Assalamualaikum semua yang sudi membaca luahan isi hati saya ini.
Saya Kak Lis dari selatan tanah air dan saya tak berapa pandai sangat nak mengarang cerita, sekolah pon setakat darjah 6 tapi boleh lah menulis, membaca dan memahami serba sedikit untuk buat cerita yang tak berapa sedih ini, tapi hanya sekadar luahan yang terbuku.
Pada bulan mei tahun ini anak Kak Lis ada buat loan kereta, kami cari ejen dari Google dan sebelum melepasi loan Kak Lis ada bertanya berapa lama boleh dapat kereta dan jawapan dari ejen, ‘jika tidak memilih warna dalam sebulan dua boleh dapat”.
Memandang kan kami memang memerlukan kenderaan untuk mencari rezeki, kami begitu berharap akan kelulusan dari pihak bank dengan seberapa segera setelah segala dokumen yang di kehendaki kami usahakan dan serahkan kepada ejen.
Hampir sebulan juga tunggu kelulusan tidak seperti kebiasaan hanya memakan masa tak lebih seminggu. Mungkin tengok bank juga lah agaknya.
Ya, siapa yang tak happy kan bila dapat tahu dapat “full loan”. Syukur Alhamdulillah segala usaha dan pengorbanan kami berbaloi walau terpaksa menunggu sebulan lamanya.
Ejen pon menghubungi kami bagitahu loan dah lulus sahaja. Bila kami bertanya bila akan tandatangan surat perjanjian dengan bank,ejen cakap “takpe nanti kalau masa nak ambil kereta boleh tandatangan sekali”.
Ok kami pun tunggu lah akan tiba saat yang di nanti, terus senyap. Selepas seminggu saya whatsapp tanya ejen “bila kereta boleh dapat?”.
Jawapannya begitu mudah. “lambat lagi”. Tak tahu samada lambat lagi tu berapa lama. Seminggu, sebulan, berbulan-bulan @ setahun? Tiada jawapan yang pasti.
Tanpa jemu dan setia menunggu kami terus berharap akan ada berita baik buat kami. Hampir berbulan senyap..
Saya whatsapp dan bertanya dan meluahkan kepayahan anak kami untuk mempunyai kereta bagi memudahkan urusan pergi dan balik kerja yang agak jauh,
Ianya mengambil masa sejam lebih untuk sampai ke tempat kerja yang sebelum ini menaiki motosikal dengan meredah kegelapan seawal jam 5 pagi sudah bergerak dari rumah,
Berpanas berhujan demi mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup hingga “despress” tahap yang lebih teruk.
Dan setelah berbulan menunggu dan kami masih terus bertanya dan jawapan “Antara hujung bulan december @ awal tahun depan (2023)”.
Kami akur akan jawapannya ini dan terus menunggu dalam dalam minggu ini saya terima whatsapp dari ejen memberi salam dan bertanyakan khabar.
Dalam hati rasa berbunga-bunga mungkin ada khabar berita yang menggembirakan buat kami sekeluarga. Tapi apa yang kami harapkan rupanya hampa.
Ejen bagitahu yang bosnya “offer” kereta lain tapi pada harga yang sama tanpa sst n ada penjana dan keretanya sedia ada.
Pada mulanya kami sangat teruja juga sebab keretanya dah ada dan tak kesahlah walaupun warna nya bukan pilihan asalkan ada. Akan tetapi bila ejen minta lagi dokumen yang di perlukan untuk “renew” loan katanya dan mengambil masa lagi seminggu dua.
Itu yang dia kata tapi pastinya akan ada “something” yang akan berlaku, berkemungkinan pihak bank minta lagi dokumen lain atau masa menunggu lebih dari yang dikatakan.
Inilah yang buat kami kecewa kerana kenapa dari awal perkara sebegini tidak di usulkan dari awal. Kenapa nak buat kerja dua kali. Kenapa menyusahkannya kami sebagai pelanggan yang telah lama menunggu dan akhirnya bukan jalan penyelesaian yang kami jumpa.
Di mana rasa tanggungjawab pihak ejen @ syarikat terhadap pelanggannya. Di mana “slogan” yang katanya akan melakukan yang terbaik pada pelanggan?. Di mana rasa empati sebagai manusia terhadap manusia? Di mana semua itu?
Kerana nak mengejar jualan yang lebih tinggi dan mempromosikan kereta-kereta baru sanggup membiarkan pelangan macam kami ni menunggu tanpa rasa simpati.
Sepatutnya ejen @ syarikat bertanggungjawab mencari jalan penyelesaian menangani isu-isu kekurangan stok memandangkan ramai pembeli yang tak di jangka tapi lebih kepada mempromosikan benda yang baru dan melupakan janji-janji kepada mereka.
Saya bukan lah orang tegar Tun Mahathir dan jauh sekali nak berpolitik, memang tak tau apabenda pon tapi apa yang Tun Mahathir kata “MELAYU MUDAH LUPA’ itu ada benar juga. Lupa akan janji-janjinya.
Dapat “sales” yang lebih tinggi dengan mempromosikan kereta keluaran baru, lupa akan pelanggan yang dah berkurun menunggu ni.
Memang kecewa dan sedih dan paling sedih bila pandang wajah anak yang begitu terkilan dengan pengurusan seperti ini kerana kesilapan mereka kita yang kena tanggung segala kekecewaan.
Saya berharap selepas ini tidak kira sesiapa pun yang bertanggungjawab atas pengeluaran kereta harap dapat tangani isu-isu ini dengan cara jalan yang terbaik bukan jawapan yang mengecewakan dan menyusahkan setiap pelanggan.
Di sini saya minta maaf jika penulisan saya ini banyak yang tersilap aturan tutur kata bicara nya. Hanya ini saya mampu bicarkan dan rasa lega dapat meluahkan.
Jika kami ini orang berada kami tak pilih buatan malaysia kerana kami sedar yang kami beli barang yang mampu milik bak kata pepatah, “UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI”.
Sekian..
Assalamualaikum.
– Kak Lis (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc. com/submit