Yang biasa kerja kerajaan mesti tahu.. Kalau kita ni kuat melawan bos, cepat ja kita ditransfer ke mana2.
Padahal yang dah lama mintak tukar tak dapat2 pulak. Sebenarnya cepat2 transfer supaya nak elak dari kantoi.
Supaya dapat kekalkan orang yang boleh ikut sistem korap korang supaya masing2 boleh cover antara satu sama lain.
Tapi aku tak heran la.. Walaupun bos cabar, kalau aku keluar dari sini, aku akan susah banyak. Siap suruh pertimbangkan balik.
Bila kerja bahagian f******* ni, bos bukan sentiasa betul. Amanah, halal haram sentiasa jadi pegangan aku.
Tak kisah kau siapa, benda tu kalau salah tetap salah. Sebelum masuk government, aku kerja dengan private company yang besar ye.
So budaya kerajaan memang beza ketara dengan swasta.. Aku tetap maintain professional aku selaku akauntan walau kemana pun aku berpijak. Aku jenis don’t care about anything kalau melibatkan finances.
Dan aku sentiasa stand by apa jua kemungkinan yang akan berlaku pada career aku sekarang ni akibat kejujuran yang aku kekalkan.
Eh sorry teremosi bab kerja pulak…
Dipendekkan cerita aku kena transfer ke Penang..
Aku fikir akan di hantar ke pedalaman pelosok hulu mana. Senang cakap Sabah Sarawak ke.. Rupanya memang kaw2 bos aku nak aku susah.
Orang luar rupanya sentiasa tolak untuk ke Penang. Dulu aku rasa Penang ok apa. Sekarang aku tahu kenapa orang tak nak.
Dan aku akui Penang bukan seperti yang aku gambarkan. Dulu pernah ja pergi Penang.
Tapi beza pergi bercuti dan pergi bekerja. Tambahan dulu dengan kawan2 lain rasanya.
Sebelum ni aku kerja kat KL.. Aku orang Pahang. Penang Pahang kira jauh jugak.
Tapi yang penting, Penang sangat stresskan aku.. Bos aku memang dah plan semuanya kot. Tahu aku akan susah banyak.
Tapi dalam kesusahan pun, ada kenikmatan yang Allah simpan untuk aku.
Last minute kena transfer, nak cari rumah satu hal… Harga rumah sewa Penang sangat mahal.
Kalau pilih area yang town2 tu 9 ratus ke 1000. Kalau flat kos rendah mau 700 paling murah 500 ada. Tapi aku tak selesa.
Keadaan kotor, cop parking. Lift selalu buat hal. Tu belum lagi orang campak sampah dari atas. Maintenance kat situ macam tak di jaga.
Aku tak boleh hidup dalam keadaan macam tu. Walaupun mungkin jarak ke office dan kos minyak tol boleh jimat. Tapi aku prefer rumah yang selesa.
Aku ada banyak tanggungan sebenarnya. Elaun pun dah tak sama KL walaupun living cost Penang mahal jugak.
Tempat baru pulak, memang susah aku nak sesuaikan diri awal2 tu. Terpaksa aku tambah cuti untuk settle rumah. Lepas tu stay hotel bajet kat seberang sementara proses lapor diri tu.
Driving dekat Penang.. MasyAllah, hampir2 aku hysteria. Jem ya amat2 dari highway seberang jaya tu hingga ke jambatan.
Keluar la berapa pagi pun. Kalau time hujan lagi la. Masuk pulau pun jem jugak. Jalan sana sempit2 dan banyak lane.
Rakyatnya kurang sabar. Aku kan masih belum mahir jalan sana.. So terpaksa harapkan waze. Mana nak tengok waze lagi, jalan lagi..
Aku sentiasa kena maki dan di hon.. Sampai mengigil tangan nak pegang stereng. Ada beza drive kat seberang dan kat pulau. Seberang ok lagi.
Dah la tu, kalau tersilap jalan, dah tiba2 masuk jalan lain dah.. Make sure duduk di lane yang betul ye.
Setiap lorong laluan dia ke lain2 tempat. Kalau tersilap lane, dalam mimpi pun jangan harap dapat masuk ke lorong betul. Orang kat sana sangat pelik kalau memandu. Jangan pandu slow.
Allahurabbi.. Ujian kerana jujur bukan mudah ye.. Tak pe, Allah sayang aku.
Oh sambung sikit, penungang motor kat sana ibarat tak sayang nyawa. Lagi laju dari superman. Cilok sana sini..
