Penakut

Salam aku Luna, alhamdulillah dah 31 tahun. Membesar dalam keluarga yang agak kacau bilau. Perkenalan mak ayah aku sebelum kahwin sangat singkat banding hubungan mak aku dengan ex boyfriendnya, Steven (bukan nama sebenar).

Mak aku sehingga ke harini merasakan ayah aku merupakan ujian paling besar bagi dirinya. Sekian lama aku jadi pendengar luahan hati mak aku. Tapi lebih kerap bila ayah aku ada girlfriend.

Kehidupan awal kanak kanak ayah tak banyak dikongsi melainkan pasal opah (mak ayah aku), beza dengan mak yang suka bercerita tentang kehidupan awal kanak kanak.

Kalau kau jumpa ayah aku sekarang, 3 point utama kau akan nampak adalah keyakinan diri tinggi, lantang, kemahiran tinggi. Tapi hakikatnya ayah aku ni pengecut, tak bertanggungjawab dan boros.

Mak memang soft spoken, tolak ansur, penyabar tapi mak jadi enabler kepada ayah dan agak manipulative. Apa kesalahan ayah, mak yang akan tolong tutup. Kalau mak tak boleh buat, mak akan manipulate aku masuk campur. 

Kehidupan sekolah rendah aku tak banyak yang indah diingati. Aku pemalu, duit makan kena curi pun aku buat tak tau ja.

Pernah kena tolak dengan senior sampai jatuh dan luka kedua2 lutut, aku mengadu kat cikgu, parents aku mai. Perbincangan 3 sudut, pelajar senior, parent dan cikgu. Minta maaf pun aku tak dapat.

Hasilnya aku dipulau dan dipandang sinis. Aku tak lawan langsung. Terima saja. Common sense sangat kurang. Dalam pahit itu ada seorang cikgu lelaki yang sangat baik, setiap hari dia akan tanya Luna dah makan?

Kalau dia tahu aku tak ada duit. Dia mesti belanja makan tanpa harapkan apa apa balasan. Tapi dia pindah sekolah semasa aku masih darjah 1.

Situasi rumah aku sama saja. Membesar dengan tiga beradik laki yang lasak. Aku kerap dibuli dengan abang. Ayah aku apa kurangnya, mulutnya sedia sedia cakap aku ni slow.

Masih segar lagi ingatan pertama kali aku main game tetris, umur lingkungan 8-10 tahun kena maki dengan ayah sendiri sebab tak pandai main tetris. Aku main jugak sekejap sambil menangis merayu jangan marahkan aku.

Mak aku sekadar sedapkan hati, pujuk ayah aku biarlah kat dia, diakan slow. SLOW jadi identiti aku sepanjang hidup. Mak dan ayah saudara pun tahu title SLOW ni.

Kebanyakkan mereka hanya tersenyum sinis setiap kali mak aku perkenalkan aku pada mereka. Title SLOW mesti disebut. Disebut begitu kerap sehinggakan aku tak berani berhadapan orang ramai. 

Bagai ditabur garam atas luka, period pertama aku ketika waktu sekolah didepan rakan sekelas. Panik tu Nauzubillahminzalik, aku terpinga pinga dibawa lari ke tandas oleh rakan sekelas.

Salah seorang mereka hulurkan pad pada aku. Masih keliru sebab mak aku tak pernah cerita pasal perubahan badan perempuan. Aku asyik menunduk kepala sejak keluar dari pintu tandas itu sehingga balik. Kesan darah tu aku sental habis habisan tapi masih kelihatan.

Keesokkannya aku disambut ratusan senyuman sinis. Berita budak slow memang cepat tersebar. Berbulan jugak la aku terpaksa hadap senyuman nakal dari budak lelaki.

Ketika meningkat sekolah menengah aku mintak sekolah asing dari rakan sekelas. Kalau diberi pilihan lain alhamdulillah tapi kalau tak aku terpaksa hadap muka yang sama.

Dalam pekan kami yang kecil dan reputasi sekolah rendah yang sederhana, pilihan sekolah menengah juga terhad.

Pada ketika ni mak lupa reputasi aku sebagai pelajar, aku tak salahkan mak. Kelihatan mak runsing agaknya tengok keadaan aku yang tak mampu move on dari kisah period.

Mak cadangkan aku masuk sekolah menengah perempuan berprestasi tinggi sama sepertinya. Memang tak salah bagi seorang mak ingin anaknya berjaya disekolah berprestasi tinggi tapi patut padanla dengan keputusan aku.

Walaupun aku berada di kelas depan tapi kalau dibanding rakan kelas aku bottom 3. Memang tiada yang menakjubkan pasal aku hatta mak masih menidakkan arahan guru ketika isi borang permohonan sekolah menengah.

Aku dimalukan guru walhal bukan aku yang mengisi borang permohonan. Lantas mak aku pujuk masuk sekolah menengah perempuan jugak tapi bukan berprestasi tinggi. 

Alhamdulillah aku dapat masuk tapi benda yang sama tetap berlaku aku, BULI. Buli psikologi khususnya. Lawan mulut ja kejanya, sampailah aku timbul sikap people pleaser.

Perempuan memang suka buli psikologi, tak jentik aku langsung tapi dari psikologi aku kalah teruk. People pleaser makin obvious bila ada pertandingan ratu cantik antara kelas. Aku punya nak orang suka kat aku, aku tawarkan barang makeup mak cik aku punya.

Ya Allah Ya Tuhanku beribu kali aku menangis agar aku putarkan masa jangan sebut perkara tu lagi. Bodohnya aku. Mak cik aku pun baik sangat berani bagi aku pinjam.

Dari hari ke minggu sampai bulan aku merayu barang makeup dikembalikan. Akhirnya isu ni berlanjut sampai pengetua, perbincangan aku dan parent, dia dan pengetua. Lunyai barang makeup tu, Ya Allah luluhnya hati aku.

Sekali lagi aku lemah tak terdaya melihat rakan sekelas, dipulau lagi. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah kena pulau ja aku ni. Lurus sangat tak fikir ada orang nak buat jahat.

Aku merayu pindah sekolah lagi, asyik2 lari ja. Aku mohon ke sekolah… Insyaallah ada sambunganya..

Luahan panjang lebar ini kerana aku tak ada kawan, aku nak pandangan korang nanti di penghujung cerita. PLEASE. 

– Luna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *