Hi korang.. Saja lah nak berkongsi rasa. Saya selalu je layan confession kat sini, hihi…
Saya Tulip, 30. Married, anak sorang..
Saya straight to the point je lah eh,
Muak kan bila setiap kali bersua, soalan yang sama ditanyakan.
“Dah mengandung belum?”
“Tak usaha ke?”
“Nak tunggu anak sulung tu berapa tahun baru nak mengandung?”
“Kau kan surirumah, takkan anak sorang je. “
“Kau tak kesian ke kat anak kau tu, takde adik-beradik. Bagi la dia adik.”
Etc…
Kisahnya, saya dah dikurniakan seorang anak. Umur 7 tahun. Comel, cerdik, outstanding dalam pelajaran, bab mengaji pun alhamdulillah, makan minum segalanya serba-serbi Allah bagi cukup takde yang kurang, kasih sayang cukup, perhatian cukup.
Semua cukup alhamdulillah. Alhamdulillah syukur semuanya dari Allah.
Cuma saya kadang-kadang rasa annoying dengan desakan-desakan orang sekeliling. Asal jumpa je cakap benda ni. Asal call je tanya pasal ni.
Kalau nak tahu, last year saya mengandung yang kedua… seronok sangat. suami happy, anak sulung saya happy. Suami dan anak layan saya bak permaisuri.
Hari-hari biasa pun layanan macam puteri dah, tapi bila mengandung layanan upgrade jadi permaisuri.. hihi.
Tapi ku sangkakan panas hingga ke petang.. saya keguguran masa usia kandungan masuk 3 bulan. Janin tak berkembang. Hampa, kecewa, sedih, 1001 rasa dalam hati saya.
Air mata keluar ibarat empangan pecah, tak berhenti mengalir. Saya down sangat-sangat masa tu sebab bertahun-tahun kami tunggu berita gembira ni.
Suami bagus dia tenangkan saya, dia jaga saya, dia pujuk saya dengan kalam Tuhan.
Saya tahu suami saya pun sedih tapi dia tak tunjuk. Dia cuba gembirakan saya. Bawak saya jalan-jalan, belanja handbag baru, belikan saya barang kemas, belanja makan.
Saya tak mintak semua tu, tapi dia kata dia hanya nak saya happy balik macam dulu..
Anak saya pun pujuk saya,”Takpe ibu, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Nanti ada la tu..ibu sabar ya, jangan sedih-sedih. ibu kan cantik, ibu baik. Nanti Allah bagi lagi”..
Saya menangis peluk anak saya kuat-kuat, dia juga sangat menantikan kehadiran orang baru ni, tapi takdir Allah takde sapa boleh jangka. Saya yakin ada hikmahnya In sha Allah.
Saya fikir saya perlu sihat, masih ada anak yang perlukan saya sebagai ibu yang waras, sihat dan penyayang. Saya move on.
Sampai sekarang saya dan suami masih menanti. Kami mengharap. Pernah beberapa kali semasa keluar haid saya menangis hampa. Saya Menangis semahunya.
Saya pujuk diri “Takpelah, belum masanya lagi.. nanti ada lah tu”.
Suami sedapkan hati saya dia kata, “Takpe keluar haid pun bagus juga tu, Allah bagi segala darah kotor keluar dari badan.”.
Saya senyum je.. Saya tahu dia cuba sedaya upaya dia semampu dia untuk tak bagi tekanan pada saya. Cukuplah tekanan yang ada.
Saya pernah beberapa kali suarakan pada suami untuk ambil anak yatim piatu sebagai anak angkat. Ambil dari baby lagi ok kot.. Tapi suami tak berkenan dengan idea saya. Dia tak setuju dan disertakan justifikasinya sekali.
Takpe lah, segala justifikasi suami saya tu, saya fikirkan dalam-dalam dan saya pun terus lupakan hal berkaitan tu. Saya fokus je pada apa yang ada didepan mata saya, anak saya dan suami saya.
Ya Allah.. saya yang dah ada anak pun orang tekan-tekan saya untuk mengandung lagi. Perasaannya tu, Tuhan je yang tahu.
“Pergi lah buat apa-apa rawatan sana. Kot dah mandul…” Sekejam ini ayat yang dilemparkan depan muka saya. Bukan orang jauh, bukan mertua saya. Tapi keluarga sendiri. Sakitnya!
Saya terfikir macam manalah yang belum direzekikan anak walaupun seorang. Mesti lagi sakit jika nak dibandingkan dengan saya kan.
Tak dinafikan kadang-kadang geram juga lah bila orang bercakap kat kita macam takde iman. Macam tak tahu batas kemampuan manusia dan Tuhan.
Bab rezeki, zuriat, jodoh, hidup mati, Allah Maha Berkuasa. Manusia takde kuasa. Seandainya mereka memahami, mesti tidak akan menyakiti..
– Tulip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sejujurnya, mereka iri hati dengan kebahagiaan puan. Puan sendiri tulis yang puan cuku serba serbi, suami baik, anak baik, harta ada etc. Sebab itu mereka cuba sakitkan hati puan dengan kata-kata kasar. Sedangkan ada anak sorang pun sgt besar rahmat. Kat luar sana ada ramai yang belum menikah, yg dah menikah diuji dengan suami/isteri jahat, diuji tiada harta, diuji anak nakal/sakit bahkan ada yg diuji tak da anak berpuluh tahun.
Ringkas cerita, orang disekeliling puan cemburu dan iri hati dengan puan. Puan jangan susah hati. Teruskan bersyukur, sebab Allah janji akan tambahkan rezeki pada orang yang selalu bersyukur.