Dah macam magic man pun ada. Sebab masa tengok cermin tak de motor, tiba2 tak tahu dari mana datang…
Nak keluar simpang paling seksa. Asyik kena hon kena maki. Banyak kali aku hampir accident, hampir nak langgar orang. Mujur Allah masih selamatkan aku dari musibah.
Aku rasa give up nak memandu dah.. Honestly memang aku sangat stress. Sampai menangis2 tiap malam. Aku rasa kenapa la aku kena transfer kat sini..
Dah la orang2 kat sini nada bercakap agak kasar. Walaupun cakap santai, aku kedengaran macam nak gaduh.
Makan kat kedai pun sama.. Dia tanya nak minum apa dengan gaya samseng.. Ya Allah, tak boleh lembut2 sikit ke hangpa nih.
Awal2 dulu memang takut gila dengan Penang. Baik dengan jalan mahupun penduduknya. Sekarang alhamdulillah, dah boleh sesuaikan diri.
Mujur la kerja kat pejabat kurang stress. Kat sini diorang ikut sistem yang betul.
Sini ada Chinese Indian bercampur.. So budaya beza sikit dari KL di mana all malay.. Politik yang berbeza, but they all nice people. Mujur tempat kerja ok..
Eh tercerita pasal keadaan kat Penang pulak. Sorry la guy.
Dipendekkan cerita, orang office recommend satu rumah kampung ni.
Katanya dia kenal owner rumah tu. Tapi owner rumah dok Australia. Dia nak ada orang boleh jaga rumah.
Cumanya rumah tu rumah kampung. Di area bukit mertajam tapi agak ke dalam sikit. Aku tak nak mention nama kampung tu.
Once pergi tengok, aku berkenan terus. Ingatkan rumah papan. Rupanya rumah batu setingkat ada 3 bilik.. Besar jugak rumahnya. Ada tanah luas.
Sewa 300 ja. Tak payah deposit apa. Suasana kampung. Jauh dari hiruk piruk town Penang buatkan aku rasa nyaman kat situ. Boleh tengok pemandangan sawah padi sekali kerbau.
Tambahan aku kan orang Pahang, so macam kampung aku sikit2. Tak sangka Penang ada kampung2 rupanya. Ingatkan bandar semua tempat.
Dan orang2 kampung situ sangat baik la.. Aku rasa bestnya duduk situ. Diaorang sangat welcoming aku.
Budaya hantar2 kuih petang2 masih wujud ye dekat kampung tu. Tapi mostly diaorang hantar buah.. Sebab ada banyak kebun. Selalu la dapat pisang la nangka la. Time musim durian, memang pesta la.
Family aku pun suka rumah tu. Selalu la mak abah datang sana. Dah rapat dengan orang2 kampung sana.
Walaupun jauh sikit untuk ke tempat kerja, tapi aku berkenan situ. Sebab budaya dan sikap orang situ buat aku rasa seronok.
One day tu kereta aku tak boleh start. Satu kampung datang tolong.. Panggil abang mekanik. Rupanya battery kong.
Tapi terharu la, sikap nak bantu dan care tu masih menebal dalam hati diaorang.
Siap ada orang offer kereta dia untuk aku pakai pergi kerja. Aku rasa selamat duduk kampung ni. Macam duduk dengan family pulak.
So dekat kampung ni la aku jatuh cinta dengan seorang lelaki nama Badrul (bukan nama sebenar).
Aku sebenarnya suka masak.. So aku suka beli barang dekat kedai runcit kampung ni.. Badrul kerja kat situ.
Kadang2 hantar gas kat rumah aku.
Badrul jenis naif dan pemalu and very nice guy. Dia sangat sopan.
Satu hari aku pergi pasar malam. Aku tengok Badrul meniaga sayur. Terus aku tegur, eh kerja sini jugak ke.. Dia dengan malu2nya, kadang2 ja. Mai tolong kawan.
Sebelum ni aku tak pernah sembang dengan Badrul. Kalau beli barang pun, just berapa, terima kasih. Tu ja yang aku cakap.. Nama dia pun aku tak tahu.
Mula la peniaga2 ikan kat situ tiba2 dok jerit2. Dok boo la, pewit la, bila aku tegur Badrul.
Aku macam, eh dah kenapa. Badrul nampak macam malu2 sengeh2. Ye la, dia orang kata bau nasi minyak dah.. Nak naik pelamin dah.. Lepas tu ada yang menyanyi2. Macam mengajing aku ja aku rasa.
Aku tak faham budaya pasar malam sini.. Satu orang jerit, yang lain2 pakat menyambung jeritan tu. Dah macam satu story pulak.
Nak jual ikan terjerit2.. Aku asyik terperanjat ja. Aku ni tak boleh benda terkejut2 tertinggi2 suara ni. Lagi satu orang jual buah.. Pun sama terjerit2. Ya Allah.
Kebetulan aku pergi dengan akak jiran ni. Dia kata sini memang macam tu. Tak sama macam Kl..
Dalam borak2 tu, tercakap pasal Badrul. Badrul dah tak de mak. Dia anak sulung. Adik laki dia sorang tu special child. Form 2.
Ayah dia macam malas kerja. Tapi suka pergi mancing. Kadang2 tengok ayam itik macam tu la.
So semua tangungjawab tu Badrul la pikul. Aku macam kagum la dalam masa sama kesian.
Badrul belajar sampai spm ja. Lepas tu kerja kedai sebab senang nak urus adik dia tu.
Rumah Badrul ke dalam sikit dari rumah aku. Dalam 200 meter ada kot. Tapi kena masuk lorong lain.
Dipendekan cerita. Aku ada beli mainan budak2 special. Masa Badrul hantar gas, aku bagi la. Aku kata ni untuk adik awak.
Dia macam2 malu. Tak nak ambik, tapi aku suruh ambik jugak. Petang tu dia bawak adik dia datang rumah. Suruh ucap terima kasih.
Adik dia macam attach pulak dengan aku tiba2 peluk aku. Ada la aku sembang2 kejap.
Mujur orang kampung situ macam tak kisah sangat aku sembang2 dengan Badrul. Agaknya dia orang fikir aku kesian dengan adik dia kot.
Dari situ kalau pergi kedai, aku rajin la bersembang dengan Badrul. Tanya pasal adik dia.. Badrul pun macam dah selesa dengan aku.
Kami makin rapat.. Badrul ada hp, tapi bukan smartphone. Dia kata smartphone dulu ada tapi rosak. Dia pakai telefon arwah mak dia sekarang ni. Hp nokia biasa ja.
Aku rasa susah nak mesej2 dengan dia.. Dah la tu dia pakai topap.
Kalau sms kredit dia cepat habis.. Kalau call susah nak sembang dia kan sentiasa kerja.
So aku hadiahkan dia smartphone. Dia mati2 tak nak ambik. Muka dia nampak la sedih gila..
Dia kata tak pandai pakai.. Aku ajar la dia.. Aku kata sama ja macam smartphone yang lama tu..
Aku kata senang nak whatsapp kalau pakai ni. Media social memang dia tak de itu buatkan aku lagi happy.
Sebenarnya kan, tahu tak kenapa aku suka gila kat dia. Sebab keinginan dia tak sama macam laki lain.
Aku pernah tanya, kalau dapat apa awak akan happy. Dia kata kalau ada peti ais besar kat rumah dia..
Lepas tu dalam tu penuh dengan makanan2 sedap macam dalam tv. Ada coklat, kek, buah, air susu coklat.. Macam filem orang putih dia kata.
Adik dia nak apa pun buka peti ais penuh makanan. Asal nak makanan sedap ada dalam peti ais. Dah tak kebulur selalu. Dia selalu berangan macam tu dia kata.
Aku rasa sebak weh.. Sebab sejak mak dia meninggal, aku tahu diaorang tak de makan sedap sangat. Mungkin ada ketika diaorang berlapar.
Dan aku tahu dia mungkin teringin nak makan sedap2. Tapi fikirkan duit, mungkin dia korban banyak benda.
Kat rumah, dia masak apa yang dia tahu ja. Kalau dapat hasil pancingan, ayah dia akan masak. Tu pun kalau mood elok.
Sejak kenal aku, aku rajin la masak bagi dia dengan adik dia makan. Adik dia kata aku masak sedap.. Kembang semangkuk rasa.
Ayah dia pulak kalau pergi mancing, hantar ikan kat rumah aku. Suruh aku masak. Kadang2 demand suruh masak asam pedas. Ayah dia suka asam pedas. Aku memang suka layan family ni.
Aku rasa something la sebenarnya dengan family ni.. Rasa sayang sebenarnya. Rasa attach sangat.
One day aku plan nak bawak dia dan adik dia pergi ikea. Kan batu kawan ada.
Dia tak pernah pergi situ. Tak pernah keluar dari kampung la senang kata. Keluar jauh sikit pun sebab hantar adik kat sekolah. Sebab sekolah pendidikan khas kan tak semua tempat ada.
Badrul ni kereta pun tak tahu bawak.. Aku nak ajar dia malu2 pulak.
Sampai kat Ikea, adikk dia memang teruja gila la. Aku pulak tercakap seminggu awal.. Hari2 dia tanya bila nak pergi Ikea. Comel ja.
Adik dia sebenarnya jenis dengar kata. Tak susah aku nak handle dia.. Kalau kita kata ‘no’ tu dia faham benda tu tak boleh.
Dia tak tantrum sangat. Cuma kalau kita janji tapi tak buat, yang tu dia akan tantrum.
Lagipun dia mesra dengan aku. Kat ikea tu kejap2 dia peluk aku. Sebab dia memang suka peluk kalau dia rasa happy.
Dia nampak teruja dan happy dapat ambil air banyak2 kali. Sekali ambil air sekali datang peluk. Asyik ulang2 ambik air ja la sampai tak nak balik.
Lagipun sejak kenal aku, dia memang mesra dengan aku. Dah kurang sikit dengan Badrul.
Badrul sebenarnya garang dengan adik dia. Cuma dengan aku Badrul lembut sangat cakap.
Dekat ikea, aku tolong pilih makan untuk adik dia.. Badrul asyik marah ja. Sebab dia terkejut tengok harga makanan.
Dia nampak berkenan biscuit ikea. Tengok harga berbelas ringgit, terus down muka dia. Aku agak Badrul jenis suka cookies.
Aku suruh dia ambik ja apa dia nak. Aku kata kan aku janji nak belanja.
Badrul memang tak nak makan apa2. Tapi aku ambik nasi beriyani untuk dia. Sebab aku tahu dia suka tu.
Ada jenis makanan tu Badrul tak tahu pun makanan2 tu apa. Masa nak bayar dia hulur 50. Aku tak nak. Aku bayar guna kad.
Dia asyik marah ja, kata mahal la apa la.. Lepas tu marah adik dia.. Dia kata macam nak pengsan tengok harga.
Dia kata ni semua salah hang la.. Kalut nak ikea ikea. Makan ja la apa yang ada kat rumah..
Tau adik dia balas apa, quiet. Public public. Public.. Aku berdekah gelak la.
Masa makan ada la mata dia bergenang. Dia kata aku layan dia baik sangat. Tak tahu nak balas budi macam mana.
Time ni aku memang propose dia. Aku kata kahwin la dengan saya kalau nak balas budi.
Dia macam terdiam. Aku kata aku suka dia.. Bagi aku tak salah pun lamaran aku. Bukan nak cakap pasal budi, tapi aku memang dah rasa sayang dia.
Zaman sekarang tak de istilah perigi cari timba kan.. Aku kata aku nak jaga dia.. Aku sayang family dia.
Dia asyik geleng kepala ja…
Kenapa lelaki macam ni ye? Asal perempuan belajar tinggi, kerja bagus mesti rasa takut. Takut apa la korang ni.
Hari ni dah dekat 3 minggu Badrul asyik avoid aku. Dia kata aku layak dapat lagi baik.. Dia suruh cari yang padan..
Aku paksa dia mengaku perasaan dia suka ke tak kat aku.. Dia mengaku dia suka aku. Tapi dia tak boleh katanya. Sebab dia nak aku hidup bahagia.
Dia kata cari yang sama2 padan.. Baru sesuai.
Bengong betul la.. Entah macam mana dia nilai bahagia tu ye.
Aku dah argue macam2 dah.. Aku tahu dia suka.. Tapi entah la.. Ada benda yang macam menghalang dia.
Aku kata awak nak saya berhenti kerja ke..
Dia kata eh jangan. Sayang la kerja elok2 mengaji tinggi2.. Kerja kerajaan bukan senang nak dapat.. Ada pencen semua. Aku kata, habis tu.?
Dia terus diam… Asyik ulang entah la entah la..
Hari tu nak bagi balik smartphone tu. Aku marah la.. Macam dah buat keputusan nak putus terus.. Dia diam lagi.
Kalau aku pergi kedai pun, boleh nampak la dia cuba nak elak aku.
Adik dia macam biasa ja. Aku ada ja pergi rumah dia.. Aku tak peduli abang dia marah ke tak. Aku masih hantar makanan. Sebab aku tahu dia sayang aku jugak..
Cuma sekarang ni, macam mana ye nak ubah hati dia supaya dia berani untuk kahwin dengan aku.
Aku dah pujuk dia macam2 dah.. Tak payah hantaran. Tak payah apa2.. Buat ikut syarak.
Family aku pun dah tahu aku suka dia. Tunggu dia ja untuk next step. Tapi macam tu la dia. Asyik tak tahu, tak tahu, tak tahu. Ada masalah apa pun tak tahu la.
Korang ada idea tak eh, macam mana nak buat supaya dia setuju kahwin dengan aku?
Kalau dia tak suka aku, aku tak akan ganggu dia.. Tapi aku tahu dia suka aku.. Dia mengaku dia sayang aku..
Cuma dia yang rasa dia tak padan dengan aku asbab perkerjaan dan pelajaran aku. So macam mana aku nak ubah mindset dia ye?
Aku terima andai kami tak de jodoh. Tapi kena usaha dan cuba dulu kan.
– Maya Karin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Allahuakbar ada lagi lelaki macam ni, anyways saya doakan yg terbaik untuk adik. Semoga adik berjodoh dng si dia, bahagia hingga Jannah. Dilancarkan segala urusan dan diberi keberkatan dlm hidup.
Touching jugak la baca cerita awak dik oii..
Boleh rasa keikhlasan hati awak utk terima Badrul seadanya. Apa² pun kene sentiasa percaya dgn takdir Allah ye dik. Kalau dh tertulis jodoh kalian, in Shaa Allah.. Allah akan permudahkan.
Diwaktu sepertiga mlm terakhir, sblm masuk waktu subuh, buat la solat tahajjud, solat hajat & solat istikharah .. mintak Allah beri petunjuk yg sebenar²nya… Adakah Badrul yg terbaik utk adik Dunia & akhirat? Jika dia yg terbaik, mintak Allah permudahkan urusan jodoh kalian. Mintak Allah satukan hati kalian dalam redha & rahmatNya. Sedekah Al fatihah utk si dia & perbanyakkan selawat mudah-mudahan Allah berikan yg terbaik & maqbulkan segala hajat hati adik.
Good Luck & all the best to you :)
Semoga yg baik2 saja utk sis dan dia.. sis jgn putus asa hahaha🤭😍
Moga dipermudahkan urusan. Jika sudah jodoh tidak ke mana… Jika bukan jodoh sis moga dipertemukan orang yg baik juga selepas ini..
Kena berpijak dibumi yg nyata.. cinta itu buta.. fikir wisely.. kawin ni bukan benda main2.. bukan utk hidup bersama sethn 2 shj.. byk ranjau durinya. Nasihat aunty pilih lah yg sekufu (sekufu dr segi taraf sosio ekonomi, pendidikan, kerjaya, dll) utk elak byk mslh dikemudian hari.. wallahu’alam
Moga dipermudahkan segala urusan. Nanti tlg update ye, teringin nak tau nextnya
Sis. Jgn mudah give up dgn niat Sis. Mgkin Allah pilih Sis utk datangkan kebahagiaan kpd Badrul dan adiknya. Semoga niat Sis akan di makbul kan nanti. Berkenaan Badrul, sbg lelaki, sudah tentu dia rasa rendah diri dgn keadaannya. Sbg slh satu usaha, Sis mgkin blh sampaikan hasrat kpd seseorang yg dia rapat atau hormat, supaya org tersebut dpt yakin kan si Badrul ttg keikhlasan Sis. Mgkin juga Sis blh minta ibu bapa Sis sendiri utk yakinkan dia.
1st time saya komen. Saya doakan sis berjaya dalam urusan sis dan dipermudah segala urusan. Lama tak baca confession macam ni. Nanti update tau cemana dengan hubungan korang. Good Luck!!! Btw BM tu dekat rumah saya..heheheh
DIa rasa rendah diri dan tak sekufu dengan confessor, mungkin confessor boleh mulakan dengan carikan dia kerja yang lebih baik supaya dia rasa dia mampu untuk menyara keluarga nanti. InsyaAllah kalau dia dah dapat pekerjaan yg baik dan gaji yg lebih stabil mungkin dia terbuka hati untuk berkahwin.
saya setuju awk usaha sampai ketahap yg awak boleh, cadangan saya bawak jumpa mak bapak awak, mintak tolong mak or bapak awak yakin kan dia, mungkin dia takut parent awk tak setuju. kalau dah sampai mak bapak dah bersemuka pon dia masih tak nak, means dia betul tak nak la kot, lelaki kan ada ego dia sikit.
assalamualaikum penulis. maaf jika komen saya tidak menyenangkan hati. saya cakap realiti sebenar dan tidak dipengaruhi emosi. Mungkin awak sedang dilamun cinta. Jadi pandangan kabur. cari lah calon yang sepadan semua segi. Mungkin harini awak fikir semua ok. Sekadar pesanan, jangan berhenti kerja walau apa pun terjadi. Tambahan dalam sektor awam dan gred tinggi.