Untuk part I, (https://iiumc.com/penang-dan-badrul/).
Salam semua. Terima kasih atas komen korang. Lupa aku nak mention, aku ada ja cakap dengan ayah dia.
Ayah dia kata dia tak kisah Badrul kahwin dengan siapa pun. Dia kata yang nak hidup tu Badrul.
Tapi kalau Badrul tak nak, tak boleh paksa. Tapi ayah dia kata dia akan cuba la pujuk Badrul.
Family aku pun ada ja bincang dengan ayah dia.. Ayah dia kata doa ja la moga2 ada jodoh.
Ayah dia sebenarnya baik jugak. Jenis kurang cakap. Aku selesa ja dengan ayah dia. Hari tu ayah dia bagi kat aku cincin emas arwah bini dia.
Aku mati2 la tak nak. Cincin belah rotan tapi dah kemek2 dah. Tapi tak kisah la yang tu.. Aku tetap la tak nak.
Tapi ayah dia kata tak de apa sangat nak balas. Selalu sangat makan dari air tangan aku, tapi tak pernah balas apa2.
So dia rasa segan. Dah la tu, dia kata aku tolong jaga adik Badrul. Ajar dia homework apa semua. Tapi tak pernah balas apa pun.
Aku kata tak payah balas pun. Tapi ayah dia paksa ambik. Kalau tak, dia kata jangan hantar makan lagi la kat rumah ni.
Adoi, macam tu pulak.. Terpaksa aku la ambik. Rasa macam sedih sangat.
Pastu ada la ayah dia cerita pasal past2 diaorang. Ayah dia kata tak de jodoh dengan Badrul pun tak pe la.
Rumah ni tak de anak perempuan. Dia anggap aku macam anak.. Jangan putus sampai bila2 pun hubungan ni dia kata.
Aku ni bukan boleh benda emosi2 ni. Tengok khabi kushi khabi gham pun 2 hari aku menangis.
Ni pulak ayat2 ayah dia main sentimental aku betul la..
Yang komen suruh chek ayah dia ada history drug ke ketum ke.. Good idea. Aku ada risik2 orang kat sini. Rasa macam tak de.
Ayah dia rokok pun tak hisap. Dia pergi mancing pun area2 sini ja. Aku pun rasa ayah dia tak de ambik2 barang ni. Tapi aku akan double chek la nanti.
Ayah dia dulu kerja bawak lori.. Lepas tu kena sakit belakang. Lepas tu ada sakit jantung pulak. Dia kata Badrul yang tak bagi ayah dia kerja dah.
Tapi ayah dia bosan dok rumah, tu yang dia suka pergi mancing. Kadang kalau air bendang tu naik, kan ada banyak ikan sungai.
Kalau dapat banyak sangat, ayah dia pergi jual kat market. Ikan sepat haruan ni kan high demand jugak.
Duit tu dia guna untuk belanja sendiri. Dia tak mintak kat Badrul. Jenis ayah dia kalau ada tu ada la, kalau tak de tu tak de.
Kadang orang tengah pantang bersalin tu pesan dekat ayah dia kalau ada ikan haruan hantar kat rumah. So ada la income dia kecik2.
Yang pasal solat tu kan.. Hah ni yang aku suka tentang orang laki dalam rumah ni. Maghrib isyak memang diaorg akan ke surau kampung tu.
Kadang2 aku pun pergi jugak. Hari khamis kan ada baca yasin. Pernah la terjumpa dengan diaorg ni.
Hari tu masa kat ikea, Badrul ada tnya surau kat mana.. Sebab dia nak solat asar. Dia ajak adik dia pi solat.
Sebab tu la aku rasa berat nak lepaskan Badrul. Jenis aku bukan jenis cepat mengalah.
Tapi Badrul memang sangat different dengan laki lain yang pernah aku kenal.. Sebagai perempuan, aku mesti rasa untungnya siapa dapat Badrul.
Benda ni bukan soal duit sekufu setaraf. Aku tahu benda tu penting. Tapi Badrul sangat bertanggungjawab, tahu batas agama dan aku yakin Badrul bleh jaga aku dengan baik.
Tiba2 aku teringat la best friend aku. Suami dia kerja posmen. Kawan aku cakap macam ni. Memang dulu dia fikir lelaki kena sediakan semua.
Rumah kereta. Tapi dia kata, kalau dah laki tu tak mampu. Kita la sediakan dah kita mampu. Kita jugak nak hidup kan.
Cuma dia kata kena dengan the right person la. Kalau wrong person memang hancur hidup. Hidup ni kena balance dia kata
Aku memang rasa Badrul the right person. Ada benda yang dia lebih, ada benda yang aku kurang. Saling melengkapi orang kata.
Orang kata kalau dia tu jodoh kita, asal tengok muka dia, kita rasa tenang. Aku selalu rasa tenang dengan Badrul..
Ataupun sebab aku tengah angau, semua benda pasal dia aku rasa tenang kot eh. Time bercinta semuanya indahkan.
Last week kan, aku balik kampung.. Lepas tu sambung mc dekat seminggu sebab aku kena covid.
Badrul kan malas nak layan aku dah sekarang ni. Selalu dia tahu, kalau aku balik kampung, paling2 isnin aku sampai penang dah.
So maybe dia tengok lama kereta aku tak de. So dia ada la cari aku.
Hari tu sibuk nak putus, rupanya masih dok chek kita ada kat rumah ke tak.
Seminggu tu aku pun memang jarang pegang hp. Sebab aku jadi pening.
Aku ada la tengok dia wasap aku. Dia cuma tulis assalamualaikum. Esoknya assalamualaikum. Selang 4 jam assalamualaikum lagi. 4 5 hari tu penuh dengan assalamualaikum ja.
Isinya apa pun tak tahu la. So aku pun tak reply apa la. Kadang2 dia memang macam tu. Tungu kita jawab salam dia baru dia tanya benda lain.
Kalau jenis aku, one shot 100 soalan terus aku bagi. Hahaha.
So agaknya dia tengok aku tak reply kan. Dia call aku petang tu. Masa tu aku kat tol juru.
Aku jawab la. Dia tanya kat mana. Aku kata tol juru. Badrul ni tak suka masa drive aku main hp ke cakap phone ke. Dia kata bahaya nanti polis tangkap.
Bila tau aku drive, dia kata oh sorry2.. Tak pa la nanti dah sampai rumah baru sembang la. Aku tanya kenapa, dia tak nak jawab.
Dah sampai rumah tu aku call back tanya kenapa. Dia kata 2 3 kali lalu depan rumah tengok kereta tak dak. Tu yang nak tanya khabar.
Aku dalam hati, oh macam cerita 80an tu ke. Tak nampak tuannya pun tak pe la, asal dapat tengok kereta pun jadi la.
Aku kata oo tanya khbar ye.. Baru baik covid tapi tak mati lagi la. Alhamdulilah masih ada usia. Saja aku cakap macam tu.
Badrul ni tak boleh dengar2 covid ni. Dia akan panik. Dia kan jenis lurus. Sentiasa baca paper dan tengok berita 8malam.
Dia selalu pesan kat aku suruh pakai mask sebab ramai orang mati kena covid. Apa ja berita cakap, semua dia sampaikan.
So bila aku cakap covid ja dia panik kot. Dia kata ‘hah covid’ dengan nada terkejut tu. Terus dia letak fon.
Aku pulak terpinga2. Dah kenapa mamat ni. Aku fikir dia takut virus tu berjangkit through phone ke.
Aku pun sambung kerja kemas rumah apa semua. Ada la dekat sejam macam tu tiba dengar suara dia bagi salam.
Mak aii terkejut aku tengok dia bermask bagai… Biasa dalam kampung dia jarang pakai mask.
Takut aku jangkitkan dekat dia kot. Dia datang longgok kelapa muda dekat aku. Ada 7 biji. Siap dengan daun semambu dia bawak.
Lepas tu dia bagi apa tu air jintan eh. Dia kata bagus untuk covid.. Dia dah rebus siap dah.
Aku cakap aku dah sembuh la. Cara dia ni macam aku berbahaya pada dunia.
Dia kata virus suka sembunyi dalam badan. Kita rasa dah sihat, tapi virus masih ada. Dia kata minum ni virus boleh mati cepat. Memandai ja dia ni.
Lepas tu mulai esok sehari sekali minum air nyok dia kata. Nanti dia datang potongkan.
Dia kata air kelapa muda bagus minum 7 hari direct kalau badan sakit.
Kalau ada racun2 apa dalam badan pun boleh mati. Aku just pandang ja la dia. Aku kata kenapa awak buat semua ni.
Kita ni bukan ada apa2 pun.. Bukan awak kata nak putus ke. Awak kata tak sepadan la tak sedarjat la..
Dah sekarang awak sibuk2 nak jaga saya dah kenapa.. Dia diam ja. Muka dia ada la berubah sikit.
Saja la aku nak bertegas sikit dengan dia. Dah selama ni asyik berlembut ja. Sebenarnya kawan aku yang bagi cadangan cuba buat2 jual mahal sikit.
Nak tengok respond dia macam mana.. Sebenarnya aku akan terima ja la kalau dia memang tak nak.. Lama mana aku pun nak berharap pada orang yang tak sudi.
Macam kata ayah dia, kita mana bleh paksa dia. Sebab tu aku nak siapkan mental aku supaya tak parah sangat. Sebab dia berhak pilih sapa yang dia suka.
Dia diam.. Lepas tu bagi daun semambu tu. Soalan aku dia tak jawab.. Aku tanya ni kenapa pulak.
Dia kata nanti masa mandi ramas2 daun ni letak serbuk kunyit sikit. Nanti kuman semua mati la.
Masyallah, aku ni bukan ambik kisah bab2 penyakit ni. Tapi cara dia ni kena betul2 protect dari penyakit eh. Seolah2 badan aku banyak virus.
Aku kata maaf la. Saya tak boleh terima semua ni. Sebab awak tak de niat nak kahwin dengan saya kan. Mana boleh suka2 ambik barang dari seorang lelaki.
Aku cakap lagi la, cara awak ni senyap tiba2, lepas tu datang macam bagi harapan.. Lepas tu macam tarik2 tali.
Saya ni perempuan, awak suka buat hati saya keliru la. Macam nak main2 kan perasaan saya ja.
Dia kata tak main perasaan.. Dia nak ja kahwin tapi dia fikir banyak benda. Aku tanya apa benda yang gangu fikiran awak.
Dia kata tu la. Tak setaraf. Aku tanya aku kena kahwin dengan orang macam mana yang sama setaraf tu.
Dia kata yang sama2 kerajaan padan la. Ataupun kerja lagi elok. Bukan kerja2 kampung macam dia.
Aku kata kalau macam tu awak apply la kerajaan. Terus dia terkejut.
Dia kata eh saya mana boleh kerja kerajaan. Aku kata kenapa tak boleh pulak.
Dia kata umur dah lebih. Lagipun dia kata kerajaan tak ambik orang kerja2 kampung macam dia.
Aku terus berdekah weh.. Aku kata sapa la cakap semua tu.. Mengarut ja la.. Tu la dia ni cepat sangat percaya fake news.
Aku kata sekarang kerajaan tak de syarat umur dah.. Orang 40 pun boleh apply lagi la. Ni kan pulak awak baru 28.
Dia kata hari tu dia nak mintak polis tapi kawan dia kata umur dah lebih.
Aku kata polis dengan tentera memang la 28 tak boleh dah. Tapi badan uniform lain atau jawatan lain tu masih boleh.
Aku tanya nak ke tak nak. Dia macam diam2 pulak. Aku tahu la diam dia tu dia nak.
Aku kata bak sini hp awak. Dia tanya nak buat apa. Aku kata nak apply kerja kerajaan la.
Dia kata tak kan mintak kerja dalam hp. Aku kata ye.. Sekarang kan semua online. Mana ada borang2 dah.
Lepas tu dia kata tapi ni dah pukul 5 lebih dah.. Aku tanya apa msalahnya kalau pukul 5.
Dia kata pejabat kerajaan kan tutup pukul 4. Sebenarnya aku cuba untuk tak nak gelak..
Tapi tu la, dia ni dalam lurus dia kelakar. Sebab tu aku suka dia. Asyik ketawa ja dengan dia ni.
Aku kata tak de macam tu. Benda2 online bila2 pun boleh buat. Bukan kita nak pergi pejabat.
Dia kata patut la sekali pun tak jumpa iklan kerja kosong kerajaan dalam surat khabar. Dulu2 kan diaorang iklan dalam paper.
Aku kata ooo sebab ni ke baca paper hari2. Sebab nak tengok jawatan kosong.. Ingatkan baca paper sebab nak tahu perkembangan dunia.
Dia kata berita pun baca jugak. Aku kata bagus la. Tahu isu semasa nanti interview senang nak jawab.
Aku suruh la dia pergi ambik sijil2 dia. Sebab nak isi spa. Weh, result spm dia bagus la.
Memang la tak de A. Tapi tak de E atau fail. Semua B C D ja la. Nasib baik bm dia dapat B. SPA kan sekarang pentingkan bm dengan math. Kena ada kepujian.
Aku apply banyak yang gred 11 kat dia. Sebab gred bawah kan senang dapat. Yang gred 19 tu aku apply yang selalu ada banyak intake ja la.
Moga ada la rezeki untuk dia. Aku buat bukan niat nak dia kahwin ja, tapi supaya dia tak rasa rendah diri.
Lagipun ni untuk future dia walaupun mungkin aku bukan jodoh dia.
Dia kata sebenarnya mak dia pernah cakap, nak dia kerja kerajaan. Jamin masa depan. Tapi dia tak cari jalan untuk tu.
Aku kata tak pe la. Kalau ada rezeki tak kemana pun.. Tapi aku tanya dia balik. Jadinya kalau tak dapat kerja kerajaan, tak akan kahwin dengan saya la.
Terus dia diam.. Hah sudah.. Muka dia dah blur2 dah. Tau dia kata apa.
Dia kata ni Maya tolong buat ni bukan Maya nak recommend ke. Kalau recommend kan terus dapat kerja..
Aku kata hamboii. Banyak hang punya recommend.. Awak ingat saya menteri ke. Saya sendiri pun tak de orang rekomen. Usaha sendiri ja.
Zaman sekarang tak de recommend dah cik abang oii.. Ni kalau awak lepas tapisan awak kena jawab exam tau.
Tapi nanti aku mesti la tolong semua tu kan. Malam tu dia tanya, aku nak dia kerja apa kalau dia tak dapat kerajaaan.
Aku kata kerja apa pun aku tak kisah.. Kerja sekarang pun aku ok ja kalau dia happy dengan kerja ni. Cuma dia ja pentingkan semua tu.
Dia kata kalau dapat kerja kerajaan, adik macam mana. Kerajaan kan suka posting jauh2. Macam aku kena transfer penang dia kata.
Aku kata jauh sangat ni awak fikir. Tunggu step by step la.. Eh cakap pasal step baru teringat.
Nak applykan dia untuk my step jugak la. Dengan jawatan2 badan berkanun. Mana tau ada rezeki dia.
Dia boleh pulak tanya nak mai hantar hp dia ke.. Aku tanya kenapa. Dia kata kan tadi aku apply pakai hp dia..
Nampak tak lurus dia.. Dia fikir semua kena guna hp dia sebab benda tu dalam hp dia.
Siap kata kalau hp hilang atau rosak tak dapat dah kerja kerajaan. Sebab yang isi dalam tu semua hilang.
Ok la aku tulis sampai sini ja la. Ni pun dah panjang berjela mesti korang bosan baca. Korang doakan la kami ada jodoh.
Kalau tak jodoh pun tak pe la. Aku ikhlas tolong dia. Dan doa yang terbaik untuk dia. Moga dia dapat kerja kerajaan macam dia nak..
Sejak aku apply SPA tu, dia nampak agak ceria dan bersemangat. Siap cakap, nanti kalau dia dapat kerja. Dia nak belanja aku pulak makan kat ikea. Ambik saja apa aku nak.. Semua dia bayar.
Aihh, semangat bukan main. Aku kata maunya awak tak dapat kerja kerajaan, sampai bila pun tak merasa la awak belanja saya.
Entah dia fikir apa, semalam dia ajak aku makan kat kapitan perda. Dia nak belanja aku, katanya sebab dapat gaji.
Eh sedap pulak naan cheese kapitan ni.. Badrul macam biasa la, favourite dia nasi beriyani.
Dia bagi aku rasa ayam milna eh nama dia.. Sedap la weh. Korang yang tak pernah try, boleh la try.
– Maya Karin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya sebagai pembaca ni cerita awak sebelum ni dan yang ini, rasa awak terlalu angau. Carilah calon yang sekufu. Nak kata pandang dia sejuk hati? semua orang tengah dilamun cinta begitu. Sebelum kahwin semua nampak ok, nampak indah. Dan jika anda berjodoh dengan dia, satu ja pesanan. Jangan terlalu membantu dalam rumahtangga. Saya tahu, sebagai wanita / isteri memang akan suka bantu suami walapun tak diminta. Cuma jangan berlebihan. Jangan terlalu pandang positif saja. Jangan bagi cinta dan kepercayaan 100% kepada suami/ bakal suami. Sikap sebenar dan cabaran sebenar muncul setelah satu bumbung. Saya mohon maaf sangat kepada penulis. Niat saya hanya untuk peringatan sahaja.
Takde sambungan dah ke ? 😭