Aku Maira, aku kerja biasa2 je. Hari ni aku nak berkongsi kisah percintaan aku. Aku tak pandai nak susun ayat, tapi aku cuba lah ya.
Tahun 2021,
Aku berkawan dengan seorang lelaki yang aku namakan Shaf.
Shaf sebaya dengan aku, kami kenal sejak dari bangku sekolah cuma sekarang kami baru start rapat. Shaf keje di kl.
Shaf mula luahkan yang dia sukakan aku. Katanya dia minat dekat aku dari zaman sekolah cuma tak berani nak luahkan sebab aku garang, jadi dia luahkan sekarang.
Dia ajak aku berkahwin sebab tak nak berkawan lama2,
Shaf belikan cincin dan bagitahu aku nak datang ke rumah bersama keluarganya untuk masuk meminang tapi aku mintak untuk bincangkan hal ini terlebih dahulu dengan keluarga aku.
Aku bagitahu mak tentang hubungan kami dan hasrat Shaf yang ingin memperisterikan aku.
Pada awalnya mak aku macam ok.
Tapi selepas pada tu mak tak pernah bertanya tentang aku dan Shaf.
Mak cuma jadikan kakak aku sebagai orang tengah untuk sampaikan apa2 persoalan dan apa2 pesanan dekat aku.
Shaf keje apa je?
Mampu ke nak jaga Maira nanti?
Shaf bagi ke Maira keje kalau dah kawen?
Macam2 yang mak persoalkan, bila aku jawab yang aku dah bincang hal ini dengan Shaf dan Shaf izinkan aku keje selepas kawen, mak perlekehkan jawapan aku.
Mak kata, “Betol ke Shaf bagi keje, entah2 sekarang cakap lain, besok cakap lain”.
Haihh aku pun pening, terfikir mak aku ni dah kenapa. Macam sengaja je cari point nak buruk-burukkan Shaf.
Tapi aku cuba positifkan diri aku, mungkin mak saja nak test kan.
Sampailah satu hari, aku dengar mak aku bercakap dengan kawan dia, Kak Bedah untuk carikan aku jodoh.
Kak Bedah memang rapat dengan keluarga aku, Kak Bedah cadangkan adik kawannya yang masih bujang tu untuk jadi suami aku. Namanya Rizal.
Aku kenal jugak si Rizal ni, Tapi mak ayah aku tak kenal. Rizal bekerja sebagai penjawat awam, baru bekerja sebenarnya.
Dan rizal takde kereta, dia hanya guna motorsikal yang bapak dia bagi je.
Tapi mak ayah tak tahu, mak ayah main bedal je setuju asalkan keje sebagai penjawat awam.
Cuma aku je lah tak berkenan dengan si Rizal ni sebab perangai dia yang suka mencarut, agak baran dan dia kaki gamers.
Suatu malam, mak masuk bilik aku. Mak tanya adakah aku setuju berkahwin dengan Rizal.
Aku jawab tak nak dengan selamba, dan masa tu aku boleh nampak muka mak betul2 kecewa dengan jawapan aku.
Tapi nak buat macam mana memang aku tak berkenan dengan Rizal. Dan mak tahu aku bukan jenis yang boleh dipaksa2.
Tapi tak cukup dengan tu, Kak Bedah tak habis2 hasut mak aku dan pujuk aku untuk berkahwin dengan Rizal tu.
Untuk pengetahun korang, mak Rizal dah beli cincin dan bercadang untuk datang meminang aku dalam masa terdekat.
Masa tu aku betul2 sedih, takde tempat untuk aku luahkan perasaan aku. Semua keputusan dibuat dibelakang aku. Aku tuan punya badan tapi seolah2 aku tak ada hak untuk bersuara.
Jadi aku ambil keputusan untuk hubungi Rizal dan meminta dia sekeluarga batalkan hasrat itu, Rizal akur dengan permintaan aku.
Selepas pada tu mak bagitahu aku, “Walaupun Maira tak nak kawin dengan Rizal, mak tak kan terima Shaf sebagai menantu mak. Mak nak Maira berhenti hubungi Shaf lagi.”.
Aku sangat tertekan, Shaf menangis bila tahu jawapan dari mak.
Walaupun mak tak bagi aku hubungi Shaf tapi aku tetap berhubung jugak sebab Shaf sangat baik dengan aku.
Shaf sentiasa bersangka baik walaupun mak ayah tak terima dia sebagai menantu.
Aku ambik keputusan untuk menyewa bilik walaupun tempat keje dengan rumah tak terlalu jauh, aku nak menyendiri dan aku perlukan ruang.
Mak tahu aku masih berhubung dengan Shaf tapi mak dah malas nak larang, jadi mak biarkan je.
3 tahun berlalu…
Awal tahun ini (2024), mak bagitahu aku yang mak dan ayah merestui hubungan aku dan Shaf.
Mak cakap, “Mak setuju dengan pilihan Maira. Mak nak anak mak bahagia. Mak tak nak tentukan jodoh Maira lagi”.
Aku bagitahu Shaf tentang hal ini dan Shaf sangat gembira sampai nangis, hihi.
Lepas pada tu Shaf datang ke rumah untuk jumpa mak dan ayah. Muka mak ayah ceria sangat, sambut kedatangan Shaf dengan mesra.
Alhamdulillah, aku bersyukur doakan aku dan Shaf dipermudahkan untuk ke next step ya.
– Maira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semoga dipermudahkan urusan sis🤭