Apa yang aku boleh cakap, dadah ni memang berpuaka!!! Dari sekolah menengah dia dah hisap rokok surya. Masa dia darjah satu dia dah tumbuk budak lain. Bebudak biasalah nakalkan? Apa nak heran!
Tapi abang aku ni sampai ke tua nak mampos puaka je perangai dia. Bapak aku keje ulang alik sekolah dia ajelah sebab ada masalah disiplin selain merokok, dia and the geng masuk aspuri skodeng perempuan, usik perempuan menyamar jadi hantu, sangkut bra kat tiang bendera.
Tu memang bakat dia sejak zaman sekolah lagi. So bapak aku memang dah sakit kepala melayan karenah abang aku ni sedari dia kecik lagi.
Kalau ada kes kecurian kat area aku duduk tu memang nama abang aku masuk dalam list sebab dia memang terkenal dengan sifat nakal dia walaupun benda tu dia tak buat pun. Sebab ada alibi. Ni aku tak port sangat sebab aku masa tu sekolah rendah. Pedulik an!!!
Habis sekolah menengah dia tak nak further study ke ITM walaupun dia ada peluang tu walaupun didesak oleh bapak aku untuk ke menara gading. Tapi dia pilih lari daru rumah konon nak berdikari, kononnya. Dia lari rumah gi KL. Jeng..jeng..jeng…!!Sinilah bermulanya.
Budak baru nak up, duduk kl kerja kat bengkel. Aku bukan nak cakap apa, tapi dalam lipatan sejarah hidup aku ni. Kat sini mulanya abang aku jadi ahli kimia. Hahaha. Hisap ganja la. Apa lagi… memang hebat!!
Masa aku umur 19 tahun, cuti sem aku tak dapat tiket bas balik terus ke kampung aku. So aku singgah la kat bengkel abang aku. Somewhere kat Gombak. Bas berhenti kat tol Gombak dia amek aku bawa balik bengkel dia.
Masa ni dia dah berjaya weh, dah ada bengkel sendiri kawan pon ramai. Dia ada 3 biji kete sewa kancil. Masa ni lah aku kenal perkakas chemist abang aku ni bong ganja.
Hahahahahah! Mati-mati aku ingat tu candle stand. Betapa bongoknya aku masa tu. Hahahahaha! Tapi dia jaga aku, siap warning kawan-kawan dia jangan kacau adik aku. Matahari naik je dia hantar aku balik kampung.
Apa yang aku perhati, orang yang hisap ganja ni dia punya perangai periang tu lain maciem! Happy terlebih. Tetiba jer dia gelak. Kah kah kah! Jalan menonong jer, tak rilek. Mata merah. Dan ada perangai hilang ingatan, bajet hot pon ada.
Dia nampak seorang yang periang, tapi suka marah-marah. Dalam kamus hidup dia tu dah padam istilah sabar. Tak Boleh salah sikit memang bertumbuk je la jalan penyelesaian selain mulut yang suka mencaci, maki hamun ni. Aku cerita berdasarkan subjek iaitu abang aku.
Aku tak cerita pasal abang orang lain.
Penah ada sekali tu, dia balik kampung pinjam kete bapak aku. Then masa dia tengah high dengan ahli persatuan kebanggaan dia tu, kena raid. Abih keta bapak aku kena sita. Tapi dia tetap cool dan slumber wawa. Semua ada. Dia bebas dengan jamin polis.
Balik tu dia bersilat dengan bapak aku. Masa ni aku jadi penonton teruja weh, pertama kali tengok bapak ngan aku bula langkah.
Perggghhh!! Masa tu aku dapat rasa kalau diteruskan juga memang kalah bapak aku. Abang aku mengalah.
Satu kelebihan abang aku ni dia ada sikap terpuji dan nilai murni yang tinggi iaitu sikap pemurah. Dia memang suka bersedekah dengan kata lain tak sayang reta, kadang bukan barang dia pun dia main sedekah je kat kawan-kawan dia.
Kalau dia high tu sebabkan antara kawan-kawan dia dia yang terpaling kaya, dia lanje lek lek jer member-member dia tu. Korang bayangkan laaa.. untung wooo siapa jadi kawan dia. Orang repair kete kete kat bengkel dia pun kadang kalau dia kesian dia tak cas pun.
Itu kelebihan dia dan ada orang yang ambil kesempatan. Biasalah setan kan? Memang suka amek kesempatan kat kebaikan orang lain.
Dengan aku pun dia tak kedekut, bagi duit belanja RM300 -RM500 masa aku study dulu. Tapi tu laa mulut dia kuat memaki, tahan je la.
Aku dapat duit aku pergi holiday ngan kengkawan ke Langkawi. Apa ade hal?
Nakal-nakal abang aku, dia tak suka pasang ramai pompuan. Sorang tu je la pojaan hati dia. Memang macam queen dia jaga weh. Family budak tu pun mewah dia bela. Aku tak kisah. Tu duit dia. Sebulan ada lah dia spend RM3000 kat makwe dia. Ni makwe dia yang gebang kat aku ea.
Ni aku tak tipu. Sebab dia tanggung belanja family dak pompuan tu gak. Budak ni sambung belajar pun abang aku tanggung sebab dia dah tak de bapak lagi. Pergi balik class dia amek. Budak tu abis belajar, pergi balik keje dia gak jadi supir. Aku tak kisah.
Yang aku kisah kadang aku kene carut-carutan sebab lambat amek makwe dia balik keje. Sebabkan aku keje dekat area makwe dia tu tapi rumah aku dok jauh kot. Dah aku jadi supir kalau abang aku busy dengan keje dia kat bengkel.
Dan aku akan dihujani dengan maki-makian. Aku ni bangsa melawan gak, dah kene maki free takkan nak diam. Aku cakap dah la amek free jer tak de kasi duit ada maki orang lagi. Nak cepat sangat ameklah sendiri.
Takkan makwe ko tak leh tunggu sekejap. Ingat jalan kl tak jem ke? Bila dia jumpa aku, dia campak duit kat muka aku. Sebabkan aku ni mata duitan, aku amek je duit tu. Banyak kot. Hahahhaha!
Tetiba satu hari tu, abang aku nangis-nangis jumpa aku. Macam orang tak betul. Dalam hati aku, ni bukan penangan barang dia ni. Makan ape lak mamat ni? Rupanya makwe yang dia poja ada scandal tempat kerja.
Iyalaa abang aku ni keje bengkel jer comot bermandikan minyak enjin kalau nak bandingkan scandal tempat kerja dia tu. Sebenarnya aku malas nak cakap kat abang aku, malas nak amek port. Kan aku selalu amek awek dia kat ofis dia?
Kadang aku sampai, makwe dia dah takde. Lama gak aku kene sidai, rupanya ada ‘kawan’ hantar balik. Tapi tak balik pun rumah sebab pas tu kantoi ngan aku dia gi tengok wayang sesama. Ahhahahaha.. Donia ni kecik je aku cakap.
Tapi tu la tak de lak aku repot kat abang aku sebab malas nak kene maki walaupun bukan salah aku. Dah boleh baca dah ragam dia. So depa clash!!
Start dari insiden tu aku dapat kesan, abang aku dah start sedut heroin. Serbuk bungkus kecik jer weh. Sebab penah aku kemas rumah jumpa natang tu. Dan aku penah kena paksa beli barang dia. Masa tu harga RM30. Ces!!!
One day, polis raid rumah family aku. Sebab lepas putus chenta tu abang aku balik kampung. Bisnes kat Gombak dia sedekah je kat kawan dia. Hebat ek? Dia buka bengkel kat kampung.
Masa ni dia dah lebih kepada arah sewel dan gila bayang. Abih rumah aku kena kitai dengan polis. Masa kejadian lak mak bapak aku takde, gi tunaikan rukun islam yang ke-5 menunaikan haji. Nangis-nangis adik aku call masa tu aku tengah sibuk keje.
Semak!!!! Aku memang bengang giler. Masa aku visit dia kat lokap polis. IO tu siap panggil aku, akak. Ni nama gelaran aku kat rumah.
Maknanya sesiapa yang ada relation ngan abang aku ni memang SB dah follow sebab dia tau lak aktiviti aku. Siot ek! Siap ngurat ajak aku gi karaoke. Poodaahhh! Aku tau tanggungjawab polis menjaga keamanan, tapi aku tengah tak aman ni ko nak amek kesempatan.
Start first raid, ada second raid, third raid. Aku maleh nak cita. Dan bermulalah proses turun naik mahkamah. Tiap kali charge memang Seksyen 12 (2) dan 15 (1) Akta Dadah Berbahaya.
Silapnya ayah aku mesti jamin anak dia, iyalaa paham dah nama anak kan??? Sebab mak aku suruh jamin. Aku cakap, buat apa nak jamin.
Banyak kali dah kot. Bukan sikit-sikit kalau nak jamin kalau dah ada dua cas.
Ni nasihat aku ea, korang kalau ada family members yang sangkut kes dadah, tak yah la mengada nak jamin-jamin ni. Biar je dia dok dalam tu.
Kalau nak jimat masa mahkamah suruh je dia ngaku salah, so hukuman kalau 6 tahun biasa majistret bagi half kalau dia plead guilty
(Sampai aku terer istilah orang mahkamah guna, korang bayangkan laa).
Dah la menyusahkan mak bapak, menyusahkan aku nak kulu kilir layan dia, tak layan kang mak aku cakap aku tanggang. Menyusahkan majistret, banyak lagi kot kes lain dia nak layan yang lebih penting. Ingat nak jamin tu kes settle ke?
Takde maknanya, proses jamin tu pun boleh buat aku rasa nak gigit-gigit kertas ni. Muka aku ni sampai dah tebal. Ko kene hadap polis, staf mahkamah, staf bank lagi.
Ko rasa kejung tak muka aku. Kang aku tak layan permintaan mak aku, mak aku keje nangis je. Kadang aku gaduh, derhaka gak ngan mak aku. Tapi nak buat macam mana, akulah harapan.
Proses jamin- itu jam takde maknanya dah majistret bagitau kat open court boleh jamin amount bla bla…. itu jam juga ko lepas. Tak!!! Aku ni kene tunggu perintah daripada mahkamah. Kena isi borang. Aku kena teman mak aku.
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan good citizen aku layankan ker. Parking kete jauh tau tak. Dah isi borang, ko kena gi bank terpilih ea. Bukan semua bank kat malaysia ni bank bapak aku punya.
Dah gi bank, dah proses bon jamin tu. Ko kene patah balik gi mahkamah. Dengan panas, dengan hujan, dengan badai yang aku tempuhi.
Letih la nak taip. Dah tak feeling. Ada masa aku sambung. Aku dah tak emo sangat ni, kalau nak wat karangan aku kena emo, baru ilham aku nak bercerita tu ada.
XXX aku adik abang tak XX
– Lia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit