Salam, saya merasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya menempuhi segala ujian untuk mendapatkan zuriat.
Saya berkahwin pada umur 26 thn. Umur yg just nice untuk kahwin. Period saya memang normal, tak ada senggugut. Tahun pertama saya dan suami tak nampak apa2 tanda. Saya masih redha kerana pada waktu itu saya sibuk dengan housemanship di hospital besar. Sebelum saya menamatkan housemanship saya, saya mendapati yang period saya lambat namun saya anggap kerana stress. Sewaktu saya bertugas di Jabatan Kecemasan pada 4 pagi yang lengang, akhirnya saya membuat UPT dan ianya positif! Saya menangis kegembiraan di dalam toilet dan menghubungi suami saya, yang terus menghubungi ibunya.
Dan bermulalah hari2 yang walaupun pahit kerana saya mengalami alahan dan muntah2 yang teruk. Saya terpaksa diberi ubat IV untuk menahan muntah dan IV drip di kecemasan ketika bekerja. Namun saya hadapi dengan tabah kerana saya betul2 inginkan zuriat. Pada usia kandungan 6 minggu, saya membuat janji temu dengan registra O&G yang saya kenal. Pagi itu, saya baru sahaja habis shift malam. Saya dengan happynya ke klinik O&G hospital untuk booking. Selesai membuat buku, registra saya call dan saya tertinggal buku pink itu di meja pendaftaran. Saya masuk dan baring di atas katil. Hati saya berdebar2 dan teruja untuk melihat degu jantung baby. Registra saya pun mula scan dan dia mengerutkan muka dan terdiam seketika. Saya alihkan muka saya ke skrin dan saya nampak apa yang dia nampak: kantung saya ada, cantik dan bulat, namun KOSONG. Registra saya cuba menenangkan saya, kemungkinan besar masih terlalu awal. Saya terus keluar dari klinik dan balik sambil menangis di dalam kereta. Ternyata ada sebab kenapa saya lupa untuk ambil buku pink tersebut.
Saya dikehendaki tunggu sehingga usia kandungan 10 minggu untuk mengesahkan situation saya ini. Setiap hari saya berdoa, bertahajud, sembahyang hajat minta janganlah mimpi ngeri saya terjadi. Alahan saya makin teruk pada minggu2 berikutnya.dan pada minggu ke 10, saya bangun tanpa ada apa-apa rasa loya. Dan pada 10 minggu, ternyata saya disahkan ‘blighted ovum’ atau kantung kosong. Saya terpaksa menjalani D&C pada hari itu juga kerana kantung saya sudah hampir hancur dan boleh menyebabkan keracunan. Doktor memasukkan ubat dan saya mengalami contraction yang kuat. Mengalir air mata saya menahan contraction. Org lain contraction untuk melahirkan anak, saya contraction untuk mengeluarkan sisa-sisa kandungan tak jadi. Setelah beberapa jam, saya dimasukkan ke dewan bedah dan menjalani D&C.
Saya hampir gila setelah D&C tersebut. Saya menangis hari-hari dan suami pula outstation. Saya betul2 merasa keseorangan.
Setahun kemudian, saya ditukarkan tempat kerja dan begitu juga husband. Saya bertugas di hospital pedalaman dan menyewa rumah di sana seorang diri. Setiap beberapa bulan suami saya akan turun ke tempat saya ataupun saya ke tempat dia. Ketika ini kami sudahpun melalui semua test2 infertility dan miscarriage termasuklah DNA test yang menelan beribu ringgit. Tapi semuanya normal. Sepulangnya saya dari tempat husband setelah sebulan di situ, saya dapat merasakan yang saya mengandung lagi. Dan ternyata UPT saya positif.
Namun kali ini pengalaman lampau sudah cukup untuk mengajar saya supaya tidak terlalu teruja. Saya tidak langsung pergi scan atau booking walaupun sudah 7 minggu padahal scan ada di hospital dan kawan saya offer. Alahan saya makin teruk dari yang pertama, termasuk migraine dan gastrik dan sembelit yang teruk. Hidup keseorangan berjauhan dengan suami dan keluarga membuatkan saya betul2 lemah semangat. Saya menangis sewaktu membaca Surah Maryam dan Yusof, minta diberikan zuriat yang sempurna. Keperluan kerja untuk melakukan oncall di hospital amat mencabar fizikal saya. Mujur ada ramai staff yang sudi membantu.
Sewaktu kandungan hampir 11 minggu, saya akhirnya scan dengan suami. Dan ternyata mimpi ngeri kami berulang semula: kantung kandungan saya kosong. Kali ini saya sudah numb, sudah kelu. Air mata pun tidak larat lagi nak keluar. Saya menjalani D&C pada petang itu juga.
Setelah ini semua terjadi, saya memutuskan untuk berhenti kerja dan mengikut suami di tempatnya. Walaupun sudah duduk serumah namun tidak ada langsung tanda saya akan mengandung.
Kami beralih ke pakar O&G yang terkenal di Malaysia. Dia mencadangkan saya untuk menjalani pembedahan laparoscopy kerana disangkanya saya mengalami endometriosis. Setelah lebih 8k dihabiskan dan saya selamat menjalani laparoscopy, (semua normal, tidak ada endometriosis) saya perlu memakan clomide (ubat kesuburan) selama 3 bulan.
3 bulan berlalu namun masih tidak ada apa-apa. Dan pakar mencadangkan kami proceed dgn IUI. Another 1k dihabiskan dan saya baru sahaja mendapat period saya sebentar tadi..
Bagi saya, sebenarnya keadaan tidak ada zuriat ini membebankan bukan kerana pasangan, namun kerana cakap-cakap orang. Ada yang menyuruh suami kahwin lain, ada yang mengatakan saya mandul, jin bunian curi anak dan ada yang menyindir cakap sayamahu jaga badan pasal tu tak nak mengandung,saya terlalu banyak dosa dan Allah membalas saya sebegini dan pelbagai tohmahan saya sudah terima. Dan paling menyedihkan bila tohmahan ini diberi oleh rakan terdekat saya. Dan baru-baru ini, saya mengetahui bahawa biras saya yang baru berkahwin kurang dari setahun sudah pun mengandung.
Buat semua yang masih mengharapkan zuriat, saya harap kita semua diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menempuh semua ujian Allah ini. Tidak ada kata-kata yang boleh diucapkan yang dapat meredakan kemelut perasaan yang melanda diri ini. Insya Allah, satu hari nanti.
– Yang berharap
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit