Assalamualaikum semua. Terima kasih, jika luahan ini disiarkan.
Penampilan.
Dari mata turun ke hati.
Dalam umur 50 tahun ini, saya tertekan apabila merenung cermin.
Jika sedang ketawa, terpandang pulak cermin. Mati senyum, hilang ketawa. Ya Allah, nenek kebayan mana kat depan tu? Opps, itu, sayalah.
Bagi orang lain, mungkin hal ini remeh. Dah 50 tahun pun. Takkan nak nampak macam gadis 21, wajah tegang dan mulus.
Tapi, masih saya bandingkan, penampilan wajah saya ini keterlaluan tua melebihi usia.
Ada teman-teman seusia malahan lebih kakak-kakak, nampak mantain. Jangan nak dibandingkan dengan artis, memang bukan bandinganlah.
Baru- baru saya buat passport. Sepatutnya saya gembira. Tapi, seharian mood saya sedih.
Nampak foto wajah seorang wanita yang lingkungan usia 60 tahun. Dengan eyebag, garisan senyum, entahlah.
Tak bersyukur? Ya, faham. Ada yang akan berkata begitu.
Isu remeh. Ya pasti ada yang komen begitu.
Tapi percayalah, saya tak takut tua. Takut pun , tua datang juga, tapi saya harap tidaklah wajah saya sejelek ini.
Saya bekerja. 10 tahun lagi baru pencen. Agak-agaknya apalah persepsi orang ramai yang saya berurusan dengan saya. Nenek- nenek masih bekerja? Hmm.
Ya betul. Pedulikan apa orang kata. Tapi masih saya rasa kecewa dengan penampilan saya.
Mungkin ada yang akan komen, dari muda tak jaga diri, sekarang baru merungut.
Ya. Nasib orang tak sama. Saya dalam golongan, stres bawa ke muka.
Dulu, saya hanyut dibawa masalah. Sekarang, kehidupan semakin baik tetapi kerosakan tak boleh dibaiki.
Kalau kereta, dah kena masuk bengkel, overhauled. Kalau mampu pun, tak berani saya nak cucuk-cucuk muka. Kecantikan bukan bidang saya, nanti entah apa jadinya.
Suami ada tegur tentang wajah saya ni. Saya hanya mampu kata, ini kesan kehidupan dulu yang penuh tekanan.
Suami juga bergurau, saya salman khan versi perempuan. Badan sado. Kalau dulu, paha saya sebesar betis dia. Sekarang, lengan saya lebih padu. Hmmm..
Pernah saya terbaca, biarpun wajah jelek, tapi bila tengok cermin tetap puji-pujilah wajah sendiri. Bersyukur, Allah tambah lagi.
Ya. Saya bersyukur kerana kaki masih kuat bawa melangkah. Tangan masih kuat untuk memegang. Organ masih sihat untuk hidup. Alhamdulillah.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit