Penantian Sebuah Kebebasan

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin jika siarkan confession saya kali ni. Nama Kiwi, full time student dan ada anak dua orang.

Straight to the point, saya nak tanya valid ke iklan macam ni?

Escort**9: Nak Cari Amoi? RM190+ 1Shot!! Kuchai, Sri petaling, Cheras, Sunway Dan Banyak lagi!! Adakah kita perlu subscribe dan daftar makluman kita untuk dapatkan iklan-iklan macam ni?

Kisahnya saya tahu husband ada nombor telefon kedua sim 2, yang mana katanya digunakan untuk internet sahaja.

Sebab yang nombor telefon yang dia guna sekarang ni kena blacklist, jadi nak guna whatsapp nombor yang blacklist tu dia kena on internet selalu.

Saya pun faham macam tu je sebab saya tahu memang call tak boleh keluar masuk guna nombor sedia ada..

Mula-mula bulan 8 message Escort**9 masuk dalam telefon suami. Tapi masuk dalam sim 2. Saya abaikan sebab ingat scam.

Dan 14 oktober baru-baru ini saya tengok ada lagi iklan Escort**9 yang ni masuk.

Saya copy message berkenaan dan paste dalam whatsapp untuk tengok link, tapi error. Maybe sebab nombor telefon saya tak sama atau untuk security purposed saya tak pasti.

Tapi bila google “kl**model” memang keluar senarai Pela**r, testimoni, gambar-gambar-gambar 18sx dan lain-lain.

Saya speechless. Nak bertanya suami, suami jenis in denial/ senyap/ susah mengaku jika selagi kita tak dapat bukti yang terang, jelas lagi nyata..

Untuk nafkah batin, setiap minggu atleast 2-3 kali mesti saya tunaikan. Kebersihan diri memang saya jaga.

Sekarang saya sedang menunggu waktu bersalin dan saya akan buat full check up untuk HPV DNA test, STD dan lain-lain untuk memastikan tahap Kesihatan saya. Tapi rasa terkilan tetaplah ada.

Sekarang memang saya tengah kumpul bukti untuk tuntut fasakh dengan suami memandangkan suami tak nak berpisah cara baik.

Sudahlah berlaku curang, berjudi – pernah nampak install apps judi di telefon, installs omi dan dating apps yang lain serta mesej perempuan-perempuan lain,

Itu belum lagi gadai barang kemas tanpa pengetahuan saya, dan bila kita bertanya secara elok dia keep in denial, buat-buat tanya yang mana hilang dan lain-lain.

Bagi saya cukuplah untuk 10 tahun ni. Saya perlu jaga kesihatan mental memandangkan pernah mendapatkan rawatan MDD di gov hospital yang saya akan gunakan untuk tuntutan fasakh nanti.

Mohon kalian berikan kata-kata yang positive dan menjawab persoalan saya diatas tu tadi. Terima kasih semua.

– Kiwi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. itu spam sms memang biasa je dapat dari nombor² yang tak dikenali. smsm judi, iklan pel**cur semua tu. Kadang² tak pasal² diorang add dalam group whatsapp/telegram. Blacklist kan sahaja nombor² tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *