Penantian

Assalamualaikum. This is my 1st story yang saya nak share, if admin siarkan alhamdulillah. Saya mulakan dengan bismillah segala pujian kehadrat Allah S.W.T. Saya harap kisah ni ada pengajaran dan iktibar yang boleh saya kongsikan bersama.

Nama saya L (bukan nama sebenar) saya seorang perempuan, usia 30 tahun duduk di selatan tanah air. Kisahnya bermula apabila saya selalu dikecewa kan dengan lelaki yang sering memutuskan untuk tidak menerima kekurangan saya sebagai salah satu asbab kenapa saya selalu di tinggalkan,

Kisah pertama bila saya pernah berkawan rapat dengan bekas senior sekolah menengah pada masa tu dari umur 23-25 (2012-2014) dia saya panggil ‘S’ kami bercinta lebih kurang 4 tahun family kami sudah maklum dan saya rasa dia adalah calon yang sesuai sebab saya rasa umur 25 tahun saya nak tamatkan zaman bujang, kebetulan lepas saya habis degree saya dapat kerja di KL dan ‘S’ di johor kami pjj masa tu kira yakinkan hati lah sebab sama-sama jauh.

But oneday tu tiba-tiba hati saya rasa sesuatu dimana ‘S’ da mula meminjam duit konon alasannya adik nak pakai buat study dekat U so saya tak syak apa-apa saya bantu ‘S’ yang peliknya setiap bulan mesti tak cukup duit sampai lah satu hari tuhan nak tunjuk kawan baik kami maklumkan dekat saya yang nampak ‘S’ ada perempuan lain yang lebih seksi and daring, dan ‘S’ stay dengan perempuan tu kira satu rumah la dengan perempuan tu.

Ada kawan kami maklumkan yang perempuan tu janda lepas kena cerai jadi isteri kedua. Allah masa tu hati ni kecewa tak terkata.. Duit yang saya bagi pinjam tu rupanya bukan untuk adik dia tapi untuk perempuan janda tu.. dia support perempuan tu pakai duit pinjam dari saya..

Saya ambil masa untuk move on malu dekat parents and kawan2 yang anggap kami pasangan yang bahagia, sebab kami tak ada gaduh and perkara ni tiba2 berlaku.. ‘S’ tak bagi apa2 explanation melainkan ayat ‘cliche’ yang saya terlalu baik untuk dia. Saya ambil masa untuk pulih bawa hati sampai la setahun berlalu (2015).

Kisah kedua saya berkenalan dengan seseorang di facebook namenye Sam (bukan nama sebenar) kami kenal hampir setahun dan kami dah berjumpa antara satu sama lain dan saya maklumkan dengan Sam yang saya sudah penat nak bercinta saya rasa elok dipermudahkan untuk ke ikatan yang halal, Sam bersungguh dengan niat dan telah bertemu dengan kedua ibu bapa saya, dan dia serius, kedua family da setuju maka 2016 kami bertunang.

Betul orang kata fasa bertunang adalah fasa yang dimana salah seorang akan diuji dengan perlbagai keadaan, kebetulan masa ni pun saya still lagi pjj. Saya di KL dan Sam di JB , saya fikir bila dah bertukar status baru saya minta tukar ke johor tapi panas tidak sampai ke petang, bayangkan saya bertunang bulan march dan pengakhiran nya bulan sept, 7 bulan sahaja menjadi tunangan orang saya di tinggalkan dengan keadaan yang menyedihkan.

Alasan Sam dia tak sedia untuk teruskan dengan step seterusnya dia dah tak ada semangat untuk teruskan, bila saya tanya ada orang ketiga atau sebagainya dia kata tiada. Cuma dia sahaja yang tidak boleh teruskan. Allah, masa ni lagi sekali Allah uji perasaan saya, saya betul2 malu dengan mak ayah, saudara mara yang sudah bertanya tarikh langsung, paling sedih Sam hanya memutuskan saya melalui whatsApp, tiada bertemu kedua orang tua saya mohon maaf atau ikut adat pulang cincin.

Awal 2017 saya ambil keputusan untuk minta transffer ke Johor Bahru, Alhamdulillah Allah perkenankan doa saya, dan Allah juga perkenankan doa untuk saya melihat depan mata saya sendiri bekas tunang berkahwin lepas 4 bulan putuskan saya, hebat sandiwara Sam. Segala-galanya telah terjawab. Hanya Allah yang mampu membalas semuanya.

Saya akui yang saya bertubuh agak gempal adakah salah untuk saya rasa bahagia dan perasaan saya di permainkan sesuka hati, dan kisah yang terakhir ni, saya berkenalan dengan H (bukan nama sebenar) pertengahan 2017, dia berasal dari kuantan dan masa tu houseman di sana.

Pada mulanya saya anggap just kawan sehingga la kami berjumpa, saya cuba untuk buang apa2 perasaan tapi setelah berjumpa H, saya tertarik dengan sifat yang dia tunjukkan, dia seorang yang pemalu dan kami suka berkongsi cerita, berbeza dengan perkenalan2 yang lepas H banyak luah masalah di tempat kerja dan berkenaan family dia.

Kadang2 dia minta pendapat tentang seseorang yang dia suka walaupun saya tahu H perasan yang saya ada hati padanya, sehingga lah setelah masuk 2 tahun perkenalan saya luahkan segala rasa kepada H, tapi H hanya reply jumpa depan2 dan bincang, sampailah 2 tahun berlalu kami kawan dan tiada sebarang jawapan dari H untuk kami declare apa status kami, sehingga lah bulan lepas H di transfferkan di salah sebuah klinik di johor bahru.

Saya ikhlas tolong H dan habiskan banyak masa ke tempat H dan membeli kan barang2 keperluan untuk pastikan dia selesa dia tempat baru, dan H perkenalkan saya dengan kedua orang tuanya, pertemuan dengan kedua orang tua H berjalan lancar. Orang tua H suka menerima kunjungan saya, sampai lah H maklumkan yang dia pelik ayah dia boleh ngam dengan saya, tapi kegembiraan saya hanya sementara apabila kami mengambil keputusan untuk berterus terang berkenaan perasaan kami.

H maklumkan yang dia tidak dapat terima saya di sebabkan saya punyai fizikal yang gempal dan berisi, H kata kan lagi kalau lepas kahwin badan naik tak apa ni sebelum kahwin dah macam ni.. Allah.. lagi sekali hati saya macam di tikam2 berdarah tapi saya hanya mampu senyum di depan H. Saya katakan padanya tidak mengapa lah anggaplah apa yang saya tolong saya ikhlas, saya akan padamkan segala perasaan padanya.

Tapi hanya Allah swt yang maha mengetahui hancurnya perasaan saya ketika itu, saya tahan air mata depan H walaupun suara saya sudah bergetar menahan sebak, 3 tahun penantian dan jawapan hanya sedikit ciri2 yang tidak menepati citarasa H, lalu ibarat rasa terhina dengan apa yang dikatakan, dan dia akan ganti semua apa yang saya tolong.. Allah saya hanya mampu diam dan redha atas segala ketentuan yang Allah tetapkan,

Saya tahu saya terlalu berlembut hati dan sering di tinggalkan, saya tahu jodoh Allah da tetapkan, saya tahu segala yang terjadi akan ada hikamah di sebalik nya cuma, masa yang akan menjawab segalan2nya, dan saya akan ingat setiap kata2 dan kenangan2 yang lepas sebagai salah satu asbab yang saya akan mulakan hidup baru dengan keadaan fizikal yang baru.

Doakn saya kuat untuk MOVE ON, saya terlalu kecewa dan doakan saya bertemu jodoh dengan seseorang yang boleh terima diri saya seadanya, insyaaAllah. Thanks semua…

– Lina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *