Penantian Sebuah Kebebasan II

Assalamualaikum dan hi semua,

Kiwi sini. Terima kasih semua doakan saya yang baik-baik, doakan urusan saya dipermudahkan semua. Saya sangat hargai komen awak semua. Love sikit. Hihi.

Berkenaan dengan confession saya yang ini: Penantian Sebuah Kebebasan – https://iiumc.com/penantian-sebuah-kebebasan/

Saya rasa saya dah dapat jawapan – tak seratus peratus, tapi macam puzzle, semua terputus tapi masih boleh dihubungkan.

Klu pertama: Bila saya bersalin, seminggu kemudian, anak saya disahkan secara verbal oleh Dr KK, suspek herpes.

Ini kerana rupa bintik-bintik nanah kecil menyerupai dan bersambung antara satu sama lain. Rupa macam jerawat nasi kita tapi bernanah berhampiran mata. Waktu ni anak saya berusia seminggu.

Dr KK buat rujukan kepada hospital untuk tindakan segera. Saya beritahu kepada Dr apa yang saya jumpa mengenai iklan escort girl dan lain-lain. Dr ambil darah dan buat ujian darah untuk STD kepada saya.

Kepada isteri-isteri yang dapat tahu suami pernah makan luar, atau ada multiple partner, awak boleh bawa bukti-bukti tunjuk ke Dr di KK. Mereka sangat membantu, alhamdulillah, tanpa apa-apa judgement.

Klu kedua: Saya tengok di Google Maps ada nama dua tiga buah hotel di bahagian history – bermula bulan 8 2024 hingga bulan 1 2025. Saya ada pasang tracker, dan untuk bulan 1 tahun 2025 hotel tersebut terletak berhampiran dengan rumah saya.

Saya ingat lagi saya tengok tracker tu dan dalam sejam lebih dia ada di situ. Tapi tracker keluar nombor bangunan dan jalan, bukan nama bangunan. Bila saya tally dengan Maps, sama tarikh.

Klu ketiga: Pada bulan 6–7 tahun 2024, ada search history SIM 1 – “amoi m**** KL”, “Amoi *** se******”, “Cari Amoi” dan semua visited.

Klu keempat: Husband menunjukkan simptom herpex type 1 – rasa terbakar, ada nanah kecil di mulut, ulser yang banyak, demam, tak ada selera makan dan badan cepat penat. Sebab tu anak dapat jangkitan herpex type 1 sebab suami saya cium anak dan dia kata anak kena ruam susu. LOL.

Suami menunjukkan simptom sebanyak dua kali, iaitu pada bulan 7 dan bulan 11 (waktu saya bersalin).

Klu kelima: Husband tiba-tiba rajin pergi masjid sejak bulan 7 tahun 2024. Pada saya alhamdulillah, mungkin dah berubah. Tapi adakah dia saja mengaburi mata saya dan jiran-jiran? Wallahu’alam.

Klu keenam: Saya tekan link yang suami dapat dalam iklan. Dan link tersebut terus ke laman web langgan P******. Tersenarai nama-nama P, area yang P cover dan siap ada akaun, kena masukkan nama dan password. Bila saya copy dan saya masukkan ke dalam telefon saya, saya tak boleh akses.

Saya telah buat istikharah, tahajud, hajat, Yassin 7 Mubin. Waktu istikharah saya minta petunjuk. Semoga hujan yang lebat selepas saya buat solat hajat. Hujan turun dengan sangat lebat.

Hari kedua, saya solat tahajud, istikharah, hajat dan Yassin 7 Mubin. Agar hujan waktu sekian-sekian yang lain-lain waktu dan masa. Dan memang hujan turun dengan sangat lebat. Saya berdoa agar semoga dipermudahkan urusan dan apakah pilihan yang terbaik yang saya boleh buat untuk kebaikan saya dan anak-anak.

Banyak respon saya terima untuk berpisah. Saya juga telah merujuk kepada dua pakar kaunseling bahawa saya cuba untuk berfikir secara rasional tapi pada masa yang sama saya tak nak in denial.

Saya beritahu semua yang saya jumpa, kaunselor nasihat untuk saya berpisah sebab sekarang dah jangkitkan anak, pada masa akan datang saya sanggupkah kena jangkitan lain?

Saya berfikir sejenak dan saya telah ambil keputusan untuk berpisah. Ini sebab ada beberapa history termasuk pasangan saya curang sebelum ini sampai saya pernah kena MDD, makan ubat Brintalix, PTSD dan lain-lain.

Ada yang bertanya macam mana saya jumpa suami saya? Sewaktu belajar di universiti utara tanah air. Kami sekelas dan dia tak merokok, tak vape, boleh jaga anak dua orang selama setahun waktu saya belajar full time, soft spoken, tak maki orang,

Bercakap dengan ayat yang tersusun dan tidak menyakitkan hati orang, pandai jaga diri, bertanggungjawab terhadap anak-anak, boleh basuh berak, masak, jaga malam, tidurkan anak, mandikan anak – seperti Encik Perfect 10 lah.

Pagi-pagi dia akan uruskan anak, lipat baju, iron baju, kejut anak bangun tidur dan jiran-jiran semua puji dia adalah sangat baik dan berkualiti untuk dibuat suami.

Saya uruskan kerja rumah seperti basuh baju, cuci dapur, masak saya yang kerap, suami akan cover jika saya tiada di rumah sewaktu belajar. Bos suami juga selalu memuji dia bila ada company event dan sebut “Kiwi sangat bertuah bersuami A”.

Tapi dark side dia?

Saya pohon doa kalian untuk dipermudahkan urusan saya dan beri kata-kata semangat. Bukan mudah untuk mula semula bermula dari kosong. Tapi saya percaya rezeki anak-anak ada selagi kita berusaha.

Sekian..

– Kiwi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Alhamdulillah, awk ada ‘kesedaran’ yg agak awal.., dan telah ambil tindakan mencatit masa yg ‘tally’ semua tu.. sya kta demikian, kerana bkn semua wanita yg ‘aware’ dgn semua ni.., dan insha Allah awk dan anak mngkin boleh diselamatkan dari keadaan yg lbh ‘teruk’.. cuma confession awk agak ‘kurang lengkap’, yela kami pembaca pon faham yg awk sudah sedia ada dgn pelbagai masalah.. ‘kurang lengkap’ yg saya maksudkan itu ialah; adakah awak pernah ‘confront’ secara ‘telus’ dgn husband mngenai bukti2 yg awk dah kumpulkan tu.. mngkin awk kata dia akan ‘deny’ semua tu, tp dgn bukti2 yg ada, dan penegasan yg anak awak juga telah disahkan ada tanda2 penyakit tu (dan mngkin awk juga), masihkah dia akn deny.., ini adalah soal hidup & mati.. x mustahil ianya akan merebak dan semakin parah..! Jika dia masih in ‘denial’.. minta dia juga buat ‘saringan’ kesihatan, dan buktikan, jika benar dia ‘bersih’, so boleh follow-up dgn doktor, apa punca sebenar.. seperkara lagi, adakah awk pernah tanya, knp dia buka medium ‘p*r*o’ tu dan ‘anticipate’ utk berhubung dgn org2 sebegitu, sedangkan dia pasti tahu ‘risiko’ yg bakal mnimpa isteri n anak2 nya..? Adakah tarikh2 dia mula brbuat demikian ‘tally’ dgn masa awak sambung blajar dsb..? Saya x mnuduh yg awk adalah ‘punca’ dia jadi demikian, tapi mngkin juga faktor2 kesunyian, ‘burn-out’ krana terpaksa ‘mngasuh’ ank2 ketika awk tiada.. w/pon pada luaran nya nmpak ‘okay’, tp mngkin keadaan ketika itu membuatkan dia ‘beralih’ kpd hobi yg ‘terpesong’ begitu. Saya berani katakan demikian, kerana saya mngenali seorang sahabat saya yg kbetulan isterinya mngambil ‘masters’ di negeri yg agak jauh, ank2 dduk asrama dan dia agak ‘kesunyian’ d rumah, waktu ‘weekdays’, kerana weekend (itu pon dlm 2 minggu skali), baru dia melawat isteri, atau isteri yg balik.. so, utk melepaskan rasa yg ‘sunyi’ itu, dia balik lambat dari kerja, bersukan, selain hobi memancing dsb.., tapi mngkin terlalu mngikut ‘nafsu’, dia telah menjalinkan hubungan dgn wanita2, dan juga terlibat dgn ‘judi’.. saya x pasti apa yg terjadi kpd nya sekarang, sbb saya pon telah berpindah, sbelom isterinya tamat pengajian.., cuma apa yg cuba saya terangkn, bhw lelaki yg ‘baik’ & introvert pon, belom tentu dapat mngalahkan nafsu, apatah lg dgn bisikan2 dari ‘syaitan’ yg menggalakkn perlakuan yg x sepatutnya berlaku.. so, back to ur problem.. kalau masih sayangkn husband n r/tangga, cari lah jalan kluar yg benar2 dpt membantu.. awk n husband perlu berubat, bertaubat dan plan betul2, jika mahu mulakn hidup baru.. tp, jika ingin berpisah, awak kna fikir jauh, hal kewangan, kebajikan ank2, kerjaya dan semangat utk teruskan kesinambungan hidup, kerana hidup sbg ‘ibu tunggal’ bkn nya mudah, bkn shj kna sedia dari segi ‘fizikal’, tp mental, spiritual dan persepsi yg ada di persekitaran.. tambah lg, jika mmg awk juga disahkan dijngkiti dan sedia ada gngguan ‘mental’ sebelom ini.. walau apa pon, ingatlah bhw dugaan ini pasti ada ‘hikmah’ di sebaliknya.. akhir kalam, saya doakan semuanya akn berakhir dgn baik.. wasalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *